Keburukan Emas Public Gold?

Apa Keburukan Public Gold? Jujur dari saya.

Apa keburukan Public Gold? Asyik duk cerita kelebihan emas Public Gold je. Yelah, sebab saya seorang dealer Public Gold, memang lah cerita tentang yang murni-murni tentang Public Gold sahaja kan?

Baiklah, saya cuba memberi info yang adil.

Bukan sebab saya seorang dealer Public Gold, tapi sebab saya sendiri menjadi penyimpan emas Public Gold sejak dari tahun 2010 lagi.

Bagi yang belum kenal saya, boleh baca nanti sedikit latar belakang saya selepas ini.

Video ni adalah rakaman saya menggunakan hidden camera, untuk menguji adakah emas Public Gold diterima untuk gadai ke tidak.

1. Harga Emas Lebih Mahal Dari Kedai Emas?

Harga Emas Public Gold Murah

Berikut ialah senarai website untuk cek harga emas yang dijual di Malaysia.  Anda boleh buat perbandingan sendiri tentang harga emas yang dijual di Malaysia di link di bawah :

  1. Public Gold
  2. Power Gold
  3. Gold Silver Resource
  4. Maybank
  5. KFH

Untuk dapatkan dinar emas Public Gold yang terbaru, rujuk artikel saya cara beli dinar emas Public Gold selepas ini.

Dinar Set Public Gold

Untuk beli jongkong emas 1gram Public Gold dengan harga jimat, anda boleh beli emas dengan kaedah GAP.

Bukan sahaja yang paling rendah, malah design emas 1gram Public Gold juga banyak yang comel-comel.

Anda mungkin boleh rujuk sini untuk cara membuka akaun emas GAP Public Gold (5minit siap). 

2. Brand Emas Cap Ayam?

Nadir Metal Refinery

Emas Public Gold dikilangkan oleh Nadir Metal Refinery, pengilang berstatus LBMA Good Delivery. (sebelum Covid 19)

Maksudnya, emas Public Gold laku di mana-mana seluruh dunia kerana emasnya di iktiraf LBMA.

Kalau di Malaysia,

Sejak GST diwujudkan, hanya emas pelaburan yang berketulinan 995 dan keatas dan berstatus LBMA sahaja dikecualikan GST.

Emas Public Gold juga berstatus Investment Precious Metak (IPM) kerana dikeluarkan oleh pengilang emas berstatus ‘London Good Delivery’.

Goldbar 5gram Public Gold

Status ini membolehkan semua produk Public Gold TIDAK dikenakan GST. Anda jimat 6%. Selepas kerajaan tubuhkan GST, saya rasa hampir semua syarikat emas yang ada di Malaysia terpaksa tutup kedai. Namun Public Gold masih bertahan.

Tanggal 1 Jun 2018, bermula era kerajaan baru.

Kerajaan Pakatan Harapan telah isytiharkan GST 0%. Syarikat emas yang dulunya bersaing dengan Public Gold terus mati. Tapi, saya rasa sekarang tidak lagi mampu hidup kembali walaupun sudah GST sifar.

3. Spread Yang Tinggi?

Spread Emas Public Gold

Susut nilai ialah perbezaan harga jual dan harga beli emas tersebut.

Susut nilai emas Public Gold adalah antara 6% sehingga 9% sahaja. Jadi, jika harga emas menaik lebih 9%, bermakna kita sudah boleh jual dan memperoleh keuntungan  dari segi RM.

Jika susut nilai lebih tinggi, bermaksud kita perlu ambil masa yang lama untuk peroleh keuntungan apabila kita nak jual emas tu.

Emas Public Gold Kemek

Namun, jika emas tersebut calar, goris atau bengkok seperti di atas, Public Gold tetap akan membeli balik emas tersebut, namun pada susut nilai lebih tinggi sedikit (sekitar 10%).

Sebagai perbandingan, jika anda membeli emas daripada bank, risiko yang sangat besar yang anda hadapi adalah bank tidak akan membeli balik emas mereka jika ada kesan calar, goris atau bengkok.

Macam mana dengan spread di Kedai Emas?

Cuba cek sendiri, confirm lebih 20%.

Jadi, hati-hati memilih emas. Pilih emas syarikat yang diyakini.

4. Tak Ambil Emas Kalau Kita Nak Jual?

Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas mereka bila-bila  masa mengikut harga PG Buy.

Buat masa sekarang, Public Gold pernah membeli balik emasnya dengan berharga RM8juta sekali gus, dapat membayar dalam masa dua hari jer.

Kebanyakan syarikat emas senang untuk jual emas, tapi ada masalah untuk beli balik emasnya sendiri kerana tidak mempunya dana yang cukup untuk bayar balik emas tersebut.

Jaminan Beli Balik Emas Public Gold

Pengalaman Ustaz Khairul jual emas Public Gold dalam jumlah yang besar. Rekod terbesar Public Gold buat buy back ialah sebanyak RM8juta sekali gus dan Public Gold bayar kepada orang yang jual emas tu dalam masa 2 hari bekerja sahaja.

5. Tak Mesra Ar Rahnu?

Pajak Emas Pos Arrahnu Tawau

Jika anda pajak emas di Pos Arrahnu Malaysia, emas anda tidak perlu dibuka seal. Boleh baca tips pajak emas yang pernah saya share sebelum ni.

Pos Arrahnu akan terima emas Public Gold tanpa menjalani ujian ketulinan.

Ni pengalaman saya sendiri, pergi ke Pos Arrahnu Tawau untuk pajak emas. Tak sampai 15 minit dah boleh dapat cash.

Buat masa ni, semakin banyak arrahnu yang menerima emas Public Gold tanpa membuka seal. 

Saya ada juga berkongsi tentang pengalaman saya menguji emas Public Gold di 3 buah Ar Rahnu di Kota Bharu baru-baru ini.

6. Payah Nak Pergi Cawangan?

Cawangan Public Gold

Mudahnya simpan emas Public Gold, kita tak perlu cari ejen untuk urusan jual beli emas.

Kita hanya perlu berurusan terus dengan staff Public Gold, jika ada apa-apa keraguan barulah kita mintak dealer untuk bantu kita follow up dengan staff Public Gold kerana dealer ialah umpama ibu bapa (orang yang berpengalaman) kita dalam jual beli emas PG.

Saya tinggal di Tawau Sabah, kalau saya pergi KK boleh ambil emas saya, kalau saya balik kampung saya di Kelantan pun saya boleh buat urusan dengan Public Gold juga, mudah kan?

Saya tak perlu bergantung kepada dealer saya. Saya cuma perlu mendapat guide je dari dealer tentang cara mana yang paling mudah untuk jual atau beli emas.

7. Susah Nak Jual Beli?

Sistem jual beli emas Public Gold dijalankan 24jam. Kita boleh lock harga dan order emas bila-bila masa secara online.

Pergi di cawangan hanya untuk berurusan ambil atau bagi emas je. Mudah kan?

Jadi, ia menjimatkan masa kita untuk berurusan di branch. Order siap-siap di website, bila emas kita dah ready, staff akan inform dan pergi ambil terus di cawangan yang berdekatan.

Untuk beli emas dengan cara Gold Accumulation Program (GAP), harganya berubah setiap jam 12tgh malam. Manakala, untuk beli emas dengan cara biasa, harga emas berubah setiap 20minit, ikut harga emas dunia.

9. Tak Banyak Design Emas

GAP Withdrawal

Sejak tahun 2020, produk emas Public Gold untuk eksklusif design semakin banyak dan semakin menarik. 

Kita boleh dapatkannya dengan cara akaun emas fizikal GAP.

Sudahlah comel, harganya pulak jauh lebih murah berbanding emas 1gram lain, terutamanya jika anda beli emas di kedai emas di mana-mana shopping mall.

Kesimpulan

Inilah antara sebab kenapa saya pilih emas Public Gold, sebelum ni saya sendiri merancang untuk jadi dealer syarikat emas X, namun selepas buat beberapa kajian, saya rasa simpan emas Public Gold lebih 'peace of mind'.

Saya berani cakap, kalau di Malaysia ni orang nak simpan emas, tapi tak kenal Public Gold, dia rugi!

Wallahuallam

Hafiz
Kota Bharu Kelantan
23 Februari 2021

Artikel Berkaitan

>