Cara Memanfaatkan Moratorium

penangguhan hutang

Setelah meneliti beberapa pandangan pakar kewangan tentang pengangguhan bayaran bulanan ini, saya dapat simpulkan bahawa, ia sangat bagus untuk semua golongan individu.

Memang la bagus kan, tak perlu bayar hutang lagi dalam masa 6 bulan dari sekarang, maksudnya komitmen bulanan berkurang. Waktu tengah gawat macam ni maksudnya korang hanya perlu cari duit untuk dapat makan dan minum sahaja.

Namun, cara memanfatkannya tidak sama bagi semuanya golongan. Saya kategorikan kepada dua golongan.

Tidak Terjejas Sumber Pendapatan

Yang pertama, ialah golongan yang langsung tidak terjejas pendapatannya dengan keadaan Covid-19 sekarang.

Bagi golongan ini, ia peluang besar bagi korang untuk gandakan kekayaan bagi masa akan datang. Jika korang memiliki hutang kad kredit yang tertunggak, korang gunaakan waktu penangguhan ini untuk selesaikannya.

Duit yang tak perlu bayar hutang rumah dan kereta tadi, korang guna untuk bayar hutang kad kredit, kerana hutang kad kredit tidak termasuk dalam pengangguhan ini.

Bagi yang langsung tidak ada hutang kad kredit pula, ini peluang korang untuk gandakan simpanan sekarang, dan gunakanya untuk membina kekayaan pada masa akan datang.

Contohnya, jika bayaran hutang rumah korang RM1000 sebulan, maksudnya korang akan ada RM6000 pada 6 bulan akan datang.

RM6000 ini korang boleh tambah modal untuk beli rumah lagi atau untuk bayar lump sump hutang rumah untuk kurangkan jumlah principal hutang.

Fuhh, banyak jimat tu.

Terjejas Sumber Pendapatan

Golongan kedua pula ialah golongan yang hilang punca pendapatan akibat masalah Covid-19 sekarang ini, semoga dijauhkan, namun tetap perlu bersedia.

Bagi golongan ini, inilah masa kita untuk cari kerja baru dengan kadar segera sambil membuat apa-apa sahaja side income. Masa ini lah pentingnya kita kena ada simpanan kecemasan.

Cari jalan untuk dapatkan income untuk makan dan minum anak isteri, sambil mencari peluang kerja di tempat baru. Kita ada masa 6 bulan je untuk pulun cari side income dan sumber pendapatan tetap yang baru.

 Kalau lambat, kita terpaksa memikul beban hutang tambahan lagi.

Rezeki Allah Dah Tetapkan, Kerja Kita Ialah Berusaha

Saya tahu ia agak mencabar, tapi mahu tak mahu, kita kena usaha untuk cari pendapatan ganti. InsyaAllah.

Yang penting, sentiasa berusaha dan bersedia dengan apa jua musibah yang bakal berlaku.

Mohamad Hafiz bin Shafie
Kulim, Kedah
3 Syaaban 1441H
29 March 2020

Mohamad Hafiz Shafie

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

View all posts by Mohamad Hafiz Shafie →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: