Berapa Simpanan Yang Diperlukan Sebagai Persediaan Pencen?

simpanan persaraan

Berapa simpanan perlu kita ada untuk pencen?

Malam ni saya dapat inspirasi untuk menulis tentang 'pencen'.

Saya rasa topik ni sangat penting bagi kita yang bakal-bakal pencen juga nanti. HEHE

Saya dapat idea ni disebabkan siang tadi saya perlu mengadap dengan  bos besar dari KL yang umur lebih 60 pun masih perlu bekerja.

"Pencen bukanlah soal umur, tapi ia soal kedudukan kewangan " - MZS

Dalam istilah kewangan.

Pencen sebenarnya ialah apabila kita sudah mempunyai pasif income yang cukup untuk menampung kos hidup bulanan kita.

Secara ringkasnya.

Korang perlu ada pasif income melebihi belanja bulanan, sudah boleh pencen, walau korang belum mencapai umur pencen.

Samaada korang nak tambah pasif income, atau kurangkan perbelanjaan. Itu terpulang.

Berapa simpanan sebagai persediaan untuk pencen dari sudut kewangan?

Mudah je nak tahu.

Jika perbelanjaan bulanan korang RM4k sebulan. Korang mesti ada lebih dari RM4k pendapatan pasif secara bulanan.

Perkara ni ramai yang tak ambil peduli.

Ingat ye, RM4k pendapatan pasif, jauh lebih besar nilainya RM4k dengan pendapatan aktif.

Berapa nilai pendaptan pasif RM4k sebulan?

(1) RM1juta Simpanan ASB

Pendapatan pasif RM4k sebulan, umpama anda mempunyai simpanan RM1juta dalam ASB.

RM1juta dalam ASB.

Dividen tahunan 5% setahun sebanyak RM50k.

RM50k dibahagi 12 bersamaan RM4,166.

(2) Pasif Income Dari Hartanah

Andaikata korang memiliki 4 biji hartanah yang boleh memberi minimum RM1000 cashflow sebulan.

Jumlah pendaptan pasif korang ialah RM4k.

Tak perlu tunggu umur pencen, korang sudah boleh pencen.

(3) Melalui Bisnes Bersistem

Korang juga boleh memulakan bisnes dari sekarang. Apa2 sahaja bisnes.

Kalau korang nak buat bisnes emas, boleh jadi dealer Public Gold.

 Ingat ye, fokus anda ialah untuk ada pasif income.

Ya, pasif income. Bukan buat bisnes sebab sekadar nak ada duit tepi untuk joli sana sini.

Kalau anda lari fokus, anda akan buat penat, bukan buat bisnes. (",)

Simpan. Simpan. Simpan. Sampai ada pasif income! Ikat perut dulu, selagi bergantung dengan aktif income.

Jadi, sekarang mungkin korang dah lebih faham kenapa guru-guru kewangan duk ajar orang ramai supaya menyimpan.

Simpan sampai ia jadi pasif income.

Bila sudah ada pasif income, boleh lah nak berbelanja sakan sebab pasif income tu income yang sebenar.

Income yang kita tak kerja pun boleh ada duit.

Semoga bermanfaat.

Wallahuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
28 Januari 2019
23 Jamadil Awal 1440H

Kredit Foto : TENN
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *