cara kira untung emas

3 Tips Gadai Emas Berdasarkan Pengalaman Saya Gadai Emas Di Pos Arrahnu Tawau

Siang tadi (Jumaat, 29 June 2018) saya ke Pos Arrahnu Tawau (yang dekat dengan Pelabuhan) untuk gadai emas saya bagi mendapat sedikit duit. Alhamdulullah, ini pengalaman kedua saya gadai emas, dulu saya gadai sekeping 1/2 Dinar (2.125gram).

Harini saya gadai 8 keping jongkong emas  Public Gold 0.5gram dan 1gram jongkong emas Public Gold sebanyak 8 keping.  Saja nak test item yang kecil-kecil Public Gold ni, laku ke tak.

Bila saya share di facebook, ada yang teruja, cakap ” Wahh. banyaknya emas”. HEHE. Padahal semua tu, bukan nya 100% saya beli, banyak yang saya dapat free. Selalu dapat cabutan bertuah emas semasa seminar.

Jadi, nak dapat emas free. Rajin-rajinkanlah datang seminar ye.

Okey habis bab tu. Dari sedikit pengalam saya tadi, insyaAllah saya boleh berkongsi tips gadai emas, sebagai rujukan sahabat-sahabat yang ada plan nak gadai emas nanti. Ada 3 tips yang saya boleh kongsi, bagi sahabat2 yang nak gadai emas :

 

(1) Pastikan Sumber Duit Untuk Tebus Emas

Ini tips paling penting, bukan sahaja penting. Tapi, ia bapak penting!

Sebelum nak gadai emas-emas tu, kita kena pastikan dulu mana sumber duit untuk kita guna untuk tebus balik emas2 ni. Saya gadai emas sebab perlu dahulukan duit sendiri, sebelum dapat balik claim dari company saya kerja.

Jadi, saya gadai emas cukup-cukup ikut keperluan yang saya nak guna sahaja. Bukan bergadai semua yang ada.

Pengalaman pertama saya gadai emas 1/2 Dinar sebab kucing saya sakit (macam lawakkan), pada hujung bulan. Dan next week saya sudah pasti gaji akan masuk. So, saya dah pasti apa sumber nak tebus balik emas tu.

Nasihat saya, kalau belum pasti sumber duit untuk tebus balik, lebih baik jual je. Sebab kalau gadai kita hanya dapat pinjaman 75% dari harga emas semasa. Kalau jual, kita dapat 100% dan hanya tolak spread.

 

(2) Kondisi Emas Masih Seperti Asal

Contoh seal emas yang perlu dikoyak sebelum digadai

Sebelum gadai, tanya dulu apa polisi Ar Rahnu tu. Ada Ar Rahnu perlu dibuka seal (dikira rosak) untuk uji ketulinan emas, baru boleh digadai. Ada yang kena pegang pakai pengepit yang membolehkan emas kita tu tercalar.

Jadi, bila kita tebus balik emas tu, kondisi dah tak cantik, nak jual dekat orang pun orang susah nak beli. Kalau nak jual balik dekat syarikat emas, emas kita dah dikira emas rosak dan spread akan meningkat sebab dikira used gold.

Kalau Pos Arrahnu, mereka terima emas Public Gold, tanpa perlu lalui ujian ketulinan emas. Wahh, mudah kan. Emas Public Gold yang comel2 tu, akan dikembalikan dalam keadaan yang masih comel. Tak perlu buka seal.

Tunjuk je emas Public Gold, terus diterima tanpa banyak soal. Jadi, kalau jumpa Arrahnu yang perlu buka seal, cuba elakkan.

 

(3) Banyakkan Jumlah Item Emas

 

Haa. Ini pelajaran baru bagi saya. Dulu saya ingat, semakin banyak item, semakin mahal cas simpanan. Rupa-rupanya, sama sahaja dari segi cas simpanan. Cas simpanan ikut jumlah gram.

Kalau gadai 10gram goldbar sekeping.
Dengan gadai 1gram 10keping (total 10gram). Cas simpananya sama sahaja.

Cuma, kelebihan gadai emas 1gram 10keping ialah, kita boleh tebus sikit-sikit. Ada duit untuk tebus 6gram, boleh tebus 6gram dulu. Baki lagi 4gram, boleh tebus lagi next time.

Jadi, cas simpanan pun berkurang, berbanding 10gram sekeping, kita kena tebus sekali gus 10gram.

 

Kesimpulanya

Siapa hanya mampu mula simpan emas yang kecil², mula je dulu. Jangan tunggu ada duit banyak baru nak mula simpan emas.

Duit(walau sikit) yang kita tukar kepada emas tu, akhir sekali ia dapat bantu kita jugak ketika terdesak. Sebab emas tu juga duit, cuma dalam bentu yang lebih baik.

 

Hafiz
Tawau, Sabah
29 June 2018
16 Syawal 1439

Artikel Berkaitan

>