Bagus Ke Beli Emas Sekarang?

Dinar atau jongkong emas

"Bagus ke beli emas sekarang?"

Soalan macam ni sering ditanya kepada saya dalam seminggu dua ni. Maklumlah, harga emas tengah mencanak-canakkan.

Sebenarnya, soalan ni cukup susah nak jawab. Walau soalan nampak ringkas je. dan jawapanya samaada ya atau tidak sahaja.

Tetapi, kenapa ya? dan kenapa tidak?

Matlamat Simpanan Emas

Kereta

Jawapan paling tepat ialah, ia bergantung kepada diri anda sendiri. Ia bergantung kepada matlamat simpanan emas seseorang.

Jawapan kepada soalan pertama tadi tidak sesuai kepada semua. Ia sesuai mengikut matlamat simpanan emas masing-masing sahaja.

Bagi yang sudah mencapai matlamat simpanan seperti simpan emas untuk pergi haji (atau umrah), simpanan untuk pelajaran anak, atau simpan untuk pergi melancong.

Jawapanya ialah 'tidak'!

zakat emas

Klik gambar untuk tahu cara terbaik untuk jual emas Public Gold

Bagi golongan seperti ini, mereka sesuai untuk jual emas-emas yang mereka miliki, dan gunakan wang hasil jualan tersebut untuk membayar matlamat mereka masing-masing tadi.

Ini kerana, harga emas sekarang sedang merekodkan harga emas paling tinggi dalam ringgit Malaysia berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Kalau jual emas sekarang memang dah cukup berbaloi!

Terus Konsisten Menyimpan Emas

Jika tadi jawapan saya ialah 'jual emas yang ada' atau dalam erti kata lain, 'tidak perlu beli' emas sekarang.

simpanan persaraan

Namun, dalam situasi berbeza, pakar-pakar emas menasihatkan untuk terus menyimpan emas!

Kenapa ye?

Kebiasaannya, antara tanda ekonomi dunia sedang dalam kesakitan ialah harga emas naik mendadak.

Ya. Harga emas memang naik mendadak sejak akhir-akhir ini iaitu dari RM190 per gram melonjak ke RM217 per gram!

Kenaikan sebanyak RM27 per gram!

Dengan macam-macam lagi krisis antara Amerika dan China, lagi menyebabkan kekacauan ekonomi dunia.

Apabila ekonomi dunia tengah sakit. Pelabur-pelabur dunia akan terus memborong aset yang paling selamat iaitu emas dan perak!

Aset kertas seperti matawang negara akan jatuh mendadak seperti yang berlaku ketika krisis ekonomi 1998, matawang RM jatuh sehingga 40%! Nauzubillah.

Jika ketika itu anda menyimpan duit kertas dalam jumlah yang banyak, maksudnya kekayaan anda akan dirompak sebanyak 40% dalam diam.

Wahh. Banyak tu!

Harga Emas Masa Depan?

Tidak ada seorang pun akan tahu harga emas masa depan, walau mereka seorang pelabur yang cukup hebat.

Namun, berdasarkan sejarah harga emas dunia. Jeng je jengg..(sila tengok gambar dibawah)

harga emas

Harga emas sekarang masih diparas yang rendah!

Ya betul!. Harga emas pernah melonjak hingga ke 1900USD per Oz pada tahun 2011! Dan sekarang harga emas masih di paras 1550USD per Oz.

Dan ramai pakar ekonomi meramalkan harga emas akan mencecah ke harga paling tingginya sebelum ni iaitu 1900USD atau hingga ke 2000USD per Oz dalam masa terdekat!

Hmmm. Kalau betul-betul berlaku. Mungkin harga emas dalam RM boleh cecah RM300 per gram! Ya, ia tak mustahil!

Jadi, nasihat saya.

Serah Emas Public Gold

Jika anda mempunyai duit yang tak dirancang untuk buat apa-apa dalam masa 2 atau 3 tahun dari sekarang, tukarkan ia kepada emas sekarang, sebelum duit anda tadi dirompak oleh dengan kejatuhan nilai dek kerana krisis ekonomi dunia yang melanda.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Pasir Mas, Kelantan
1 September 2019
2 Muharram 1441H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *