5 Perkara Tentang Kerja di Ladang Yang Ramai Graduan Tak Tahu

kerja ladang

Terdetik pagi ini, rasa nak berkongsi sedikit tentang perkara-perkara berkaitan kerja di syarikat perladangan yang ramai graduan tak tahu.

Untuk info kepada pembaca blog semua, saya ialah seorang jurutera di sebuah kilang kelapa sawit yang terletak di Sabah.

Saya merupakan seorang graduan dalam bidang kerjuruteraan mekanikal. Dah untuk perkongsian saya kali ini, sebenarnya saya tuju kepada mahasiswa yang dalam bidang mekanikal seperti saya juga.

Ini setakat apa yang saya boleh kongsikan pada pagi ini, tentang perkara unik yang saya percaya hanya terdapat di syarikat perladangan :

#1 Tempat Untuk Belajar Basic Engineering

Di kilang kelapa sawit, sebagai seorang eksekutif, saya ditugaskan untuk menjaga semua perkara. 

Dari segi proses dan maintenance, undang-undang industri yang perlu patuhi, aspek keselamatan, dan juga mengurus kebajikan pekerja.

Dekat sini juga ada power plant, tapi tak sebesar macam oil and gas. Setakat generete power 1900kW/h je.

Pendek kata, dekat sini boleh belajar semua benda basic dalam engineering. Buat semua benda, tapi tak terlalu fokus kepada satu perkara.

Dan, masa ini peluang untuk pilih cabang engineering mana yang kita minat dengan mudah.

#2 Tempat Untuk Peroleh Sijil-sijil Industri

2 perkara penting dalam setiap industri ialah tentang alam sekitar dan keselamatan.

Bagi aspek alam sekitar, anda berpeluang memperoleh sijil kompeten bahan buangan terjadual (CeSWAM) dan sijil kompeten bagi bahan buang kilang (CePOMETs). Dua sijil ni laku dekat mana-mana industri.

Bagi aspek keselamatan, anda berpeluang memperoleh kompeten sebagai penjaga boiler, penjaga enjin dan sebagai supervisor kemasukan ke dalam ruang terkurung.

Pendek kata, bila dah dapat semua ni. Campak je mana-mana industri, conform ramai yang cari anda.

#3 Banyak Benda Yang Percuma

Haa. Ini special juga di kilang sawit. Disebabkan tempatnya majoriti jauh ke dalam hutan (tapi jangan risau, line internet tetap laju, kalau tak macam mana saya nak tulis blog), banyak benda yang free.

Bil air, bil api, gas memasak, transport (moto) dan minyak moto juga free. Pergi kerja 5 minit je dari rumah. Kejap lagi jam 7am saya nak masuk kerja, jam 6.15 am sempat lagi ni menulis satu artikel.

#4 Peluang Untuk Gandakan Simpanan

Nak menyimpan. Memang bagus kerja dalam ladang. Rumah free.

Dah rumah pun free, saya beli la satu rumah sendiri di Selangor untuk bagi sewa. Setiap bulan dalam la duit sewa rumah.

Dari duit sewa rumah, sangat mudah untuk saya gandakan simpanan. Saya jangka, lebih cepat untuk saya capai financial freedom kalau saya tinggal di dalam ladang macam sekarang. InsyaAllah.

#5 Masa Bekerja Yang Fleksibel

Sebagai seorang eksekutif di kilang kelapa sawit, masa bekerja saya sangat fleksibel. Tiada punch card. Yang penting, kilang berjalan lancar mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Konsep kerja kami ialah kilang berjalan lancar, kami sempat boleh rehat. Kalau kilang tak lancar, nak duduk pun tak sempat. HEHE.

Jadi, untuk graduan baru. Masa masih muda ni, grab peluang untuk belajar dan peroleh sijil kompetan dengan cepat. InsyaAllah masa depan anda dalam bidang engineering lebih cerah.

Semoga Bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
10 May 2019
5 Ramadhan 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *