3 Kesalahan Biasa Pembeli Emas

Hari Jumaat yang lalu, guru emas saya En Syukor Hashim buat seminar secara FB Live yang bertajuk ” 3 Kesilapan Biasa Pembeli Emas”. Alang-alang ramai  sahabat saya yang ingin penerangan lanjut tentang apa yang disampaikan oleh En Syukor Hashim, Insyaallah penulisan saya kali ini memberi penerangan yang lebih mendalam terhadap apa point yang beliau sampaikan sebelum ni.

Sesi FB Live dari En Syukor Hashim, boleh terus ke FB Personal saya untuk tengok balik video tersebut

Sebelum saya mengulas balik apa yang disampaikan oleh En Syukor, sahabat2 semua boleh klik DISINI untuk menonton semula video tersebut.

 

#1 Tak Ambil Tahu Tentang Spread Emas

Spread kalau di’translate’ ialah susut nilai. Namun, dari sudut kewangan mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie kurang setuju dengan translation tersebut. Istilah yang lebih tepat bagi maksud spread ialah beza harga jual dan harga beli sesebuah syarikat emas.

Memang benar apa yang En Syukor kongsikan. Apa yg saya perhati, masih ramai yg beranggapan semua emas ada sama. Tak kira apa jenama, asalkan ia emas, tak ada beza.

Tanggapan tersebut sebenarnya salah. Masa nak beli mungkin harga lebih kurang sama, tapi masa nak jual? Berapa harga kita dapat? Atau sangat susah untuk mencari tempat untuk dijual?

Antara perkara paling penting pembeli emas patut tahu sebelum memilih seusuatu emas ialah “spread”.

 

Ini adalah kadar spread emas Public Gold. Semakin tinggi spread, semakin lambat kita untuk mendapat keuntungan apabila menjualnya nanti.

 

Spread maksima emas Public Gold hanyalah 9%. Saya pernah ditanya oleh rakan2. ” Kenapa tak beli je emas di kedai emas? Sama saja kan? ” Sudah tentu tidak sama!

Baiklah.

Sebelum anda beli emas di kedai emas. Ini satu tips yang guru saya pesan semasa FB Live tersebut iaitu tanya dulu tokey kedai emas. ” Kalau saya nak jual balik ni, berapa saya dapat ?“.

Jawapannya?

Mereka pekedai emas tak akan berani nak jawab soalan tersebut dengan tepat. Tapi, mungkin mereka akan jawab :

Bergantung kepada harga semasa

Memang betul bergantung kepada harga semasa, tapi jawapan yang jujurnya ialah “Bergantung kepada harga semasa tapi ditolak 25%-35%

Kalau kurang yakin dengan apa yang guru saya berkongsi ini, nanti boleh pegi sendiri cari kedai emas, dan tanya berapa spread? Biasanya kedai emas tak akan display harga belian, tapi jika dengan Public Gold, harga jual dan harga beli telah di tulis siap-siap seperti di www.publicgold.com.my

 

#2 Mindset  Terhadap Emas

Antara kesilapan lain ialah mindset yang salah terhadap emas. Emas ialah untuk simpanan jangka masa panjang. Menurut guru emas saya dalam perkongsian beliau baru-baru ini, semakin lama di simpan emas tersebut, semakin banyak untung kita perolehi.

Kes biasa yang saya dengar ialah, baru beli 1gram bulan lepas, bulan ni dah tanya bila boleh jual untuk dapatkan untung. Ini salah satu mindset yang salah.

Dalam fikiran mereka emas sama macam saham, boleh buat untung dalam masa sehari je. Bila jual bulan ni rugi, mereka menyesal beli emas (sama macam saya dulu jugak. HEHE).

Orang yang macam ni biasanya setiap hari monitor harga emas, walaupun tak nak jual pun emas tersebut. Monitor lah 10kali sehari pun, emas turun atau emas tu naik, emas 1gram tersebut tetap berada di tangan kita. Kita akan membazir emosi sahaja kalau monitor harga setiap hari.

Selain itu, ada jugak bandingkan emas dengan tabung Haji. Jadi, EMAS dengan ASB, MANA LEBIH BAIK?

Baca ulasn padat dari guru emas saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

Emas tak boleh compare dengan ASB. Ia comparison yang tak kena. Macam compare tukul dengan kapak. Walaupun kapak pun boleh juga ketuk paku, tapi fungsi kapak sebenar untuk potong kayu. ASB ada dividen, emas tak ada. ASB aset kertas, emas aset fizikal. Emasnampak barangnya, ASB hanya ada nombor dan kertas je. Ketika ASB bagi dividen, emas tak ada apa-apa. ASB nombornya kekal,emas nombor harganya berubah-ubah. Bila ringgit jatuh, harga emas naik mendadak mengimbangi kejatuhan itu sedangkan ASB walaupun nombornya bertambah tetapi kuasa belinya jatuh bila ringgit jatuh. Sebab itu pakar kewangan Azizi Ali sarankan, 10% kekayaan mesti disimpan dalam bentuk emas. Tak pernah ada pakar kewangan sarankan simpan emas 100%. Emas hanya satu daripada banyak alat kewangan. Alat kewangan yang memiliki CIRI-CIRI IDAMAN HATI hanyalah pelaburan yang di tawarkan oleh SKIM CEPAT KAYA (LINGKUP) sahaja… Boleh cuba kalau nak rasa pengalaman lingkup tu macam mana…

Oleh itu, sebelum membeli emas, pastikan anda mempunyai mindset yang betul terhadap emas. Beli emas biarlah bermatlamat, bukan sekadar ikut-ikut. Kalau saya, simpan emas sekarang  sebagai modal untuk pergi Haji dan simpanan untuk pengajian Fayyadh (anak pertama saya) nanti. (“,)

 

#3 Terjoin Skim Pelaburan Emas

Ini yang paling bahaya! Simpan emas fizikal dengan mindset yang salah cuma tidak untung, tapi kalau terjoin skim cepat kaya emas boleh jatuh rugi dan lingkup!

Antara cara mudah nak tahu syarikat emas yang kita join tu skim cepat kaya atau tidak ialah cek je dekat BNM Alert List. Kalau company yang ada join tu tersenarai dalam list tersebut, perlu hati-hati.

Selain itu, beli emas dan mendapat pulangan secara bulanan itu jugak antara ciri skim cepat kaya bertopengkan emas. Saya tak larang anda join.

Tapi, dah ramai sahabat saya yang terpaksa menanggung hutang sampai sekarang sejak dari tahun 2014 akibat ditipu dengan skim emas Tok Belagak dulu.

Nak join silakan. Kalau dah terlingkup, sila bagitau saya ya. HAHA

 

Kesimpulan

Pilih emas jenama paling dipercayai dan mengikut ciri-ciri kritiria emas yang betul. Saya dah ulas topik tersebut di artikel saya sebelum ini. Boleh rujuk dekat SINI. Bagi yang bermodal kecil seperti saya, ubah mindset bagi seorang pelabur emas kepada penyimpan emas.

Menjadi penyimpan emas lebih menguntungkan! Bila matlamat simpanan kita jauh, soal harga turun naik itu hanyalah persoalan masa. Dan yang paling penting ialah, jauhi skim emas, ingatlah takda jalan mudah nak jadi kaya. Hanya tukang jahit sahaja yang goyang kaki dan dapat duit. HEHE

Wallhuallam

 

Hafiz
Sandakan Bay
26 May 2018

Artikel Berkaitan

>