3 Tips Bagi Suami Yang Nak Isteri Menjadi Suri Rumah Fulltime

 

Sekarang ni selalu viral isu bayi mati di rumah pengasuh. Ada kes pengasuh yang memang sengaja dera atau bunuh bayi. Ada juga disebabkan kecuaian pengasuh.

Namun, bagi pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga, nak tak nak terpaksa juga hantar ke rumah pengasuh, supaya ada dua income untuk menampung kos hidup seharian.

Selain isu keselamatan bayi,  isteri-ister akan merasa kurang terjamin masa depan mereka, andaikata mereka kematian suami, siapa yang nak sara hidupnya dan anak-anak pulak kan?

At least, kalau isteri juga bekerja, apabila berlaku masalah hilang punca pendatapan dari suami, isteri boleh meneruskan kerja suami untuk menyara keluarga.

Kesemuanya ini adalah masalah biasa yang dialami oleh pasangan muda sekarang ni. Mereka bagaikan nak ditelan mati mak, nak diluar mati bapak.

Ini saya berkongsi sedikit tips untuk mereka yang ada rancangan untuk isteri berhenti kerja bagi menumpukan untuk jaga anak sepenuh masa.

Saya hanya berkongsi pengalaman saya sendiri, untuk setakat ni, isteri saya juga terpaksa berhenti kerja makan gaji dan fokus kepada jaga anak sepenuh masa sambil membina bisnes bersama-sama

 

Tip 1 : Mesti Jujur dan Telus Setiap Duit Keluar Masuk

Ini perkara paling utama dalam urus kewangan suami isteri. Tak kesah gaji isteri lebih besar dari suami ke, yang penting mesti jujur. Setiap duit keluar dan duit masuk ke dalam akaun mesti bagitahu pasangan masing-masing.

Ada duit claim masuk, bagitahu pasangan. Berapa banyak bonus tahunan dapat, bagitahu pasangan.

Sedangkan kalau suami isteri bekerja pun perlu bagitahu pasangan tentang semua transaction, apatah lagi kalau hanya suami bekerja dan isteri jadi siri rumah. Suami wajib bagitahu!

Dalam urus kewangan keluarga, tiada istilah ini duit suami, itu duit isteri. Kau kau dengan duit aku, aku aku dengan duit aku. Tak boleh macam ni. Semua duit wajib dikira duit “kita”. Awal bulan makan kfc sama-sama, hujung bulan pun makan megi sama-sama.

Bukannya isteri dirumah makan nasi kicap, suami yang bekerja pulak, lunch hour semasa kerja makan pizza. Tak adil namanya tu.

Suami tak boleh belanja sesuka hati duit gajinya untuk layan hobinya lagi, selagi belum mendapat persetujuan dari isteri.

Bak kata jurutera forensik kewangan En Zaidi Ismail, ” Buat anak buat sama-sama, tapi bila sampai bab duit tak kan kena asing-asing pulak”.

 

Tip 2: Duit Poket Isteri

Walau kecil macam mana sekali pun gaji suami, duit poket isteri mesti ada bahagian dalam gaji suami.

Duit poket ni duit yang ikut suka isteri nak buat apa. Isteri nak simpan atau tak nak, suami tak boleh halang.

Kadang-kadang isteri rasa nak makan “starbak”, guna duit poket isteri yang ni. Kalau ister nak beli “tapawey” untuk hiasan, guna juga duit poket isteri. Suami tak perlu fikir dah, yang isteri berbelanja ni “keperluan atau kehendak”.

Isteri dah berkorban diri mereka, korban sijil ijazah mereka untuk jaga anak-anak kita kan?

Jadi, bagi duit poket kepada isteri sebagai “reward” untuk diri mereka.

Untuk suami yang kacak macam saya ni HAHA gurau je, saya bagi duit poket kepada isteri lebih banyak dari duit poket saya!

Bukan apa, senang nanti nak jawab kalau isteri tanya “Abangggg, sayang nak makan pizza laaa”. “Okey jomm, sayang belanja. Sebab duit sayang kan ada banyak” HEHE.

Selesai masalah kan?

Bagi saya, saya kerja dan buat bisnes ni pun, bukan untuk sesiapa, hanya untuk famili jugak kan?

 

Tip 3: Lantik Isteri Sebagai Akauntan Famili

Ini apa yang saya buat. Bagi kepercayaan 100% kepada isteri untuk urus duit dan perbelanjaan keluarga. Isteri lebih tahu apa yang perlu dibeli untuk keperluan rumah dan juga anak-anak.

Setiap dapat gaji, kami bincang tentang bajet bulan tersebut, masukkan duit dalam sampul siap-siap. Dan serahkan tugas jaga sampul tu kepada isteri. Dia sendiri monitor ke mana keluarnya duit, cukup atau tak cukup duit bulan tersebut.

Masa awal-awal kerja dulu saya silap.

Saya pegang semua duit gaji. Bila isteri nak beli barang dapur, saya kena fikir dulu, ni perlu atau benar-benar perlu. Saya kena cek dulu berapa baki duit dalam akaun bank saya.

Bila isteri nak beli barang keperluan anak, saya kena fikir dan justify lagi sekali. Sebab saya risau, takut duit gaji tak cukup untuk sampai ke hujung bulan.

Sekarang ni jauh lebih mudah. Saya just jaga duit poket saya sendiri je. Duit perbelanjaan bulan semua isteri yang monitor. Dia sendiri akan tahu duit mana yang masih banyak, duit mana yang dah nak habis.

Isteri saya terus boleh justify sendiri, barang ni perlu beli sekarang atau tangguh kepada bulan depan, sebab dia sendiri yang tahu status kewangan keluarga sekarang.

Orang perempuan ni, dia suka shopping.

Jadi, bagi tugas shopping sepenuhnya barang keperluan keluarga kepada isteri. Orang laki macam kita ni, sebut saja shopping, jadi kurang “sihat”. Tapi orang perempuan ni lain, sebut kata shopping, jadi lebih cergas. HEHE

Jadi, takda lah tengah bulan, isteri kena mintak duit dengan suami untuk beli barang rumah, sebab dari awal-awal lagi duit semua dia yang jaga.

 

Urus Duit Sama-sama

 

Coretan saya kali ni saya rasa sangat perlu dibaca bagi suami-suami yang nak isteri mereka menjadi suri rumah sepenuh masa.

Jadi suri rumah sepenuh masa sebenarnya bukan mereka tak bekerja, tapi sebenarnya mereka kena bekerja sepanjang masa. Mereka tiada cuti untuk menyusu anak. Mereka tiada cuti untuk masak kepada anak dan bapak anak. HAHA.

Jadi, dari sudut kewangan. Mereka perlu dibayar gaji sama macam kita juga kan?

Kalau tak cukup dengan income suami je, nak tak nak kena cari income yang boleh dijana dari rumah. Dari segi modal, semuanya perlu support dari income suami sebagai permulaa.

Nak hidup sama-sama. Nak bercuti pun sama-sama. Ada anak pun sama-sama, bab duit pun mesti sama-sama!

Saya sangat kesian tengok kalau ada sahabat saya yang masih sorok-sorok duit sendiri dari pengatahuan isteri.

Suami siap boleh beli video game lagi, isteri tak cukup tangan jaga anak kat rumah dan bertukang di dapur. Suami pulak relax belanja dan lepak sana sini dengan kawan-kawan sekerja.

Wallhualla. Semoga bermanfaat.

 

Hafiz
Tawau, Sabah
15 November 2018
6 Rabiullawal 1440H

 

 

 

 

 

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *