4 Perkara Mudah Yang Sukar Dibuat Oleh Orang Kebanyakan Bila Terima Gaji

loan kereta dan loan rumah

Mengurus duit gaji mudah je sebenarnya. Untuk pandai mengurus duit gaji tidak memerlukan ilmu seperti seorang saintis untuk membuat sebiji roket terbang ke bulan.

Hanya perlu pandai sedikit ilmu kira-kira dan mengawal emosi bila terima gaji je, sudah cukup untuk kalian semua pandai mengurus kewangan.

Namun, ramai yang tak mampu buat! Jadi, apa kesilapan biasa yang orang kebanyakan tak mampu buat tu?

1. Membuat Bajet

Buat bajet berbelanja untuk sebulan bukan bermaksud anda kedekut, tetapi ia sebagai menetapkan perbelanjaan mengikut keutamaan. Sama juga macam orang nak diet, bukan bermaksud tidak makan, tapi makan ikut keutamaan.

2. Menyimpan

Menyimpan ni mudah je. Dapat gaji, simpan dulu baru belanja. Namun, kebanyakannya guna formula yang salah iaitu belanja dulu, ada lebih baru menyimpan.

3. Berkira-kira

Bukan sebab kedekut atau bakhil.

 Tapi, ia bermakna menggunakan ilmu matematik mudah (tambah tolak darab bahagi) untuk tujuan kepastian samaada berbabaloi atau tidak bila dibelanjakan.

4. Membuat Tabung Kecemasan

Lebih 50% rakyat Malaysia tidak mempunyai minimum RM1000 simpanan sebagai tabung kecemasan. Bila perlukan wang kecemasan seperti kereta rosak, atau motor hilang. Terpaksalah meminjam wang untuk kecemasan.

Harini baru terima gajikan? Buat kira-kira dulu sebelum keluarkan duit dari mesin ATM. HEHE

 Sekian. Semoga bermanfaat
Hafiz
Kulim, Kedah
25 November 2019
27 Rabiul Awal 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *