7 Tips Beli Rumah Pertama Bagi Anak Muda

Rumah Pelaburan

Kalau tanya mana-mana guru kewangan mahupun guru hartanah, rumah pertama biarlah rumah untuk pelaburan. Rumah pelaburan bermaksud rumah yang biasa-biasa, kita boleh sewakan dan bukan kita rancang untuk “pencen” dekat rumah tu.

Rumah pertama, elakkan terus beli rumah idaman yang ada kolam, dan macam istana. Supaya ia tidak membebankan kita untuk bayaran bulanan bank nanti.

Sebelum saya decide untuk fokus dengan bisnes Public Gold, saya banyak menggunakan masa saya untuk buat research berkaitan rumah pelaburan, baca buku-buku tentang hartanah dan juga hadiri kelas hartanah secara berbayar.


Saya dan Tuan Faizul Ridzuan, pada kursus Sarjana Hartanah 2016 di Cyberjaya

Saya mendapat inspirasi untuk cepat-cepat beli rumah pertama selepas saya baca buku tulisan beliau yang bertajuk WTF (Wa Tak Faham).

Dengan berbekal sedikit ilmu tentang hartanah, dan sedikit pengalaman pertama saya untuk beli rumah pertama, saya akan share kepada sahabat-sahabat semua, apa tips penting untuk membeli sebuah rumah pertama bagi anak muda.

 

No #1 – Harga Rumah Mesti Undervalue

Kritiria yang pertama ialah, pilih rumah harganya paling rumah antara rumah-rumah yang ciri-ciri sama yang kita nak beli.

Cek samaada harga rumah kita tu mahal atau murah, bukan main dengar cakap-cakap orang, bukan main dengar cakap ejen rumah, kita mesti cek sendiri.

Boleh tanya kawan-kawan yang kerjanya Valuer, untuk cek berapa nilai semasa rumah kita.

Boleh crosscheck dekat website-website hartanah.

Apa yang saya buat dulu, saya cari 100 buah rumah di tempat yang sama, yang saya rasa berkenan. Saya contact semua ejen yang buat iklan rumah-rumah tu (sekitar 20orang ejen yang saya contact pada masa tu), saya view 5-10 buah rumah dan akhirnya, saya beli satu.

Sebelum letak deposit, pastikan rumah kita tu lebih murah berbanding rumah yang standard lebih tinggi dekat kawasan tu.

Sebagai contoh, saya beli apartment rumah medium cost di kawasan Seksyen 7, Shah Alam. Saya kena pastikan, unit rumah yang saya bakal beli tu, jauh lebih murah berbanding rumah teres atau condo dekat area situ.

 

No #2 – Buat Kira-kira (Gaji dan Sewaan)

Sebelum beli rumah pelaburan, mesti buat kira-kira. Bukan main agak-agak je.

Cek berapa bayaran bulanan kita dengan bank (mampu tak gaji kita nak bayar, walau tiada penyewa?), cek juga berapa maximum dan minimum kadar sewaan yang dapat hasil sewaaan tu.

Adakah kita dapat positif atau negatif cashflow?

Kalau beli rumah pelaburan, terus dapat positif cashflow, Tuan Faizul Ridzuan kelaskan rumah tu sebagai rumah gred A.

Pembelian rumah pertama saya, saya dapat negatif cashflow sekitar RM300.

Rumah tu sudah ada penyewa, dan kadar sewaan saya hanya up RM50 dari owner lama yang dah beli 10tahun lalu.

Ini kerana, saya ada kekangan masa untuk mencari penyewa baru, sebab saya tinggal di Tawau Sabah, tapi saya beli rumah di Selangor.

Malas sangat saya nak habiskan masa cari penyewa lain, saya sambung saja contract yang lama.

Okey la kan?

Saya hanya bayar RM300 sebulan, dan saya dapat sebiji rumah nanti. InsyaAllah

 

No #3 – Tunjukkan Nama Baik Dengan Bank

Ini juga kritiria penting, kita mesti jaga nama kita dengan bank. Dalam kewangan, kita kena jaga CCRISS.

Kalau bank tahu kita ni ada hutang-hutang lama yang ‘liat’ untuk bayar, process nak lulus loan tu sangat susah.

Kalau kita tak pernah berhutang pun, bank ragu-ragu dengan sikap kita terhadap hutang, pun susah untuk lulus loan.

Jadi, nasihat saya bagi yang tak pernah buat apa-apa hutang, apply kad kredit dulu.

Guna kad kredit secara disiplin. Bayar penuh setiap bulan.

Dalam process untuk mencari rumah tu, terus boleh apply kad kredit. Kita nak tunjuk rekod baik kita sebagai pembayar hutang dengan bank, supaya bank mudah bagi kita untuk berhutang.

 

No #4 – Sediakan deposit sekitar 15%

Ini bagi pembeli rumah amatur macam saya.

Kalau sifu-sifu hartanah banyak share cara beli rumah tanpa ada deposit. Ya, memang ada. Tapi, kena ada ilmu yang cukup untuk apply cara tu.

Rumah kena mesti terus dapat gred A salah satu cirinya.

Ada sahabat saya tengok saya nak beli rumah, nak beli rumah juga. Saya tanya dah ada simpan deposit?

Jawabnya dengan mudah “Kan ada KWSP?”. HEHE

Bagi rumah macam saya beli tu, KWSP bagi deposit selepas kita setel segala urusan rumah. Bukan KWSP bagi duit dulu, baru kita cari rumah.

Rumah jenis lain saya tak pasti macam mana, pendek kata, kita kena ada duit sendiri la dulu, kemudian baru boleh claim dengan KWSP. Bukan terus minta KWSP cakap nak beli rumah untuk keluarkan dari akaun 2.

Confirm KWSP tak luluskan.

Kalau KWSP luluskan pun saya rasa sangat bahaya, silap-silap haribulan, duit habis, rumah tak beli pun. HEHE

 

No #5 – Kedudukan Rumah

Ini juga ramai yang terlepas pandang.

Seorang sahabat saya mintak nasihat untuk beli sebuah condo di area Gombak. Kalau rumah highrise macam tu, kena cek rumah tu menghadap ke matahari petang ke tak.

Sebab kalau menghadap matahari petang (menghadap ke Barat), rumah tu sangat panas. Kecuali ada aircond.

Kalau rumah apartment, cek rumah tu ada privasi tak kalau kita buka tingkap. Kalau saya suka rumah pandangan hutan dari pemandangan rumah yang orang lalu lalang.

Dan satu lagi Tuan Faizul pesan, kalau ada kubur di sekitar tu, elakkan rumah yang menhadap kubur. HEHE.

Tips terakhir tentang lokasi rumah, tengok sejarah kawasan rumah tu, kawasan banjir ke tak kalau musim hujan. Tanya orang sekitar.

Kalau terbeli rumah yang salah, menangis tak berlagu lah.

Nak jual orang tak nak beli, nak sewakan pun orang tak nak duduk. Duduk sendiri pun tak selesa. Rugi!

 

No #6 – Cek Sejarah Rumah

Ini pun kena cek. Biasalakan, bani Melayu macam kita ni, sensiti dengan isu-isu macam ni.

Tips ni penting bagi nak beli rumah subsale (rumah second). Cek kenapa owner lama nak jual. Ke ada kes bunuh diri kat rumah tu? HEHE

Atau ada kes gangguan makhlus halus?

Elakkakn beli rumah yang ada sejarah-sejarah macam tu. Pendek kata, carilah rumah yang kalau orang lain tak nak duduk, tapi kita sendiri yang nak duduk kat situ.

At least kalau tak dapat sewakan, kita boleh duduk sendiri.

 

No #7 – (Tips Bonus) Apa Booster Yang Ada atau Bakal Ada?

Ini tips bonus, cek apa Booster yang ada disekitar tu nanti?

Booster ialah satu kemudahan yang bakal membuatkan harga rumah kita tu semakin mahal, atau kadar sewaan rumah kita dan sekitar tu semakin mahal.

Contoh Booster ialah sekolah, shopping mall, stesen kereta api, universiti dan banyak lagi lah.

Cek dengan uncle Google, apa laluan train baru yang bakal ada 5 tahun akan datang? Rumah area situ akan ada kenaikan harga secara mendadak apabila kemudahan-kemudah tu siap nanti.

Macam rumah yang saya beli, sekarang dalam process untuk MRT 2 siap. InsyaAllah, kurang 5 tahun lagi, rumah yang saya beli sekarang ni hanya kurang 500m walking distance dengan train station.

Alhamdulillah.

 

Pilih Betul-betul

Inilah antara tips yang boleh saya share untuk sahabat-sahabat yang tengah plan nak beli rumah.

Pilih betul-betul. Siapkan dengan ilmu dahulu. Minta doa pada Allah, barulah beli.

Bukan apa, kita nak beli rumah ni, bukan barang murah. Barang yang berharga ratus- ratus ribu, bukan macam nak beli henpon yang tak sampai RM5k. HEHE

Dan satu lagi, kalau niat nak beli rumah untuk mendapat pasif income yang positif, boleh teruskan, tapi jangan sampai terbeban dengan bayar bulanan bank.

Jangan disebabkan nak beli sebiji rumah, harapkan duit sewaan, tapi tak dapat disewakan, akhir sekali kita nak makan pun tak cukup.

Beli rumah perlukan modal yang besar, bagi orang amatur macam kita.

Kalau nak cari side income, lebih baik buat apa-apa bisnes lain. Tanpa modal pun ada macam buat bisnes Public Gold, yang penting ada ilmu.

Sebelum ni saya ada share pengalaman saya setahun cari pasif income dengan hartanah dan setahun bersama Public Gold, boleh baca je artikel yang saya share ni.

Semoga bermanfaat, Wallahuallam.

 

Hafiz
Tawau, Sabah
27 Ogos 2018
15 Zulhijjah 1439H

Kredit foto : hurriyetimlak.com

Artikel Berkaitan

  1. Perbezaan Minset Orang Kaya dan Orang Biasa Terhadap Hutang
  2. 5 Checkpoint Kewangan, Memudahkan Saya Untuk Capai Target Menyimpan
  3. Hidup Dibawah Kemampuan, Fikiran Tenang, Elakkan Kesempitan Wang
  4. Riviu Buku: Retire Young Retire Rich
  5. Riviu Buku: Cashflow Quadrant

 

 

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *