Tips Urus Masa

Fokus Kepada Perkara Paling Penting Dulu, Aplikasikan Pareto Rule

Tips Urus Masa

Siapa pernah dengar Pareto Rule?

Kalau korang pernah dengar 80/20 rule tu, sama jela. Pareto tu nama tuan punya prinsip.

Sebenarnya, bukan aku nak ajar korang tentang prinsip ni.

Aku cuma nak berkongsi sedikit pengalaman aku yang baru belajar tentang prinsip ni.

Aku belajar prinsip ni dari buku Eat That Frog. Tulisan Brain Tracy.

Prinsip ini sebenarnya sangat sesuai bagi korang yang ada masalah, tak sempat nak siapkan segala kerja, mengikut masa yang ditetapkan.

Bukannya bermaksud aku ni sentiasa siap kerja tepat pada masanya. HEHE

"​Hampir semua aktiviti ekonomi tertakluk kepada prinsip ini. Contohnya, 20% pelanggan menghasilkan 80% jualan dan 20% tugasan menyamai 80% peratus nilai jualan"


Brian Tracy Motivator

Bila aku faham prinsip ni.

 

Setiap malam sebelum tidur.


Aku listkan dulu semua kerja yang aku nak siapkan hari esok. Samaada tugas aku seorang jurutera kilang sawit, dan juga kerja aku sebagai dealer Public Gold.


Bila sudah listkan semua tugasan esok.


Andaikata korang ada 10 tugasan esok. 


Pilih yang mana 2 sahaja tugas yang paling penting bagi korang, dan dua yang paling memberi impak kepada hasil bisnes atau produktiviti syarikat yang korang bekerja.


Jadi, bila bangun pagi, terus fokus kepada 2 perkara ini sahaja.


InsyaAllah masalah banyak kerja tertangguh dapat diselesaikan.



Tapi kalau dah boss suruh siapkan semua perkara macam mana?

Haha. Sebenarnya.

Ini masalah aku juga sekarang.


Aku sanggup stay sampai lewat malam disaat aku tulis benda ni.


Aku sangat respect dengan ilmu tentang kilang sawit yang bos aku ada.


Memang hebat.


Tapi, andaikata aku diberi kekuatan.


Aku nak jugak tegur dia yang ada satu perangai "terlampau detail", sampai sekecil-kecil perkara pun dia nak suruh pembantunya cek balik berkali-kali.


Walhal, dah hampir 15 tahun kilang aku ni dah beroperasi.


Dah berapa manager dan bertukar ganti. Bagi aku, tak perlu buat benda macam tu.


Banyak lagi benda penting yang kita sebagai ketua perlu fikir.


Penyakit suka buat kerja yang bernilai rendah ni memang sukar dihentikan, bak kata Brian Tracy. Ia dah jadi tabiat.


Akibatnya.


Malam-malam pun terpaksa buat kerja lagi, tinggalkan masa dengan anak bini.


Disebabkan kita dah terlepas buat perkara yang penting disiang hari tadi.


Wallhualam


Hafiz

Tawau, Sabah

18 January 2019

13 Jamadil Awal 1440H


Kredit Foto : UEM


Artikel Berkaitan

>