zakat emas

Cara Memaksimumkan Keuntungan Semasa Jual Emas

cara gadai emas public gold

Alhamdulillah, 2 hari lepas saya sempat jual emas (stock yang lama) disebabkan geram tengok harga emas yang tengah mencanak-canak.

Nak juga kan rasa nikmat keuntungan dengan jual emas yang saya dah simpan sejak 4 tahun lepas.

Mudahnya nak jual emas Public Gold!

Masalah biasa yang saya diberitahu oleh penyimpan emas ialah; nak beli emas bukan main mudah, namun bila nak pakai duit, ejen emas dah hilang dari radar dan tanya kedai emas spread hampir 30%.

Pendek kata. 

Nak jual emas balik untuk dapat untung memang susah. Kalau nasib baik, dapat balik jual pada harga asal masa beli dulu pun dah dikira bagus.

Itulah antara masalah apabila beli jongkong atau dinar emas sebarangan (kecuali Public Gold).

Tak sama dengan Public Gold.

Harga Emas

Saya boleh jual emas dengan harga yang saya nak (mengikut naik turun harga emas dunia), walaupun tengah-tengah malam waktu staff Public Gold pun tengah tidur!

Maksudnya.

Waktu harga emas tengah di kemuncak graf, saya terus boleh 'lock' harga emas tersebut, walau pukul 2 atau 3 pagi, dan walau keesokan harinya harga emas menjunam balik. Saya tetap dibayar dengan harga emas yang mahal.

Itulah kelebihan apabila saya memiliki emas Public Gold, ia lebih mesra pengguna terutama bagi trader emas yang nak buat duit yang besar dari turun naik harga emas.

Cara Jual Emas Public Gold

Dua tool yang saya perlu ada untuk memaksimumkan keuntungan semasa jual emas Public Gold ialah smartphone atau laptop dan internet.

Meh saya share langkah mudah untuk jual emas Public Gold:

Langkah #1 - Login Website

Login akaun Public Gold

Saya perlu login website Public Gold menggunakan Kod PG dan Password saya. Jika anda belum memiliki Kod PG, anda perlu membuat pembelian emas Public Gold terlebih dahulu.

Sekarang ini, dengan RM100 pun dah boleh mula simpan emas, iaitu dengan akaun emas fizikal GAP. Atau kalau nak daftar je dulu, boleh klik daftar akaun Public Gold percuma.

Langkah #2 - Cek Harga Emas

Harga emas Public Gold

Selepas log masuk ke akaun Public Gold menggunakkan Kod PG saya sendiri tadi, saya cek dulu harga emas di www.publicgold.com.my.

Buat kira-kira dulu, berapa keping emas yang nak jual, dan berapa anggaran duit yang akan dapat. Yelakan, takkan langsung tak fikira berapa ringgit dapat kan.

Apabila sudah yakin harga emas tu dah dikemuncak (kemuncak bagi saya sebab harga emas waktu itu tengah mahal, berbanding kepada harga emas yang telah saya beli sebelum ni dan sudah melepasi spread), saya terus ke langkah #3.

Langkah #3 - Segmen Buy Back

Langkah seterusnya, saya masuk ke segmen 'Buy Back'. Klik butang 'Order > Buy Back'.

Order Emas Public Gold

Saya pilih emas-emas yang saya nak jual seperti apa yang sudah dirancang dalam langkah #2.

Dan klik 'Add to List' bagi emas yang nak jual.

Masa nak jual kemarin ni, saya dah keluarkan siap-siap 6 keping emas yang bakal dilepaskan dari bekas simpanan emas iaitu 5 keping emas jongkong emas 1 gram dan 1 keping emas 1/2 Dinar.

Langkah #5 - Confirm Order

Jual Emas Public Gold

Cek 'My Buy Back List' order tadi dengan menekan butang 'List', saya buat kira-kira terlebih dahulu untuk pastikan apa yang saya jual tu sama jumlahnya dengan apa yang tertulis dalam sistem.

Branch Public Gold

Pilih 'Branch' mana untuk dihantar emas tu, saya pilih Kota Bharus sebab masa nak jual tu saya balik kampung sekejap sementara ada urusan lain.

Akhir sekali, confirmkan 'Bank Info'. Ini perkara paling penting, supaya duit yang Public Gold transfer nanti masuk ke akaun bank saya. Kalau masuk ke akaun bank orang lain. Satu masalah lagi.

Langkah #6 - Cek Email & Hantar Emas

Selepas semua langkah 1 hingga 5 dibuat, sistem Public Gold tadi akan menghantar CBO (Booking Order) ke email saya secara automatik. Waktu ni, cek semua maklumat di CBO untuk kali kedua.

Buyback Order PG

Simpan nombor CBO tu baik-baik sebagai rujukan.

Sebaik sahaja cawangan Public Gold sudah beroperasi, saya terus hantar emas-emas tu ke cawangan Public Gold KB.

Serah Emas Public Gold

Sempat saya snap gambar sebelum serahkan emas-emas tu kepada staff

Staff disana memang sudah menerima email tentang Booking Order saya. Beri emas tadi kepada staff, dan pastikan anda menerima resit emas tadi daripada staff sebagai bukti serahan emas tadi.

Emas 1/2 Dinar yang macam dah rosak pun saya dibayar dengan harga yang penuh seperti emas yang baru!

Resit Buy Back PG

Resit yang saya terima sebaik sahaja hantar emas di branch Public Gold KB

Langkah #7 - Terima Duit

Apabila semua langkah tadi dah selesai, saya hanya perlu menunggu untuk Public Gold membuat pembayaran kepada saya.

Public Gold akan transfer duit ke akaun anda selewatnya dalam masa dua hari berkerja.

Transfer ke akaun bank

Dalam urusan saya, harini saya hantar emas, esok Public Gold dah transfer duit ke akaun saya. Cepat dan pantas juga mereka buat kerja. Alhamdulillah.

Pilih Emas Dari Syarikat Yang Betul

Inilah semua 7 langkah mudah untuk jual emas Public Gold. Disaat saya menulis artikel ini, harga emas tengah melonjak hingga ke RM216 per gram.

Untuk dapatkan keuntungan maksimum, saya percaya hanya penyimpan emas Public Gold sahaja boleh jual emas dengan mudah ketika saat-saat harga emas tengah memuncak sekarang.

Perlu ingat, antara kritiria paling penting sebelum anda beli emas ialah, emas tu mudah untuk dijual balik, dengan harga yang maksimum.

Sekian. Semoga Bermanfaat.

Hafiz
Pasir Mas, Kelantan
30 Ogos 2019
29 Zulhijjah 1440H

Artikel Berkaitan

>