7 Langkah Untuk Bebas Hutang

tips bebas hutang

Siapa ada niat untuk langsaikan hutang?

Saya percaya, semua manusia normal yang berhutang, semestinya akan memasang niat untuk langsaikan hutang.

Cuma, niat sahaja tak memadai. Niat mesti sertakan tindakan!

Kisah Seorang Jutawan Semasa Zaman Kejatuhan

Saya ada hutang dengan 3 institusi kewangan ratusan ribu ringgit. Hutang dengan kawan RM50ribu.


Tanah milik ibu hampir terlelong.

Tiga tahun tidak pulang beraya, kerana  lebih senang bersembunyi. Namun, jika saya lari dari hutang, tidak akan selesaikan masalah hutang.

Chef Li

Mentor Kewangan

Bila saya baca buku-buku beliau. Fuhh, baru saya tahu, betapa besarnya cabaran Chef Li untuk bebas diri dari hutang.

Selepas diteliti balik.

Beliau berkongsi 9 langkah lunaskan hutang ratusan ribu ringgit yang beliau sendiri pernah lakukan.

Langkah-langkah Langsaikan Hutang

#1 Mencari Rakan Yang Baik dan Bersifat Jujur

Ini langkah pertama. Bila ada masalah hutang, sokongan daripada rakan-rakan sangat penting.

Dalam ramai-ramai kawan, mesti ada juga seorang dua yang ikhlas terhadap kita dan sanggap mendengar niat kita.

Walaupun mereka tidak menangis dikala kita menangis, sekurang-kurangnya mereka tidak mentertawakan kita.

#2 Mencari Guru atau Mentor

Seorang mentor sudah memadai.

Sebolehnya, berguru dengan orang yang pernah berjaya dalam kes melangsaikan hutang lebih kurang sama dengan kita.

#3 Elakkan Diri Dari Mengambil Hutang Baru

Elakkan dari membaca banting-banting promosi! Jangan menonton iklan-iklan.

Ada ASTARO berbayar di rumah? Tukar kepada ASTARO yang percuma! Atau tak perlu ada TV langsung dirumah.

Tak pernah lagi saya jumpa orang mati sebab tak tengok TV.

#4 Ambil Peluang Merenung Wajah Anak-anak Kecil

Anak-anak kita adalah insan yang suci. Wajah mereka ada kesyahduan.

Pandanglah mereka dan berdoa kepada Allah :

" Ya Allah, aku menumpang kesucian diri anak-anak ku. Bantulah aku menyelesaikan hutang-hutangku agar aku menjadi ayah yang baik untuk anak-anakku. Amin ya Rabbalamin"

#5 Tingkatkan Kekerapan Menziarahi Ibu.

Tingkatkan menziarahi ibu. Minta ibu doakan kepada kita supaya diberikan kekuatan kepada untuk menyelesaikan masalah hutang.

Doa dari seorang ibu ada doa yang mujarab!

#6 Berbicara Dengan Teman Hidup

Mesti berbincang dengan teman hidup. Berganding bersama untuk mencapai gagasan bebas hutang bersama-sama.

Libatkan anak-anak sekali untuk sama-sama berjimat cermat.

Kerap juga saya temui, ada masalah hutang, tetapi tidak mendapat simpati daripada isteri. 

Walaupun suami banyak hutang, isteri masih meronta-meronta untuk memakai smartphone paling canggih keluaran terbaru. Fuhh. Sedih!

#7 Mula Paksa Diri Bersedekah

Bersedekah setiap hari.

Tidak perlu pasang niat untuk bersedekah selepas jadi jutawan. Bersedekahlah untuk jadi jutawan.

Tak pernah saya jumpa orang jatuh miskin disebabkan bersedekah.

Kesimpulan

Semua yang Chef Li sarankan ni nampak macam berat belaka. Mula lakukan sekarang meskipun nampak kekok.

Saya percaya, mula-mula je susah. Bila dah lama-lama, dah takda masalah.

Ehh. Baru saya perasan. Yang 6 dari 7 tips yang saya kongsikan ni semuanya percuma, kita boleh buat sekarang!.

Kecuali tips No 2, mungkin ini sahaja perlu keluarkan. Kalau ada rezeki, boleh dapatkan juga secara free.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawiu, Sabah
 9 February 2019
4 Jamadil Akhir 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *