Sejarah Wang Kertas

Bila Faham Sejarah Matawang, Saya Tak Risau Tentang Turun Naik Harga Emas

 

Selepas saya faham tentang konsep nisbah harga 1 Dinar (4.25gram) bersamaan dengan seekor kambing sejak dari 1400 tahun lalu lagi, saya mula berminat untuk ambil tahu lebih dalam tentang emas.

Dulu saya fikir, harga emas yang sentiasa naik.

Namun sekarang saya sedar, sebenarnya bukan harga emas yang naik, tapi nilai wang kertas yang sentiasa menurun disebabkan oleh “tangan2 ajaib” yang memanipulasikannya.

35USD =1 Oz
Kadar pertukaran USD dan Emas sebelum tahun 1971

 

Sejarahnya begini.

Sebelum 1971, setiap wang kertas US Dollar (USD) yang hendak dicetak mestilah disandarkan kepada emas. Setiap 35 Dollar, mesti disandarkan oleh emas seberat satu troy oz (31.1gram), berdasarkan perjanjian Bretton Wood 1944.

Manakala, matawang negara-negara lain pula disandarkan oleh USD.

redeemable on gold demand
US Dollar sebelum 1971, tertulis pada duit US Dollar lama, “redeemable on gold demand “

Maksudnya, Dollar itu sebenarnya bukan duit, ia hanya sebagai kupon yang mewakili emas (duit sebenar). Kita boleh bawa Dollar itu ke bank, untuk ditukarkan kepada emas.

 

Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia

 

Konsep Perjanjian Brettoon Wood 1944

 

Menurut perjanjian Bretton Wood 1944, jika kerajaan Amerika Syarikat(AS) nak cetak wang kertas, mereka wajib ada emas dulu sebelum keluarkan not duit kertas. Mereka tidak boleh sesuka hati mencetak duit, tanpa ada sebarang sandaran dengan emas.

Namun begitu, akibat terpaksa menampung kos yang tinggi semasa peperangan dengan Vietnam.

AS ambil jalan pintas dengan memutuskan hubungan USD dan emas.

Maklumlahkan, AS kan merupakan “Abang Long” dunia. Dia boleh buat sesuka hati disebabkan tidak ada negara lain yang berani melawannya.

Akibat dari putusnya hubungan USD dan emas,

Wang kertas sudah menjadi “wang fiat”. Wang kertas yang dikeluarkan tanpa disandarkan oleh apa-apa aset fizikal! Ia dikeluarkan out of nothing menurut Prof Dato Dr Ahamed Kameel Mydin Meera.

Kesanya, berlaku inflasi!

Wang kertas yang asalnya hanya sekeping kertas yang tiada apa-apa nilai, tapi selepas dicop nombor keatasnya, ia dipaksa untuk bernilai, dan mampu ditukar kepada tanah atau rumah?

Kita boleh fikir-fikirkan balik.

 

Sebenarnya Kita Tertipu Dengan Nombor

RM50 pada hari ini di pasar raya, hanya penuh barangnya satu plastik. RM50 sepuluh tahun lepas, satu trolli penuh kita boleh dapat. Kuasa beli RM10,000 sepuluh tahun dulu tidak sama dengan RM10,000 pada hari ini.

Pada tahun 1990an dahulu, duit belanja di sekolah saya hanya RM1  sudah cukup untuk saya kenyang satu hari dari pagi sampai petang. Saya rasa budak sekolah sekarang RM5 pun belum tentu cukup.

Dari sudut lain, kita rasa harga barang yang naik. Tapi, hakikat yang sebenar, nilai wang kertas itu sendiri semakin lama semakin merosot akibat dimakan oleh inflasi tahunan.

Bila simpan duit dalam bank, kita rasa kekayaan kita bertambah disebabkan kita dapat dividen tahunan. Namun, kita tak perasan yang walau nombornya bertambah, kuasa beli duit kita dalam bank tadi semakin berkurang.

Tak sama dengan simpan emas.

Konsep 1 Dinar seekor kambing
Nilai 1 Dinar bersamaan seekor kambing sejak dari 1400 tahun dahulu lagi.

Jika kita simpan emas 1 Dinar (4.25gram) harini. Sepuluh tahun akan datang kuasa belinya tetap sama dengan harini.

Harini ini 1 Dinar sekitar RM800, kita boleh beli seekor kambing yang cukup umurnya, sepuluh tahun akan datang saya yakin kita tetap boleh beli seekor kambing yang sama sizenya.

Ya! Hanya seekor je kambing. Dengan 1 Dinar tu, kita tidak boleh dapat 10 ekor kambing walau harga emas naik 10kali ganda sekali pun.

Maksunya, penyimpan emas sebenarnya tidak bertambah kaya dengan hanya kenaikan harga emas. Sebaliknya kekayaan mereka bertahan daripada inflasi.

 

Asal Duit Jadi Emas

Sejak saya faham tentang sejarah sebenar wang kertas. Saya tak risau tentang turun naik harga emas. Yang saya lebih risau ialah jika gram emas saya semakin bulan ke bulan tidak bertambah.

Oleh itu, saya hanya simpan duit kertas sebanyak 3 bulan pendapatan sahaja, khas untuk tujuan kecemasan. Selebihnya, saya terus tukar kepada emas atau hartanah.

Kadang-kadang dapat duit claim atau apa-apa durian runtuh seperti bonus tahunan. Duit ni memang tiada dalam perancangan untuk digunakan dalam masa terdekat, saya terus tukar kepada emas.

Gram emas saya bertambah, saya semakin happy!

 

Wallahuallam.

 

Hafiz
Tawau, Sabah
10 October 2018
29 Muharram 1440

 

Artikel Berkaitan

  1. Riviu Buku: Wang Emas Bertahan Ketika Gawat
  2. 3 Golongan Yang Perlu Simpan Emas
  3. 3 Sebab Kenapa Simpan Emas Menjadikan Kewangan Seseorang Lebih Baik

 

 

 

Artikel Berkaitan

>