Cara kira harga emas

Cara Kira Harga Emas Samaada Berbaloi Beli atau Tidak

Cara kira harga emas pun ada?

Ya. Memang ada. Tapi, saya yakin. Ini yang ramai tak pernah ambil tahu.

Untuk melihat harga emas semasa Public Gold, rujuk di website rasmi Public Gold

Untuk membuat perbandingan harga emas, rujuk artikel saya tentang perbandingan syarikat emas.

Ilmu ni saya belajar dari mahaguru emas Malaysia, En Syukor Hashim. Beliau orang yang masih ber'cakap' tentang emas sejak dari 2005 sehingga sekarang!

Ilmu ini sangat penting jika anda mahu beli emas untuk tujuan pelaburan dan juga simpanan.

Ilmu ini tidak begitu penting jika anda tak kesah tentang harga emas, anda beli emas untuk kecantikan.

Istilah Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Kira-kira

(1) Harga Jualan Emas

Harga jualan emas ialah jumlah harga yang kita bayar untuk mendapatkan emas yang kita nak itu.

Jika anda pembeli emas Public Gold, boleh terus ke link www.publicgold.com.my untuk tahu harga semasa Public Gold.

Untuk menerangkan lebih detail tentang 'cara membaca harga emas Public Gold', saay akan terangkan dalam artikel yang lain.

Jika anda beli emas di kedai emas.

Jangan tengok sahaja harga yagn dipapar di depan kedai emas, tanya sekali taukey kedai berapa jumlah harganya sekali, termasuk upah dan lain-lain kos tersembunyi.

(2) Harga Emas Dunia (Spot Gold)

Harga emas dunia  atau biasanya orang panggil spot gold.

Ialah harga mentah dunia. Harga ini sama sahaja satu dunia, bukan bergantung kepada syarikat-syarikat emas tertentu.

Macam nilai pertukaran matawang lah.

Kalau tengok dekat pakcik google, pertukaran USD to MYR sekarang ialah RM4.12. Tapi, cuba pergi di money changer, mesti tak dapat harga yang sama.

Sebab money changer pun ada kos operasi. Sama juga macam emas.

Ada dua tempat yang biasanya saya buat rujukan untuk tengok harga emas iaitu :

i) www.kitco.com  

ii) www.goldprice.org

Ataupun, korang boleh terus buka website Public Gold, dekat sebelah tu ada link terus ke spot gold price.

Premium Over Spot (POS)

Aduhh, benda apa lagi ni? HEHE

Baiklah, POS ialah parameter untuk anda tahu, samaada harga emas yang and beli ini berbaloi dibeli atau tidak.

JIka POS < 5% maksudnya ia sangat berbaloi untuk beli.

JIka POS < 10% maksudnya ia berbaloi untuk beli.

JIka POS > 10% maksudnya ia tak berbaloi untuk beli.

JOM KITA KIRA SAMA-SAMA. BERAPA  % 'POS' EMAS YANG ANDA NAK BELI SEKEJAP LAGI. HEHE

Anda boleh keluarkan pen, kertas dan kalkulator dulu. Dan anda terus cek harga emas untuk Spot Gold Price di www.goldprice.org

apa itu spot gold price

Spot gold price RM172.77/gram

Contoh (1) Jongkong Emas Public Gold 10gram

Harga jongkong emas 10gram yang dipaparkan Public Gold sekarang ialah :

PG Sell : RM1850
Premium : RM15
Jumlah Harga RM1865
Maksudnya RM186.6 per gram

Pengiraan POS

[(RM186.5 - RM172.77)/RM172.77] x 100 = 7.95%

JONGKONG EMAS 10GRAM PUBLIC GOLD BERBALOI BELI

Contoh (2) Jongkong Emas Public Gold 1 gram RETAIL PRICE RM250

Harga jongkong emas 1 gram RETAIL PRICE RM250:

PG Sell : RM250
Premium : RM0
Jumlah Harga RM250
Maksudnya RM250 per gram

Pengiraan POS

[(RM250 - RM172.77)/RM172.77] x 100 = 44.7%

JONGKONG EMAS 1 GRAM PUBLIC GOLD TAK BERBALOI BELI DENGAN CARA NI. 

KALAU NAK MURAH, BELI EMAS 1GRAM DENGAN CARA AKAUN EMAS FIZIKAL GAP

Contoh (3) Beli Emas 1gram Guna GAP

Harga jongkong emas 1 gram sekarang RM185 per gram:

PG Sell : RM185
Premium : Tiada selagi belum keluarkan
Jumlah Harga RM185
Maksudnya RM185 per gram

Pengiraan POS

[(RM185 - RM172.77)/RM172.77] x 100 = 7.95%

BELI EMAS DENGAN AKAUN EMAS FIZIKAL GAP BERBALOI.


Kesimpulannya.

Sebelum beli mana-mana emas untuk simpanan jangka masa panjang. Buat kira-kira dulu!

Semoga bermanfaat

Wallhuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
26 Januari 2019
20 Jamadil Awal 1440H

Artikel Berkaitan

>