jongkon emas 1kilo public gold

Bila Waktu Terbaik Untuk Jual Emas?

Kumpul emas dah banyak, tapi bila waktu terbaik untuk jual emas?

Ini soalan yang biasa saya ditanya oleh beberapa pembeli emas yang baru sebaik sahaja membuat pembelian emas yang pertama. Alhamdulillah, bagus soalan macam ni. Ini bermaksud mereka membeli emas bukan main ikut-ikut, mereka nak beli emas dengan pakejkan sekali ilmu.

Saya menyimpan emas sejak dari tahun 2011. Tujuh tahun yang lalu saya dah bermula. Saya pernah merasa harga emas paling rendah sekitar RM140 per gram, dan paling tinggi hampir RM200 per gram.

Namun, bukanlah waktu harga emas yang paling tinggi tu saya jual untuk mendapat keuntungan dari “Buy Low Sell High” kerana emas tidak sama dengan medium pelaburan yang lain seperti saham.

Menurut mentor saya, inilah waktu yang paling sesuai untuk kita jual emas.

 

#1 Terdesak Nak Pakai Duit

 


Saya pernah gadai emas disebabkan terdesak nak pakai duit juga.

Sejujurnya, kalau ada orang nak jual jongkong emas yang kecil seperti 1gram kepada saya, itu berita yang kurang baik bagi saya. Walau hakikatnya, saya boleh untung lebih besar kalau saya buy back jongkong emas 1gram tersebut.

Pengalaman saya, orang yang nak jual jongkong emas 1gram ni biasanya mereka sangat terdesak untuk pakai duit. Bukan suka-suka mereka nak jual emas yang item kecil tu.

Tak pernah lagi saya jumpa penyimpan emas nak jual jongkong emas 1gram untuk tukar sport rim kereta. HEHE

Walaubagaimanapun, emas tu hakikatnya memang duit, cuma ia dalam bentuk yang lebih baik. Waktu terdesak nak pakai duit, terus jual atau gadai je emas tu.

Alhamdulillah, setakat ni saya baru sekali gadai emas disebabkan terdesak nak pakai duit. Itupun kerana kucing saya sakit, terpaksa hantar ke klinik. Dan masa tu saya tak simpan langsung bajet untuk klinik kucing.(“,)

 

#2 Capai Target Dalam Menyimpan

Inilah manfaat paling besar yang saya dapat dengan menyimpan emas sejak dari tahun 2011. Selama 4 tahun saya belajar di UTM Skudai, saya memiliki hampir 20 Dinar.

Alhamdulillah. Rezeki saya menyimpan emas di awal usia. Sebaik sahaja saya tamat belajar, saya gunakan emas-emas yang saya ada ini untuk dijadikan sebagai modal untuk saya mendirikan rumah tangga di awal usia.

Itulah antara contoh waktu terbaik untuk jual emas, iaitu apabila sudah capai target simpanan emas.

Simpan emas ialah untuk jangka masa panjang. Antara contoh target lain yang sesuai untuk menjadikan emas sebagai medium simpanan ialah simpan emas untuk tujuan pergi haji, sebagai modal untuk beli rumah, simpanan pendidikan anak dan juga mungkin boleh dijadikan modal sebagai untuk pergi bercuti keluar negara.

Jadi, apabila sudah capai target ni. Jual je emas-emas yang ni.

Sebagai contoh. Simpan emas untuk tujuan pendidikan anak-anak.

Ketika anak berusia satu bulan. Sudah mula menyimpan emas 1gram 1bulan untuk anak. Ketika anak sudah berusia 20tahun (20 x 12 bulan), kita sudah ada 240gram.

Jika dibandingkan harga emas semasa harini. 240gram berharga sekitar RM43k. Dan RM43k ni merupakan kos pendidikan untuk seorang pelajar di mana-mana universiti awam selama 4 tahun.

Oleh itu, hasil dari simpan emas. Anak-anak sudah tidak perlu membuat pinjaman atau mengharapkan tajaan untuk meneruskan pelajaran di menara gading.

 

#3 Tukar Kepada Aset Yang Lebih Besar

Andaikata simpanan emas saya dah berkilo-kilo (baca : banyak) dan ada peluang yang lebih besar seperti beli rumah atau tanah, saya boleh jual semua emas saya, dan tukar kepada aset yang lebih baik.

Nak tunggu ada duit banyak terus baru beli tanah atau rumah, biasanya memang tak akan dapat.

Kelebihan emas berbanding tanah atau rumah ialah emas boleh dibeli dengan mudah, dan boleh dibeli sedikit demi sedikit.

Tak macam tanah, kita tidak boleh beli tanah sekaki sekaki. Namun, emas kita boleh beli sikit-sikit. Dan kalau dengan Public Gold, kita boleh beli emas dengan bermula sekecil 0.5gram.

Walaupun begitu, rumah atau tanah pula boleh dibuat sewa untuk menggandakan kita punya kekayaan.


Homestay guru emas saya, En Syukor Hashim

Gambar contoh guru emas saya, En Syukor Hashim. Beliau beli rumah hasil dari kumpul emas. Bila hasil kumpul emasnya dah sama nilai dengan rumah, dia buat rumah dan jadikan homestay di Pulau Langkawi.

Homestay tersebut sebagai extra income beliau.

 

Menyimpan Biar Bermatlamat

Oleh itu, bagi sahabat-sahabat yang sudah mula menyimpan emas. Letak betul-betul matlamat apa dalam menyimpan emas, bukan disebabkan ikut-ikut sahaja.

Saya juga pernah menerima wassap dari seorang pembeli emas dibawah bimbingan saya. Katanya dia dah buntu simpan emas, dia rasa tiada arah tuju untuk menyimpan emas.

Yang pada mulanya, dia menyimpan emas disebabkan oleh ikut-ikut kawannya sahaja.

Saya selalu ingat pesan mentor saya “Bukan emas yang menyebabkan kita kaya, tapi ilmu”.

 

Hafiz Shafie
Tawau, Sabah
28 November 2018
20 Rabiulawal 1440H

 

Artikel Berkaitan

>