3 Cara Menggunakan Emas Dari Akaun Emas GAP

emas 1 gram Public Gold

Soalan yang biasa saya terima dari penyimpan emas yang menggunakan akaun emas fizikal GAP ialah:

"Macam mana kalau nak guna duit, tapi emas tu ada dalam akaun GAP"

Baiklah, dalam artikel kali ini, saya akan terangkan macam mana caranya.

Namun sebelum itu, bagi pembaca yang belum tahu apa itu GAP, boleh terus klik [Gold  Accumulation Prograam - GAP ] untuk info lanjut.

Cara #1 - Jual Terus Dari Akaun GAP Secara Online

Emas dari akaun emas GAP ini ialah emas fizikal, cuma kita wakilkan Public Gold untuk tolong simpankan untuk kita.

Kita berhak menjual emas tersebut kesemuanya, sebab itu memang emas hak milik kita 100% sebagai penyimpan emas Public Gold.

Untuk emas GAP, spread jualanya ialah hanya 9%. Lebih kecil spreadnya berbanding kebanyakan emas jenama lain.

Cara untuk jual ialah, anda perlu request dengan staff (boleh mintak bantuan Introducer masing-masing), dan HQ Public Gold akan transfer duit ke dalam akaun bank kita dalam masa 2 hari bekerja.

Cara #2 - Gadai Gram Emas Dari Akaun GAP, dan Tebus Balik

Mungkin ada yang belum tahu, emas GAP pun boleh digadai tanpa keluarkan emas fizikal.

Namun, minimum emas untuk gadai ialah sebanyak 5gram.

Jika anda mempunyai lebih 5gram dalam GAP, dan anda perlukan duit segera. Emas dalam akaun ini boleh dimanfaatkannya.

Sebagai contoh harga emas semasa ialah 5gram bersamaan RM1000.

Anda boleh mendapat sebanyak RM700 duit pinjaman, 70% dari jumlah harga emas yang mahu digadai.

Caranya juga adalah sama, mesti membuat permohonan kepada mana-mana staff. Boleh minta bantuan dari Introducer untuk guide.

Cara #3 - Keluarkan Emas Fizikal, dan Jual atau Gadai

Bagi yang lebih suka secara fizikal, anda boleh keluarkan emas tu secara fizikal je, dan seterusnya manfaatkannya sama seperti emas fizikal yang lain.

Boleh jual atau gadai je macam biasa. 

Tapi, apa yang biasa saya sendiri lakukan ialah saya gadai je bila perlukan duit, emas ni rasa sayang betul kalau nak jual.

Saya pernah share pengalaman saya sendiri gadai emas di Pos Arrahnu Tawau, boleh terus ke artikel saya tersebut di link [klik] 3 Tips Gadai Emas.

Hubungi Saya Untuk Bantuan

Inilah antara 3 cara mudah untuk memanfaatkan emas anda dalam akaun emas fizikal GAP.

Jika perlukan duit segera, boleh ikut je cara yang saya share ini. J

Jika tuan puan ialah seorang pelanggan Public Gold yang dibawah bimbingan saya, boleh terus hubungi saya di 014 500 5090 24jam sehari.

Hafiz
Tawau, Sabah
4 May 2019
28 Syaaban 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *