7 Perkara Yang Menipiskan Dompet, Akibat Terlampau Risau Dengan ‘Nanti Apa Orang Kata’

Takut apa orang kata

Tebal atau nipis dompet anda sebenarnya bergantung kepada anda sendiri, bukan kepada orang lain.

Namun, setakat pengalaman saya selama 5 tahun dalam alam pekerjaan, kawan-kawan yang kena kejar bank bukannya sebab gaji kecik, tapi terlalu fikir 'nanti apa orang kata'!

Untuk artikel harini, saya akan kongsi 7 kesilapan kewangan yang biasa dilakukan akibat terlalu risau tentang apa orang kata, walau 'orang yang bakal mengata' itu pun tak mengata pun kita. HIHI

#1 Baru Mula Kerja, Dianggap Berjaya Apabila Pakai Kereta Import Luar Negara

tips beli kereta

Ini kereta saya. Hidup lebih tenang bila pakai kereta biasa-biasa. Yang penting kereta ini dah pernah bawa saya pusing satu Sabah.

‚ÄčKesilapan yang biasa dilakukan oleh graduan baru ialah menganggap diri sudah berjaya apabila baru mula kerja dah pakai kereta berlambangkan 'H'.

Mak bapak pun bangga, apa balik kampung, senang nak tunjuk dekat jiran tetangga, bahawa anak kami dah berkerjaya dan bergaji besar.

Inilah silapnya. Masyarakat selalu salah alat untuk mengukur. Mereka mengukur kekayaan seseorang dengan jenis kereta apa yang anda pakai.

#2 Menjadi Raja Sehari Hanya Sekali, Biarlah Korban Jiwa Dan Harta

Kahwin-Tanpa-Hutang

Ini je gambar kawhin yang saya ada. Kos kahwin saya kurang dari RM5k je.

Kenapa saya katakan berkorban jiwa?

Yelakan, seronok hanya sehari, tapi hutang sampai sepuluh tahun belum habis lagi.

Sepatutnya, majlis kahwin biar biasa-biasa je. Duit lepas kahwin banyak lagi nak diguna. 

Bila pasangan baru kahwin, antara kos paling besar ialah kos nak masuk rumah, kalau tak ada RM10k zaman sekarang, sesak nafas jugak untuk masuk rumah.

Dari menghabiskan duit untuk menjadi raja sehari, apa kata simpan untuk guna esok hari?

#3 Raya Hanya Setahun Sekali, Langsir dan Baju Raya Tahun Lalu Mesti Tukar Baru. Eh, Kereta Pun Mesti Baru

Kereta

Langsir baru, sofa baru, pakaian baru, dan banyak lagi yang perlu tukar baru bila sampai musim raya.

Eh, termasuklah kereta, alang-alang nak beli, biar beli sebelum raya.

Kalau maintain yang lama, nanti orang kata "Eh, ni langsir tahun lalu?".

Belum kira lagi baju Melayu, mesti sedondon satu keluarga setiap kali raya. 3 bulan sebelum raya, dah siap-siap hantar ukuran dekat tukang jahit profesional, semata-mata nak up foto di insta waktu raya.

Selagi yang tahun lalu masih boleh dipakai, apa salahnya gosok saja nampak berkilat sudah kan?

#4 Beli Rumah Mesti Yang Ada Kolam Renang

Rumah Pelaburan

Kos beli rumah merupakan kos paling tinggi dalam profil kewangan setiap dari kita. Sebelum beli rumah, belajar dulu cara nak pilih rumah yang betul, pada waktu yang betul.

Beli rumah tak salah, tapi masih ramai yang beli rumah yang salah, pada waktu yang salah.

Baru beli rumah pertama, terus beli yang ada 'kolam renang', walaupun 30tahun lagi belum tahu mahu pencen di kawasan mana.

Saya ada beberapa tips beli rumah pertama sebelum ini, jemput baca di artikel saya tentang 'Kerugian Beli Rumah Paling Mampu'.

#5 Melancong Perlu Tempat Yang Ada Salji, Bukan Setakat Pergi Langkawi

seminar-emas-PG-patuh-shariah

Ini tempat saya melancong buat masa ni. Saya fly dari Tawau ke KL, semata-mata untuk melancong tambahkan ilmu.

Melancong tu tidak salah, yang salah itu ialah berhutang semata-mata nak pergi melancong luar negara.

Ini kisah benar. Dekat tempat kerja saya, pangkatnya sebagai staff supervisor kilang. Hampir setiap bulan pejabat dapat panggilan dari bank untuk tagih bayar hutang.

Tapi, dia dan bini sibuk duk fikir nak melancong ke koreaaaaa.

Aduish aduish. Macam nak pergi sekeh je kepala dia, hutang keliling pinggang. Tapi, hmmm. Macam takda hutang pulak dibuatnya. 

#6 Setiap Kali Makan, Nak Yang Paling Sedap. Setakat Warung-warung, Selera Sampah Katanya

Saya selalu naik flight, sebab saya bertugas di Borneo. Bila naik flight, saya beli tapau nasi untuk makan di airport. Saya tak berani nak beli makan di 'warung-warung' Airpott.

Saya ada satu cerita pasal makan nasi ini. HEHE

Suatu hari, saya diajak untuk lunch sama-sama office mate. Soalan yang ditanya ialah "Nak Makan Mana?".

Saya terus bagi idea.

"Makan Nasi Lalap dekat Hilltop, murah dan sedap. RM3.5 je dah kenyang sampai petang"

" Caishh. Selera tahap kaki kau ni Fiz" terus diperli oleh member.

HEHE. Aduish. Itu je selera saya, asal perut kenyang, dah cukup bagi saya nak selesaikan masalah lapar. Makan apa tu saya tak kesah, kalau boleh, yang murah-murah je.

#7 Tak Payah Bercita-cita Nak Jadi Kaya, Allah Dah Tentukan Rezeki Kita Semua

"9 dari 10 sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga ialah orang multi jutawan"

Bila diajak menyimpan dan belajar urus kewangan, 'Tak boleh jadi kaya, nanti aku leka dengan dunia yang sementara'.

Ada juga kan yang macam ni. HEHE.

Memang Allah dah tentukan rezeki kita, tapi kita sendiri mesti kena kuat berusaha, bukan duduk hanya berdoa.

Saya pernah terbaca posting sentap dari FB oleh Tuan Harith Faisal 

" Tak payah nak pergi belajar di sekolah, Allah dah tentukan rezeki kita semua. Eh, macam sama pulak dengan tak payah berusaha untuk jadi kaya kan? "

Usah Fikira Apa Yang Orang Kata Kalau Nak Berjaya

Nasihat lukman al Hakim

Bila fikira tentang apa yang orang kata, saya mesti teringat satu kisah yang selalu orang kongsi di FB ni.

Orang yang mengata tak akan pernah berpuas hati apa yang kita buat, dan orang yang mengata pun sedikit tidak menyumbang kearah kebaikan kewangan kita.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
4 Mac 2019
27 Jamadil Akhir 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *