Andai Aku Boleh Putarkan Masa Untuk Menjadi Mahasiswa Semula

tips kewangan untuk siswazah

Andai diberi peluang untuk putarkan masa dan boleh balik untuk menjadi mahasiswa semula, ada banyak perkara yang saya akan lakukan.

Bukan sebab kecewa tak banyak belajar pasal kewangan suatu ketika dulu, tapi sepatutnya saya perlu mula lebih awal untuk mempunyai kesedaran tentang kewangan.

Secara tepatnya, artikel kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips mahal kepada mahasiswa yang baru mendaftarkan diri baru-baru ini.

Khas Untuk Mahasiswa

islah diri

Anda perlu tahu, kehidupan selepas belajar nanti tak semudah seperti apa yang anda jangka.

Untuk mencari orang yang sanggup membayar gaji (beri duit) atau untuk dapatkan kerja, bukan semudah datang sekali temuduga dan terus dapat kerja.

Anda perlu tahu, menjadi graduan baru tak sama seperti dalam drama-drama Melayu, datang site, buka drawing, dan sambung bercinta. HAHA

Menjadi graduan baru, anda kena cekal hati. Masa ni anda kena buli semula. Banyak belajar dan silap-silap anda kena belajar juga 'Tahan Maki'

Anda perlu tahu, bila sudah mendapat kerja. Takda orang jaga korang punya solat, takda orang nak bantu korang dari sudut kewangan. Semuanya, korang kena survive sendiri.

Berapa ramai yang saya jumpa harini (selepas 5 tahun dalam alam perkerjaan), makin lama berkerja makin kesempitan wang, akibat sudah tertanam mindset yang salah sejak dari awal mahasiswa lagi.

Nasihat Kewangan Untuk Mahasiswa Baru

(1) Belajar Ilmu Mengurus Kewangan

pelaburan ilmu

Ilmu mengurus kewangan peribadi tak akan diajar di universiti. Walaupun korang belajar untuk menjadi akauntan, korang sebenarnya  belajar mengurus duit syarikat, bukan mengurus duit sendiri.

Waktu belajar, anda mempunyai banyak masa. Serius saya cakap, masa belajar korang ada kelas berapa jam je sehari. Kalau korang dah kerja, korang hanya ada waktu rehat sejam sahaja, itupun kalau sempat.

Waktu terluang inilah, korang kena standby siap-siap ilmu kewangan sebelum korang terjun ke alam perkerjaan nanti.

(2) Belajar Buat Income Dan Simpan Hasil Income

cara buat side income

Nak dapatkan kerja bukannya mudah, waktu tahun pertama di Univerisiti, korang mula belajar buat duit sendiri.

Ini saya bagi list apa yang korang boleh buat waktu belajar, untuk dapatkan duit :

a. Jual sosej

b. Fotostat

c. Jual tudung

d. Buat servis hantar orang (kalau ada kereta)

e. Jual jersi

Korang buat je dulu yang mana-mana. Belajar buat income, dan lepas tu perlu ingat, terus simpan duit tu, bukan untuk berjoli. 

Anggap lah duit tu korang tak ada. Belajar berjimat dengan duit PTPTN atau Biasiswa.

3) Sibukkan Diri Dengan Aktiviti Bermanfaat

aktiviti orang berjaya

" Waktu paling sibuk ialah waktu yang paling efektif, jangan tunggu ada masa lapang baru nak belajar".

Saya ingat pesan mentor saya ni sampai sekarang. Sibukkan diri, supaya kita menjadi orang yang lebih produktif setiap hari.

Masa belajar, banyakkan join program. Jangan sekadar pergi kelas dan balik bilik, lepas tu tidur.

Kalau korang minat naik gunung, cari kawan yang ada minat yang sama. Mula-mula korang join program, lepas tu korang sendiri kena belajar nak handle program tu.

Macam-macam lah aktiviti dekat U ni, korang boleh pilih.

Skill-skil yang korang dapat semasa aktiviti diluar kelas ini lah akan korang pakai untuk mencari kerja selepas grad nanti. 

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Kulim, Kedah
19 September 2019
19 Muharam 1441H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *