10 Kritiria Rumah Terbaik Untuk Pelaburan

kesilapan biasa orang melabur

Berikut baru-baru ini saya pernah berkongsi di facebook, tentang saya dalam proses mencari rumah pelaburan yang kedua, jadi ada sahabat-sahabat saya yang ingin meminta nasihat berkaitan tips beli rumah pelaburan.

Sejujurnya, saya bukanlah arif sangat tentang pelaburan hartanah, dan saya setakat ini saya bukan buat duit dengan pelaburan hartanah.

Namun, saya pernah join kelas pelaburan hartanah pada tahun 2016 dulu yang diajar oleh Tuan Faizul Redzuan.

Ilmu yang beliau ajar sangat bagus, dan dengan ilmu yang beliau ajar, saya gunakan betul-betul untuk beli rumah pertama, dan sekarang dipraktikkan untuk rumah kedua pula.

Antara kritiria penting untuk korang beli rumah pelaburan ialah :

1. Rumah Itu Anda Akan Duduk Sendiri Atau Tidak Kalau Tiada Penyewa?

Ini kritiria yang paling penting sebelum anda beli rumah. Tak payah lagi pergi jauh dari segi kondisi rumah atau harga rumah lagi.

Anda kena pastikan, anda sendiri selesa dengan keadaan rumah tersebut.

Jika anda sendiri pun tak selesa, adakah akan ada penyewa yang nak sewa rumah anda?

2. Harga Rumah Dibawah Harga Pasaran

Harga rumah memainkan peranan yang sangat penting untuk tahu anda punya cashflow bulanan, dan untuk memudahkan anda jual rumah tersebut dalam masa akan datang.

Asas untuk tahu berapa komitmen anda dengan bank ialah :

Harga Rumah / 200 = Komitmen Bulanan Dengan Bank


Contoh Harga Rumah RM200k. Jadi, hutang dengan bank sekitar RM1000 sebulan.

Harga rumah yang anda beli mesti dibawah harga pasaran. Kalau tersalah beli rumah mahal, anda akan menanggung kerugian suatu masa nanti.

3. Bandingkan Harga Dengan Unit Yang Berdekatan

Contoh anda plan nak beli rumah kondo. Anda bukan sahaja  perlu cek harga unit kondo tersebut dengan unit kondo lain.

Anda mesti bandingkan sekali harga unit landed yang disekitar kawasan tersebut.

Jika kondo tersebut lebih mahal dari rumah landed,  maksudnya kondo itu harganya melebihi harga market.

4. Sejarah Rumah

Selidik sekali sejarah rumah. Ini khas untuk bagi yang anda ingin beli rumah subsale (second hand).

Selidik kenapa owner nak jual? Ada kes mistik tak berlaku kat dalam rumah tu? Ada kes orang bunuh diri ke?

Entah-entah orang ramai dah tahu, cuma anda je belum tahu. Kalau anda dah terbeli, confirm tiada penyewa, dan anda sendiri tak akan stay kat situ.

5. Lokasi Rumah

Untuk lokasi rumah, anda kena ambil tahu, adakah kawasan ini akan terjejas dengan banjir kilat atau musim banjir?

Kadang rumah dan cantik, harga pun terbaik.

Tiba-tiba musim hujan, habis rumah masuk air, dan akses nak masuk kawasan rumah tersebut pun tak dapat.

Jadi, cara nak tahu ialah anda kena lepak-lepak dekat kawasan tersebut, bersembang dengan  penduduk kawasan itu untuk tahu. Hanya mereka ada pengatahuan tentang ini.

6. Test Market Sewa

Jika anda ingin beli rumah untuk pelaburan, anda boleh buat untuk melalui flip (beli dan jual rumah) atau cashflow bulanan.

Untuk dapatkan +cashflow. Anda wajib test market sewa! Tujuannya, ada tak bakal penyewa akan duduk sini nanti?

Jika rate sewa lebih tinggi dari rate anda bayar kepada bank, Tuan Faizul kelaskan rumah tersebut kepada rumah kelas A!

Cara nak test, anda buat dummy post dekat mudah.my je.

7. Kemudahan Awam

Kemudahan awam memberi impak yang besar kepada rumah pelaburan anda nanti. Mudah dapat akses ke train, bus, atau airport. Ia satu kelebihan untuk anda.

Tapi biasanya rumah macam ni harga mahal, tapi boleh dicari yang murah

8. Booster

Booster ialah satu faktor yang menyebabkan harga rumah anda akan melonjak naik dengan cepat dalam masa 5 tahun akan datang.

Antara contohnya ialah, kerajaan akan buat Airport di kawasan tersebut. Atau akan dibina stesen LRT. Ia booster yang paling bagus.

Mungkin rumah yang anda beli sekarang harga murah. Lepas dah siap semua tu, harganya meroket.

Ini sesuai bagi pelabur yang guna kaedah flip.

9. Posisi Rumah

Bukan sekadar lokasi, tapi posisi rumah juga amat penting. Elakkan rumah yang posisinya menghadap matahari jatuh!

Kenapa?

Percayalah, kalau rumah yang menghadap matahari jatuh, rumah anda akan berpanas dari tengah hari sampai malam. Nak tak nak anda kena tambah aircond!

10. Internet

Waktu anda pergi view rumah, anda test sekali line internet dekat rumah tu okey ke tak.

Kadang-kadang kat luar rumah okey, bila masuk rumah line tak okey disebabkan oleh terselidung dari pokok-pokok ke.

Sekarang ni semua orang pakai internet, kalau line internet tak okey, bakal penyewa nanti tak akan stay lama.

Kesimpulan

Inilah semua 10 tips yang saya selalu pegang bila nak view atau pilih rumah. Sebenarnya, banyak lagi tips dari pakar hartanah kongsi.

Kalau kos masuk kelas tu mahal, anda boleh beli je buku pasal hartanah dan baca.

Ingat ye, nak beli rumah walau untuk duduk sendiri (bukan untuk pelaburan) pun kena ada ilmu, bukan beli rumah sebab ikut-ikut kawan.

Kalau baca sebiji pun tak mahu. Lebih baik tak payah beli rumah. Lebih selamat!

Hafiz
Kulim, Kedah
6 Oktober 2019
6 Safar 1441H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *