Usah Menunggu Pelaburan Terbaik, Fokus Kepada Ilmu Dahulu

tip pelaburan terbaik

Pelaburan apa yang terbaik?

Tak payah cakap orang lain, aku pun nak cari pelaburan apa yang terbaik sekarang ni untuk aku join.

Ini lumrah sebenar manusia. Nak cepat untuk je dan mestilah mahukan yang paling baik.

" Untung rugi dalam pelaburan adalah ditentukan oleh ILMU yang mereka miliki " - Mohd Zulkifli Shafie

Ini realiti sebenar dalam pelaburan.

Ada orang boleh buat banyak duit dalam hartanah, ada juga yang jatuh lingkup dalam hartanah.

Ada orang boleh buat banyak duit dalam pasaran saham, ada juga yang sampai jadi gila disebabkan kejatuhan saham ketika krisis ekonomi  97' dan 98'.

Ada orang dah 5 tahun menyimpan emas secara konsisten, ada orang dah dah 5 tahun menunggu harga emas murah untuk bermula.

Secara ringkasnya.

Beza untung dan rugi seseorang dalam mana-mana pelaburan ialah ilmu!


Pelaburan idaman hati ialah pelaburan yang ditawarkan oleh SKIM CEPAT KAYA!

Nak cari pelaburan idaman hati?

Carilah ejen-ejen skim cepat kaya. HEHE. Merekalah satu-satunya menawarkan pelaburan idaman hati setiap lapis masyarakat.

Letak duit. Goyang kaki. Bulan-bulan dapat untung lebih 200%.

Aku syorkan korang join skim yang menawarkan keuntungan lebih 100% cepat-cepat.

Kalau lingkup. Jangan korang cari aku. 

Korang pergi dekat dinding, hantuk kepala kuat-kuat. HAHA

Bersabarlah. Fokus kepada ILMU dahulu, duit datang sendiri nanti. InsyaAllah

Aku tahu.

Ramai kawan aku yang sangat teruja untuk melabur.

Baguslah. Korang dah keluarkan diri dari zon selesa sebenarnya.

Cuma, usah terlampau teruja dengan mana-mana pelaburan yang too good to be true.

Fikir dulu masak-masak. Baru letak duit untuk melabur.

Aku tak mahu lagi kawan-kawan aku jatuh rugi berpuluh ribu ringgit macam tahun 2014 dahulu.

Ingat pesan aku.

Ilmu. Ilmu. Ilmu dan Ilmu!


Hafiz
Tawau, Sabah
20 Januari 2019
15 Jamadil Awal 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *