Matlamat Simpanan

5 CHECKPOINT KEWANGAN, Memudahkan Saya Untuk Capai Target Simpanan

Cara letak target simpanan

 

Simpan. Simpan. Simpan. Kadang-kadang rasa naik mual. Namun, Itulah apa yang selalu guru- guru kewangan bagitahu tentang langkah pertama menuju kekayaan.

Dalam fikiran saya yang daif ni. Sampai bila nak simpan? Asyik simpan je. Bila nak belanja dan seronok2 dengan hasil penat bekerja selama sebulan kan?

Alhamdulillah. Hampir setahun yang lalu. Saya terbaca satu posting FB oleh mentor saya. Beliau memudahkan saya untuk faham, sampai bila saya perlu menyimpan dan berapa banyak jumlahnya iaitu dengan menerangkan tentang “5 Checkpoint Penting Kewangan”

 

5 Checkpoint Penting Dalam Kewangan

 

5 tahap kewangan yang disyorkan oleh mentor saya, penulis buku Zero Hutang

Dalam checkpoint kewangan yang mentor saya terangkan ini, target terakhir dalam menyimpan ialah untuk mencapai Financial Freedom (Kebebasan Kewangan). Kebebasan Kewangan bermaksud, kita tak perlu pergi kerja, tapi ada duit.

Dalam bahasa mudahnya ialah “pencen”.

Semua dari kita, saya percaya ada satu impian untuk pencen. At least bila dah sampai umur pencen sekitar 60tahun, kita tak perlu pergi kerja, tapi ada duit.

Mentor saya selalu sebut, “Pencen bukanlah soal umur, Tapi ia soal kedudukan kewangan”.

Jika kita dah capai Kebebasan Kewangan ketika berumur 40. Umur 40 kita dah boleh pencen. Tak perlu tunggu sampai umur 60.

Ada orang. Umur 60 pun masih belum boleh pencen. Disebabkan terpaksa membayar hutang yang dibuat masa muda dulu.

Oleh itu, Berapa banyak duit nak kena ada untuk kita pencen? Jom kita tengok, apa yang ada dalam 5 Checkpoint Penting Kewangan tersebut.

 

Checkpoint Pertama:
Positive Cashflow Bulanan

 

Dalam bahasa mudah ialah pendapatan bulanan mestilah melebihi perbelanjaan kita bulanan. Maksudnya, kita mesti ada lebihan duit (simpanan tetap) secara bulanan walaupun hanya RM1.

Contoh mudah. Jika pendapatan saya RM2000 sebulan. Maksimum perbelanjaan saya selama sebulan hanya RM1999 sahaja.

Maka, saya ada +Rm1 cashflow setiap bulan. Tak boleh lebih berbelanja dari RM1999.

Eh, macam mana boleh jadi untuk lebih?

Tak pelik pun jika terbelanja lebih. Sebab ramai orang lupa, Seronok belanja guna kad kredit. HEHE

Jadi, jika tiada duit lebihan setiap bulan. Kita masih belum melepasi checkpoint yang pertama.

Apa yang perlu fokus, fokus disiplin dulu menyimpan, dengan amalkan konsep, “simpan dulu, ada lebih baru belanja”, kalau nak harapkan ada lebih dulu, memang alamatnya simpanan kita tak akan pernah ada.

 

Checkpoint Kedua:
Simpanan Kecemasan 3 Bulan Pendapatan

 

Selesai checkpoint kewangan yang pertama. Barulah boleh menuju untuk kumpulkan simpanan. Kumpul sehingga simpanan cukup sebanyak minimum 3 bulan dari pendapatan.

Simpanan ni khas untuk tujuan betul-betul kecemasan. Simpanan ni letak dalam tempat yang susah untuk keluarkan.

Kalau letak dalam Tabung Haji Pastikan jangan link dengan kad ATM. Elakkan selalu cek baki simpanan, nanti cepat habis!

Simpan kecemasan bertujuan antaranya untuk,

Jika kita pergi pulang kerja naik motor, hilang sebelah pagi, sebelah petang terus boleh diganti. Kita boleh beli balik motor tu secara cash, tanpa perlu tunggu process claim insuran.

Berapa banyak sebenarnya jumplah simpanan kecemasan?

Ia bergantung. Setiap orang tak sama. Kalau saya bergaji RM2000, simpanan kecemasan saya mesti ada RM6000.

Tak boleh diusik-usik lagi simpanan tu.

 

Checkpoint Ketiga:
Langsaikan Hutang-hutang Negatif

 

Hutang negatif bermaksud hutang yang membuatkan poket kita semakin nipis.

Dalam checkpoint ini, mentor saya sarankan untuk langsaikan segala hutang-hutang yang negatif. Contoh hutang negatif ialah
hutang kereta, hutang peribadi, hutang kad kredit dan lain2.

Berbeza dengan hutang positif, ia membuatkan poket kita semakin tebal. Hutang positif seperti beli rumah dan sewakan, ia makin tahun makin membuatkan poket kita semakin tebal.

Ada sahabat saya tanya, dia ada hutang bank sebanyak RM30k, Apa cara cepat nak bayar hutang?

Cara cepat nak bayar hutang hanya BAYAR LEBIH CEPAT! Tiada cara lain untuk selesaikan hutang dan jangan buat lagi hutang-hutang baru.

Jika  ada kereta 2biji, jual sebiji, guna satu sahaja. Hiduplah dibawah kemampuan, bukan hidup ikut kemampuan. Hasil jual kereta, buat bayar hutang.

Tu je cara nak langsaikan hutang. Tiada teknik ajaib untuk langsaikan hutang.

 

Checkpoint Keempat:
Kewangan Yang Selamat

 

Kewangan yang selamat bermaksud kita mempunyai simpanan yang cukup untuk kita hidup 6bulan hingga setahun walau tidak berkerja. Andaikata kita dibuang kerja esok. Kita masih boleh bergantung kepada simpan kita untuk tempoh 6 bulan akan datang, sambil mencari kerja baru.

Nasihat mentor saya, simpanan sebanyak 6 bulan gaji lebih kukuh jika simpanan tu dalam bentuk emas. Ia kalis inflasi dan dapat mengelakkan dari segala gangguan ekonomi.

Jika perlukan duit segera emas tu terus boleh gadai atau jual je emas tu emas sangat mudah dicairkan.

Berbanding simpan dalam bentuk duit kertas, Ia lebih berisiko terhadap masalah ekonomi negara yang berlaku sepert pada tahun 2015 ringgit (RM) jatuh sehingga 30%. Dan sampai sekarang masih belum pulih.

Jadi, kalau nak selamat. Simpan dalam bentuk emas. Ia juga duit, tapi dalam betuk yang lebih kukuh!

 

Check Point Terakhir
Bebas Kewangan

 

Ini checkpoint terakhir. Merupakan matlamat kewangan terakhir kita. Ya, matlamat kewangan saja. Bukan matlamat hidup.

Duit hanya alat untuk capai matlamat hidup Bukan duit tu sebagai matlamat hidup

Bagi orang biasa-biasa. Untuk capai bebas kewangan hanyalah perlu masukkan duit dalam Tabung Haji atau ASB

Berapa banyak perlu ada?

Bagi yang perlukan RM4000 sebulan sewaktu pencen. Mereka perlu ada RM4000 sebulan pendapatan pasif.

Macam mana nak dapatkan RM4000 tu?

Anggaplah dividen TH sebanyak 5% setahun RM4000 sebulan, bersamaan RM48,000 setahun. Untuk dapatkan RM48k setahun,
Mereka perlukan simpanan sebanyak RM960k yang disimpan dalam TH.

Simpanan inilah yang memberi pasif income yang cukup untuk pencen

Namun, Itu cara orang biasa-biasa.

Banyak lagi cara lain. Antaranya ialah mempunyai bisnes bersistem atau ada 8buah hartanah yang memberi +RM500 positif cashflow setiap satu.

Ramai orang yang dah buat. Ia bukan suatu yang mustahil. Cuma kita perlukan ilmu yang cukup je untuk jana pasif income macam tu.

 

Pencen Bukan Soal Umur

 

Justeru, bagi yang sudah mencapai checkpoint ke lima ketika usia baru 30an, mereka dah tak perlu pergi kerja.

Bagi yang umur 50an pun, tapi masih belum capai checkpoint ke lima, mereka masih belum boleh pencen, walau sudah capai umur pencen. Mereka masih perlu cari duit untuk meneruskan hidup.

Jadi, sebagai permulaan. Simpan Simpan Simpan dan Simpannn.

Simpan sehingga kita dah tak perlu lagi bekerja, duit yang bekerja untuk kita kerena pencen itu bukan soal umur, tapi ia soal kedudukan kewangan

Wallahuaalam, semoga bermanfaat.

 

Hafiz
Tawau,Sabah
30 Julai 2018
17 Zulkaedah 1439

[Kredit foto to PA Digital]

Artikel Berkaitan

>