emas simpanan kalis boros

5 Tips Ketika Poket Kering

tips poket kering

Saya percaya, setiap dari kita pasti pernah mengalami masalah poket kering atau tidak berduit.

Terutamanya, masa mula-mula kerja. Perubahan dari alam belajar kepada alam pekerjaan, memerlukan kos yang agak tinggi.

Ataupun, ketika hutang-hutang kita terkumpul tanpa sedar. Bila sudah dikejar bank, barulah pening memikirkan beban yang dipikul.

Ini saya kongsikan, beberapa tips yang pernah saya buat dan pernah saya belajar dari guru-guru kewangan, untuk mengatasi masalah poket kering (hutang keliling pinggang) :

#1 Rendahkan Ego, Jujur Dengan Diri Sendiri

En Syukor Hashim

Perkara pertama yang mesti lakukan ialah jujur dengan diri sendiri. Maksudnya, terima hakikat yang bahawa kita sedang mengalami masalah kewangan.

Beritahu keluarga dan rakan terdekat tentang situasi kita, supaya mereka faham bahawa kita sedang ada masalah kewangan. 

Bukan untuk mereka bantu bayarkan hutang kita, tapi supaya mereka selitkan doa dalam solat mereka dan supaya tiada permintaan yang menambahkan lagi masalah kepada kewangan kita.

Apa yang pernah saya buat, saya tolak aje ajakan kawan untuk join apa-apa event yang perlukan kos yang tak perlu, seperti main futsal, dan makan di tempat yang mahal.

#2 Merancang Dan Ambil Tindakan

tips berjimat cermat

Tak perlu bersedih lama-lama. Bersedih bukan jalan menyelesaikan masalah kewangan anda.

Apa yang anda perlu buat ialah :

1. Berhenti buat hutang baru

2. Potong perbelanjaan yang tidak perlu seperti astaro.

3. Utamakan perkara untuk sara hidup (makan, pakai, tempat tinggal). Yang lain tak ada pun masih boleh hidup.

4. Cara dan tambah ilmu (baca buku/blog tentang kewangan)

Buat je 4 perkara yang diatas ini, proses ini memakan masa, dan memerlukan disiplin diri yang tinggi.

#3 Ambil Peluang

aktiviti orang berjaya

Ambil peluang ziarah keluarga dan sahabat handai. Ikut program masjid atau apa-apa program komuniti bagi meningkatkan silaturrahim.

Mungkin jalan ini ialah titik tolak untuk anda mengubah diri anda 360 darjah. Pilih persekitaran yang baik. Tersalah pilih, mungkin boleh menambah lagi mudarat kepada kewangan anda.

Saya dulu masa belajar, nak jimat kos di bulan Ramadhan, saya berbuka di masjid je. Ramai pak arab buat macam ni saya tengok, mereka bawak je satu family berbuka sama-sama.

#4 Belajar Untuk Tambah Pendapatan

cara buat side income

Selain dari ambil overtime (kerja lebih) semasa kerja hakiki, anda boleh menjadi apa-apa ejen produk yang memang anda sudah pakai dirumah.

Hanya berkongsi je kepada rakan-rakan.

Kalau suka pakai tupperware, share kebaikan produk tupperware kepada kawan-kawan. Kalau suka pakai periuk noxxa, share kepada kawan-kawan.

Ada peluang sign up jadi dealer atau ejen, terus sign up je. Biar komisyen sikit, yang penting boleh digunakan untuk tambah pendapatan.

Macam saya, saya suka simpan emas dengan Public Gold, saya berkongsi kebaikan simpan emas kepada kawan-kawan. Kawan-kawan beli emas dengan Public Gold, saya mendapat sedikit insentif dari Public Gold.

#5 Berdoa Kepada Allah

Zon Selesa

Akhir sekali, setelah berusaha. Berdoa kepada Allah. Mungkin kekeringan poket kita kali ini sebagai titik tolak untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, dan juga sebagai booster untuk kita menjadi hambah Allah yang kaya di dunia dan yang berjaya di akhirat. InsyaAllah.

Semoga perkongsian saya dari sedikit pengalaman saya belajar melalui buku-buku kewangan ini boleh memberi manfaat. InsyaAllah.

Hafiz
Tawau, Sabah
9 May 2019
4 Ramadhan 1440H

Artikel Berkaitan

>