tips emas

7 Tips Elak Kekecewaan Dengan Emas

tips emas

Saya pun pernah kecewa dengan emas masa tahun 2014 dulu. Sebab masa tu beli emas tanpa ilmu, beli emas sebab ikut-ikut sahaja.

Saya fikirkan, harga emas sentiasa naik, tapi harga emas sebenarnya ada naik dan ada turun.

Setakat pengalaman saya yang telah membimbing lebih 250 orang penyimpan emas sejak dari 2016, ramai juga yang gembira dengan emas, dan ada juga yang kecewa dengan emas.

Ini saya nak kongsi, 7 tips yang saya belajar dari mahaguru emas Malaysia, En Syukor Hashim untuk elakkan kekecewaan dengan emas.

#1 Tetapkan Matlamat Yang Betul Dalam Emas. 


Rata-rata yang menjadikan emas sebagai "forgoten saving", mereka happy jer.

#2 Beli Emas Dengan Berilmu


Pembeli emas mesti tahu, emas yang macam mana baik untuk disimpan. Kalau nak mudah gadai, beli yang kecil. Kalau nak kurangkan susut nilai, beli yang besar.


Kalau beli emas untuk cantik, beli barang kemas. Barang kemas tak sesuai untuk disimpan.

#3 Faham Dengan Pergerakan Harga Emas


Harga emas jangka pendek, ada turun dan ada naik. Dalam jangka panjang, ikut sejarah, memang sentiasa naik.


Kalau faham benda ni. Mesti sentiasa senyum. Harga emas murah, waktu borong lebih banyak!

#4 Ketahui Fungsi Emas


Emas bukan sekadar melabur sahaja. Buka minda luas-luas yer.

#5 Beli Dengan Syarikat Yang Berkredibiliti Macam Public Gold


Jangan ingat semua brand emas sama je. Salesman memang kata sama jer. Sekali dah terbeli, nak jual pulak tak laku. Tak pasal-pasal kecewa.

#6 Elak Salah Faham Dengan Pelaburan Emas


Ramai juga yang ingat melabur dalam emas dapat duit bulan-bulan, kau hanya duduk goyang kaki je? Tak wujud pelaburan emas yang macam tu. 


Kalau wujud, kau boleh try. Tapi, lambat laun confirm kecewa.

#7 Baca Buku Pasal Emas


3 Buku yang aku sangat sarankan untuk baca. (1) Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas - En Syukor Hashim (2) Wang Emas - En Mohd Zulkifli Shafie (3) Masa Untuk Emas - En Azizi Ali.


Korang baca 3 buku ini, confirm korang tak akan kecewa dengan emas dalam segala situasi.

Kalau masih kecewa lepas buat 7 tips ni, beta cadangkan tuan hamba mandi bunga 7 jenis, dengan air kolah 7 masjid. HEHE

Hafiz
Tawau, Sabah
8 February 2019
4 Jamadil Akhir 1440H

Artikel Berkaitan

>