Bebaskan Diri Dari Memikirkan Tentang Duit

bebas kewangan

Saya sangat terinpirasi dengan usaha gigih mentor saya untuk bebaskan diri dari memikirkant tentang duit.

Sehinggakan setiap hari saya akan menyusun dan laksanakan tugas-tugas harian saya, hanya kearah mencapai ke arah itu.

Tertekan Satu Tahun, Hanya Kerana Duit Satu Hari

cara buat side income

Ada kes dalam industri yang saya bekerja.

Seorang executive jatuh sakit, sehingga perlu dikerjakan ke hospital disebabkan terlampau stress dengan kerja.

Saya tak pasti apa masalah sebenarnya.

Tapi, saya dikhabarkan masalah kesihatannya disebabkan 'air sampai ke otak' akibat dari terlampau stress dengan kerja-kerja yang ditugaskan oleh pengurus kilang sawit.

Dia terlampau risau jika tidak mampu laksanakan tugas dengan sempurna mengikut kehendak bos menyebabkan beliau terpaksa berehat di hospital sehingga beberapa hari.

Nauzubillah. Semoga Allah jauhkan dari saya.

Bila saya fikirkan balik, kebanyakan rakan sekerja saya yang lain juga terlampau stress disebabkan memikir untuk 'menjaga hati' bos, takut nanti dapat KPI rendah dan hujung tahun kurang dapat bonus.

Itu ajee. Bukan disebabkan benda lain.

Ikut Arahan SOP, Bukan Ikut Arahan Bos

islah diri

SOP : Standard Operating Procedure

Saya pun sebenarnya mempunyai skop kerja yang sama dengan sahabat saya yang terpaksa dimasukkan hospital tadi.

Dan juga, saya juga perlu 'report' kepada pengurus kilang yang sama. (sebab pengurus tadi juga berpindah ke kilang saya, alhamdulillah, sekarang saya masih okey)

Prinsip saya dalam bekerja.

Ikut arahan SOP dulu, baru ikut arahan pengurus yang tiada dalam SOP. Itu aje. Dan yang paling penting, selalu buat yang terbaik dalam masa 8jam semasa bekerja.

Elakkan ambil masa minum pagi terlalu lama!

Kerja lebih masa bila perlu sahaja. Bukan suka-suka untuk kerja lebih masa.

" Hafiz, kau sempat ye tulis blog, buat bisnes, dekat tempat kau memang takda kerja ke?"

Saya diam je tanpa menjawab apa-apa, saya tak pasti kilang dia macam mana. Saya hanya senyum je.

Tapi, yang pasti. Kami memikul tugas yang sama, dan kilang saya lebih banyak menghasilkan untung dari kilang sahabat saya bertanya tadi.

Bekerja Sehingga Bebas Kewangan, Bukan Sekadar Income Bulanan

Public Safe

Ini matlamt hidup saya dalam bekerja.

Saya bukan sekadar bermatlamat untuk mendapat bonus tahunan yang banyak, cita-cita saya supaya saya bekerja hingga tidak lagi saya perlu bekerja.

Dalam erti kata lain, bebas kewangan!

Caranya paling mudah ialah, saya mesti memiliki perniagaan yang saya sendiri meminatinya.

Supaya saya tidak rasa terbeban dengan apa yang saya lakukan.

Untuk pengatahuan sahabat-sahabat pembaca sekalin, saya ialah seorang dealer Public Gold yang aktif, saya membimbing masyarakat untuk menyimpan emas dengan betul, tepat dan selamat.

Saya gembira bekerja sebagai seorang dealer Public Gold. Saya boleh laksanakan tugas sebagai dealer Public Gold hanya diluar waktu kerja je.

Seronoknya Mengecapi Bebas Kewangan

gold premium ialah transportation cost

Perkara utama kenapa saya sangat kagum dengan orang yang bebas kewangan seperti mentor saya ialah, dia bebas untuk bekerja dimana-mana dengan sesiapa sahaja yang dia suka.

Orang yang bebas kewangan bukan bermalas-malas lagi untuk bekerja, malah mereka lebih gembira bekerja tanpa lagi perlu memikirkan tentang duit.

Inilah matlamat sebenar saya bekerja di industri perladangan.

Saya inginkan kebebasan kewangan, disamping menjadi jurutera profesional yang terbaik, tanpa perlu lagi memikirkan soal duit.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
7 Mac 2019
30 Jamadil Akhir 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *