Asas Dalam Kewangan – Letak Matlamat

Impian Hidup

Kalau tanya mana-mana guru kewangan, perkara pertama yang paling asas dalam kewangan ialah mesti ada matlamat.

Dengan adanya matlamat kewangan, usaha mengurus duit poket kita menjadi sangat mudah.

Saya percaya, ramai sahabat-sahabat saya yang masih belum ada idea pun apa itu matlamat kewangan.

Yang ramainya hanya tahu dapat gaji, boleh berbelanja sampai kering dan tunggu lagi gaji pada bulan seterusnya.

Definisi Matlamat Kewangan

Menurut Tuan Zaidi Ismail, salah seorang guru kewangan yang saya belajar, matlamat kewangan ialah satu usaha untuk memenuhi 3 keperluan berikut.

#1 Keperluan Hidup

Makanan, pakaian, tempat tinggal dan juga keperluan moden seperti pengankutan, komunikasi, kesihatan dan pendidikan.

#2 Keperluan Persaraan

Tempat yang selesa untuk beribadah dan hidup berkeluarga.

#3 Keperluan Harta Untuk Diwariskan

Rumah atau tanah untuk diwariskan kepada anak-anak.

Cara Letak Matlamat Kewangan

Untuk meletakkan matlamat kewangan mudah jer. Anda perlu mempunyai 3 perkara sahaja iaitu :

(1) Perkara

(2) Nilai

(3) Tempoh Masa

Contoh yang apa saya buat ialah,

" Saya memiliki sebuah rumah yang bernilai RM500k di Pasir Mas, pada tahun 2025 "

Ini ialah contoh matlamat kewangan yang betul. Dengan adanya matlamat, selebihnya ialah usaha bagaimana aku boleh mencapainya?

Ini saya akan bincangkan pada artikel yang seterusnya lagi.

Matlamat Kewangan Yang Salah

Antara kesalahan biasa yang orang ramai lakukan dalam meletakkan matlamat kewangan ialah, meletakkan 'wang' sebagai matlamat.

Contohnya ialah :

Saya nak memiliki duit sejumlah RM1juta dalam akaun bank TH saya sebelum tahun 2020.

Motivasinya ialah duit banyak! Duit banyak tapi tak tahu tujuannya akhir sekali matlamat hanya sekadar matlamat.

Nak duit banyak tanpa tujuan akan merumitkan lagi usaha mencapainya. Sebabnya, otak kita susah nak prosess nombor (duit), otak kita lebih mudah bayangkan barang.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
7 May 2019
2 Ramadhan 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *