Beri Pinjam Emas Lebih Selamat Berbanding Beri Pinjam Duit

emas 1 gram Public Gold

Apabila faham pasal emas dan kewangan, baru saya sedar kenapa Nabi SAW melarang untuk meminta lebih dari apa yang diberi pinjam.

Pinjam gandum 1gantang, perlu bayar balik dengan gandum 1gantang.

Pinjam kurma 1kilo, pulangkan balik kurma 1kilo. 

Biar 10tahun lamanya, tetap perlu pulangkan dengan jumlah atau nilai yang sama.

Risiko Bagi Pinjam Duit Kertas

duit gaji

Ada satu kisah dengan kampung saya, si peminjam meminjamkan duit sejumlah RM10k dari si pemberi pinjam.

Selepas hampir 10tahun, baru nak langsaikan hutang itu.

Si peminjam bayar RM10k juga. Kalau ikut cara Nabi si peminjam lebih afdal bayar lebih, sebab konsep meminjam ialah tolong menolong.

Hakikat yang sebenar.

Si pemberi pinjam sudah kerugian nilai. Nilai RM10k sekarang nilainya tak sebesar RM10k sepuluh tahun dahulu.

Sepuluh tahun dahulu.

Budak-budak sekolah boleh bawak duit RM1, kenyang sehari. Sekarang, RM1 boleh beli air je.

Jadi, kalau si peminjam faham konsep ini, si peminjam perlu bayar lebih, walaupun pemberi pinjam tidak meminta lebih.

Beri Pinjam Emas Lebih Tenangkan Fikiran

Dinar atau jongkong emas

Untuk itu, bagi mengelakkan kerugian nilai, saya rasa beri pinjam dalam bentuk emas lebih baik.

Sebagai contoh.

Saya beri pinjam sebanyak 50gram, harga sekarang sekitar RM9k. Nanti, si peminjam perlu bayar balik dengan 50gram emas yang ketulinan yang sama, berat juga yang sama.

Si pemberi pinjam lebih selamat!

Tak perlu risau 10tahun akand datang baru nak ganti balik pun, nilai emas itu tetap sama.

Emas sifatnya mengekalkan nilai.

Kalau zaman Nabi SAW satu dinar emas boleh beli seekor kambing, selepas 1400 tahun lamanya, 1 dinar emas sekarang ini pun masih mampu dapatkan seekor kambing!

Tips Untuk Pemberi Pinjam

tips emas

Dalam Islam, memberi pinjam itu ialah berkonsepkan tolong menolong.

Untuk lebih tenangkan fikiran, bagi sahaja apa yang mampu, tak perlu fikir lagi si peminjam nak bayar ke tidak.

Ada RM50, beri RM50. Ada RM100, bagi RM100. Dan lupakan sahaja, anggaplah itu sebagai bekal pahala di akhirat kelak.

Banyak dah yang saya jumpa, kes pinjam meminjam ini sehingga menyebabkan pergaduhan. Elakkan!

Wallahuallam. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
12 Mac 2019
5 Rejab 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *