1 Dinar

3 Fakta Ini Membuatkan Saya Nekad Simpan Emas

1 Dinar

Lepas dah khatam beberapa buku tentang emas dan kewangan, baru saya faham kenapa emas dan perak ditulis dalam Al-Quran.

Rupa-rupanya sistem kewangan sekarang adalah salah satu penipuan terbesar dunia. Sistem kewangan sekarang sangat tidak adil!

Dulu saya hanya tahu, semakin hari harga barang semakin mahal.

Namun, lepas dah faham beberapa perkara yang ni, baru saya sedar, sebenarnya bukan harga barang tu naik, tapi nilai duit tu semakin menyusut disebabkan oleh tangan-tangan kotor yang “mengawal dunia”.

Inilah 3 perkara utama, membuatkan hati saya tak senang dengan duit kertas, dan menyebabkan saya terus nekad untuk simpan emas sebagai “insuran kekayaan” saya pada masa depan.

 

Fakta #1 : Sistem Kewangan Yang Dimanipulasi

 

USD to Gold
Sebelum 1971, US Dollar sepatutnya disandarkan dengan emas, manakala matawang lain disandarkan oleh US Dollar [kredit foto : lunaticoutpost.com ]

Pengikut perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944, US Dollar tidak boleh dicetak tanpa disandarkan dengan emas.

Setiap  35 US Dollar yang dicetak, Amerika mesti memiliki satu troy Oz (31.1gram) sebagai sandaran kepada Dollar yang dicetak itu.

Namun, sistem itu berakhir sejak 15 Ogos 1971 berikutan Amerika mempunyai masalah ekonomi disebabkan peperangan yang panjang dengan Vietnam.

Dalam pada itu,

Amerika mencari idea untuk memanipulasi sistem kewangan bagi menampung kos peperangan tersebut. Jadi cara yang paling mudah ialah, Amerika putuskan sahaja hubungan antara duit Dollar dan emas.

Justeru, mereka boleh cetak sahaja emas (baca duit) untuk bangkit semula dari masalah ekonomi tersebut.

Menurut pakar sejarah matawang, Micheal Maloney, disaat inilah wang kertas bertukar menjadi “wang fiat” dan inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia. Kemudian, saat ini jugalah mengapa Amerika terus kaya-raya dan berkuasa sehingga harini.

 

Fakta #2 : Wang Kertas Sebagai Kupon Duit

 

redeemable on gold demand
Tertulis pada duit US Dollar lama, “redeemable on gold demand “

Ini wang kertas US Dollar yang lama, tertulis pada kertas tersebut ialah “redeemable in gold on demand”.

Ia bermaksud, duit pada masa tu, kita boleh pergi ke mana-mana bank untuk ditukar bagi mendapatkan emas. Wang kertas hanya mewakili emas sebagai duit ketika itu, bagi membuat transaksi urusan jual beli.

 

35USD =1 Oz
USD sebelum tahun 1971 bertindak sebagai wakil kepada duit, iaitu emas

Macam kita pergi ‘fun fair’ lah, nak main apa-apa permaintan kena guna ‘token’ kan?

Macam mana nak dapatkan ‘token’ tu? Kita kena bagi duit (beli), tukar kepada token. Baru boleh bermain permainan dalam ‘fun fair’.

Yess, macam itu jugalah sistem kewangan dulu, bagi memudahkan urusan sebab nak bawak emas tu berat, tukar kepada wang kertas sebagai mewakili emas tersebut. Emas yang duit sebenar, wang kertas hanyalah ‘kupon’.

 

Fakta #3 : Nilai Wang Kertas Semakin Hilang

 

harga-emas-mendatar
Harga emas sebelum tahun 1971 hanya mendatar, boleh rujuk di www.kitco.com

 

Kalau kita tengok graf kat atas ni, sebelum tahun 1971, harga emas mendatar.

Adakah dulu tidak ada permintaan terhadap emas? Bukan! Harga emas mendatar kerana duit yang digunakan dulu memang emas.

Duit yang mereka pegang pada masa tu ialah emas. Maka harga emas tidak ada naik atau turun kerana duit yang mereka pegang pada masa itu sendiri adalah emas.

Cuba bayangkan, dulu untuk dapatkan satu troy oz (31.1gram) emas, kita perlu bayar 35 Dollar sahaja. Namun sekarang kita perlu bayar lebih 1200 Dollar untuk dapat barang yang sama.

Persoalannya, harga emas naik atau kuasa beli duit sendiri tu jatuh?

Kalau harga emas naik, adakah orang yang simpan 1 oz emas dulu semakin kaya disebabkan harga emas yang disimpan dah naik berkali ganda? Tidak!

 

Kesimpulan : Nak Simpan Emas atau Simpan Kertas?

 

Lepas saya faham tentang fakta-fakta di atas, simpanan saya dalam ringgit hanya cukup untuk 3 bulan pendapatan sahaja.

Selebihnya, asal duit jadi emas, asal duit jadi hartanah. Ramai yang tahu ekonomi sekarang tengah tenat, tapi berapa ramai yang dah bertindak?

Saya tak mampu nak ubah ekonomi negara, tapi saya boleh selamatkan kekayaan keluarga dengan menyimpan emas, ia jauh lebih selamat dari simpan duit banyak-banyak di dalam bank.

Bak kata guru kewangan Tuan Azizi Ali, ” Jadi kaya tu penting, tapi apa yang lebih penting ialah tidak jatuh miskin “. Sebab itu lah beliau sarankan setiap dari  kita perlu simpan at least 10% dari kekayaan dalam bentuk emas sebagai ‘insuran kekayaan’.

Wallhuallam

 

Hafiz
Tawau, Sabah
2 October 2017

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

>