Cara-Mula-Pelaburan-Emas-Public-Gold-Malaysia

Cara Mula Pelaburan Emas Public Gold (2021)

Apa yang saya perhati, hampir semua pembeli emas dibawah bimbingan saya menghadapi masalah untuk tahu cara mula pelaburan emas Public Gold Malaysia.

Sebenarnya, mudah sangat. Saya akan terangkan satu persatu. Baca sampai habis.

Ehh jap. Mungkin anda belum tahu, Public Gold ialah satu jenama emas yang terbaik dan terbesar di Malaysia setakat ini.

Emas Public Gold

Kalau anda ada mencari emas jongkong (goldbar) atau dinar sebagai simpanan (atau pelaburan). Haa, anda sudah berada pada tempat yang betul.

Teruskan membaca ye. =)

Rungkaikan Segala Persoalan Sebelum Mula Pelaburan Emas Public Gold

Saya dan dealer dibawah tim saya berpengalaman membimbing lebih 5000 penyimpan emas di seluruh Malaysia.

Ini persoalan yang sering didalam minda seseorang yang bakal menjadi penyimpan emas jenama Public Gold iaitu :

" Emas yang mana patut aku beli, untuk mendapatkan harga yang paling murah, dan cara yang paling mudah

Dalam fikiran kalian ada persoalan macam atas ni?

Haa. Bagus!

Anda memang berada dijalan yang betul. Maksudnya, anda tidaklah bertindak semberono, tanpa memikirkan tentang perkara diatas.

Untuk mendapat nasihat dengan lebih pantas, anda boleh terus hubungi saya je, tekan butang dibawah :

Ehh, nanti dulu. Ada lagi saya nak beritahu. Sabar jap.

Berdasarkan pengalaman saya menjadi dealer Public Gold yang aktif sejak dari tahun 2016, antara persoalan lain yang saya sering terima ialah :

1. Boleh tak beli terus emas di cawangan Public Gold?

2. Saya ada sekitar RM300, saya nak beli emas 1gram 1bulan boleh tak?

3. Saya ada RM30k untuk beli emas, sesuai tak beli dengan cara akaun emas fizikal GAP?

Baiklah. Segala persoalan anda akan saya terangkan satu per satu.

Teruskan membaca..

4 Cara Melabur (Membeli) Emas Public Gold

Ada 4 cara untuk membeli emas Public Gold. Wahh, banyak kan? 

" Aduih. Makin pening nak pilih."

Jangan risau, saya akan guide satu persatu. Sebelum tu, saya terangkan dulu secara ringkas untuk kesemua 4 cara tersebut.

Cara (1) - Walk In ke Branch 

Tips : Cara ini seperti kita pergi beli emas di kedai emas. Datang, tengok emas, pilih yang mana available, dan yang mana berkenan. Bayar emas. Dan pulang dengan senyuman 

Ini cara lama.

Tapi boleh guna cara ini. Walaupun cara lama. Cuma dalam waktu Pandemik Covid19 sekarang ini. 

Cara ini tidak dibenarkan dulu sementara waktu. Sebab apa? 

Sebabnya Public Gold perlu ikut SOP kerajaan iaitu, Public Gold hadkan jumlah pelanggan yang datang ke branch.

Sebelum datang. Perlu buat appointment terlebih dahulu sekarang.

Cara (2) - Outright Purchase (Bayaran Penuh)

Tips : Jika ada lebih RM1000 untuk membeli emas, guna cara ini. Bagi yang baru nak mula, terus dapatkan 1 Dinar, guna kaedah ini.

Ini cara paling biasa.

Sacara ringkasnya, anda order emas di website Public Gold (sebelum tu perlu daftar terlebih dahulu). Kemudian, buat bayaran penuh.

Dan ambil emas yang anda order tadi di branch yang anda pilih. 

Dinar Set Public Gold

Atau boleh minta untuk Public Gold pos emas tu ke rumah (dipanggil Gold In Transit servis). Dengan syarat jumlah emas tu kurang dari 5 Dinar atau 20gram ke bawah.

Cara (3) - Outright Purchase (Shariah EPP)

Tips : EPP ialah kita beli emas dengan 4x atau 10x bayaran. Lepas habis bayar, baru boleh ambil emas.

Sebelum kalian baca penerangan yang lebih detail. Saya nak bagitahu untuk EPP4x ialah bagi emas yang berharga minimum RM500, manakalah, untuk EPP10x ialah minimum RM5k.

Kalian juga boleh baca artikel tentang FAQ Easy Payment selepas ini untuk faham lebih lanjut.

Sama seperti cara yang kedua tadi. Cara melabur emas Public Gold yang ke 3 ini sesuai untuk item 1 Dinar dan ke atas.

Small Bar Item

Item small bar seperti 4 item diatas tidak sesuai dengan cara EPP, kerana harganya lebih mahal. Nak beli 4 item diatas dengan lebih murah, beli cara (4) Akaun emas fizikal GAP

Cara (4) - Akaun Emas Fizikal GAP

Tips : Ada bajet kurang RM1000? Tapi nak sangat simpan emas. Cara ini ialah cara terbaik untuk anda menyimpan emas Public Gold.

Kaedah ini adalah kaedah yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Saya percaya, akaun emas GAP adalah salah satu cara yang paling mudah dan murah untuk menyimpan emas fizikal di Malaysia.

Apa yang best sangat GAP ni?

GAP Withdrawal

Cukuplah saya tunjuk satu ini sahaja apa yang special sangat GAP ini. Rujuk gambar di atas.

Dari akaun emas fizikal GAP, kita boleh keluarkan emas yang comel-comel, secara online je.

Untuk kefahaman lanjut tentang akaun emas fizikal GAP, boleh artikel saya tentang FAQ GAP.

Cadangan Pilihan Bajet Cara Menyimpan Emas

Baiklah, sudah faham tentang 4 cara mula pelaburan emas Public Gold?

Atau masih ada persoalan? Terus contact saya. InsyaAllah saya boleh bantu.

Nanti!

Ada lagi saya nak anda tahu. Sabar. Teruskan membaca. 

Sebelum anda mula menyimpan emas, letakkan matlamat, berapa bajet anda untuk mula simpan emas?

Ikut Kesesuaian Bajet

Jom, saya kongsikan dengan anda, apa item yang sesuai, mengikut bajet yang anda rancang.

(1) "Saya ada bajet RM40k. Saya nak alihkan duit ASB/TH kepada emas. Apa item yang sesuai"

Kalau bajet sekitar RM40k. Saya terus recommend beli emas jongkong 250gram macam ni, dan terus mohon untuk jadi Priority Dealer Public Gold

Jongkong Emas Public Gold 250gram

(2) "Saya ada bajet RM10k hingga RM30k. Saya seorang bisnesman, nak alihkan keuntungan kepada emas."

Bungamas 100gram

Ini item yang sesuai dengan bajet RM10k hingga RM30k. Bagi seorang pemilik bisnes, item Bungamas 100g ini sangat sesuai, dan mudah untuk dipajak sebagai modal untuk pusingan bisnes.

(3) " Alamak, semua bajet puluh-puluh ribu, yang bawah RM1k ada?"

EPP 10gram

Boleh dapatkan 1 Dinar atau 10gram, dengan cara EPP, seperti gambar di atas.

Emas jongkong 10gram ini boleh dibeli dengan cara 4x bayaran, dalam masa 10bulan. 

Walaupun kita punya bajet sekitar RM600 sebulan. Kita boleh dapatkan emas yang bernilai sekitar RM2500.

(4) " Bang, yang murah-murah lagi ada tak bang? Saya ada RM100 je"

GAP RM100

Ada. Sudah tentu ada.

Dengan bajet RM100 pun anda boleh menabung emas, iaitu dengan cara akaun emas fizikal GAP. Jika sekarang, anda beli emas RM100, anda memiliki 0.3876gram emas.

Boleh kumpul sikit-sikit. 

PGM Russia

Nanti bila dah cukup minimum 2gram dalam akaun, cuba keluarkan dalam bentuk fizikal. Contoh design yang kat atas ni. 

Comel kan?

Jadi, berapa bajet kalian? Bagitau saya. Nanti saya guide sebelum kalian buat belian pertama.

Ikut Keselesaan Diri Sendiri

Alhamdulillah, setakat harini, saya sudah membimbing lebih 600 penyimpan emas secara langsung, dan lebih 3000 penyimpan dalam network saya.

Jadi, semua apa yang saya cadangkan itu tidak penting, yang lebih penting ialah apa yang anda paling selesa.

" Saya tinggal di Tawau, branch yang terdekat hanya di Kota Kinabalu. Boleh saya beli emas Public Gold?"

Baiklah, pilihan yang ada untuk yang tinggal jauh dari branch, atau tinggal di luar negara, anda boleh mulakan simpan emas dengan cara akaun emas fizikal GAP.

Apabila anda bercuti. atau kebetulan ke tempat yang ada branch Public Gold, anda boleh singgah dan terus keluarkan emas fizikal dari akaun GAP.

Gold In Transit

Jika buat belian Cara (1) - Outright Purchase.

Anda boleh memohon untuk emas yang anda order pos ke rumah yang dipanggil Gold In Transit Servis, walaupun anda tinggal jauh dari branch, menyimpan emas Public Gold bukan satu masalah.

Cuma, dalam satu bungkusan, buat masa ini, ia terhad kepada maksimum 5 Dinar (21.25gram) emas sahaja. Item 50gram atau 100g. Tak boleh buat GIT.

" Saya nak sangat simpan emas, tetapi takut untuk simpan sendiri di rumah " 

Ramai yang macam ni,

Bukan anda seorang je. Walaupun, harga handphone anda tu lagi mahal dari emas, relaks je kan letak atas meja makan?

Ehh. Terasa plak!

Simpan Emas Dalam Safebox

Takpa, selain boleh manfaatkan akaun emas GAP (sebab tiada upah simpanan emas dalam GAP), saya cadangkan anda beli safebox sendiri, atau sewa sahaja mana-mana safebox.

Biasanya dekat bank ada. 

" Saya tak percaya dengan akaun emas GAP. Takut jadi apa-apa dekat Public Gold macam mana? " 

Ohh. Tiada masalah.

Akaun emas GAP itu cuma pilihan. Nak beli emas GAP, terus keluarkan pun tiada masalah, jika anda rasa ragu dengan akaun emas GAP.

Asalkan Anda Lena Tidur

Prinsip penting dalam menyimpan emas, pilih sahaja apa-apa cara sekalipun, asalkan anda boleh tidur lena.

Ok sekarang sudah jelas?

Sedikit pengalaman saya menyimpan emas Public Gold. Saya suka guna akaun emas fizikal GAP.

Sebab?

Saya tahu. Saya ni seorang rakyat marhean saja. Jadi, ini option paling mudah dan murah untuk yang bajet kurang RM1000.

Lagipun, saya tinggal di Tawau dari 2014 sampai 2019. Akaun emas fizikal GAP itu pilihan terbaik bagi saya.

Kalian belum pernah simpan emas?

Tekan butang hijau diatas. Nanti saya guide step by step. 

Atau dah pernah?

Sila tinggalkan diruang komen, kalian suka cara yang mana? 

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
17 January 2021
5 Rejab 1442H

Artikel Berkaitan

>