cara manusia diber rezeki

10 Cara Manusia Diberi Rezeki

cara manusia diber rezeki

Pagi ni saya nak berkongsi petikan buku Forensik Kewangan yang ditulis oleh Tuan Zaidi Ismail.

Ia tentang bukti jaminan Allah untuk bagi rezeki kepada hambaNYA.

1. Rezeki yang telah dijamin

Dan tiadalah seusuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya. (Hud 11:6)

2. Rezeki kerana usaha

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. (An-Najm 53:39)

3. Rezeki kerana bersyukur

Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur pasti Aku akan tambahi nikmatKU kepadamu (Ibrahim 14:7)

4. Rezeki yang tak disangka-sangka

Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya.

5. Rezeki kerana istigfar

Sehingga aku berkata (kepada mereka): “ Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu “ (Nuh 71:10-11)

6. Rezeki kerana menikah

Dan nikahlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNYA. (An- Nur 24:32)

7. Rezeki kerana anak

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu (Al Isra 31:31)

8. Rezeki kerana bersedekah

Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas), supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? (Al Baqarah 2:245)

9. Rezeki kerana keberkatan berpagi-pagian

 Rasullah SAW bersabda : Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari (Riwayat al Baihaqi)

10. Rezeki kerana menjalin silaturrahim

 Rasullullah SAW bersabda : Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sekian. Sila share jika rasa bermanfaat.


Hafiz
Kulim, Kedah
26 November 2019
28 Rabiul Awal 1441H

Artikel Berkaitan

>