Cara Nak Mula Tulis Blog

cara tulis blog

Nak mula tulis blog ni mudah je, kosnya sangat rendah.

Semalam sahabat PG Bussines Owner saya tanya berkaitan cara nak tulis blog, saya terus terangkan satu per satu perkara basic tentang blog.

Saya bukan arif sangat tentang perkara ni, cuma saya boleh cerita pengalaman saya sendiri masa mula tulis blog ini www.hafizshafie.com dulu.

Dua Perkara Basic Yang Anda Perlu Tahu

cara tulis blog

Perkongsian saya kali ini fokus kepada website untuk menulis sahaja ye, bukan website untuk jual produk seperti Shoppe, Lazada, dan PG Mall.

Sebelum saya mula wujudkan blog ini, saya tanya je sahabat saya yang baru hadir kelas buat website iaitu Tuan Zuhdi yang merupakan pemilik Syarikat Kijang Jersey Collection.

Apa yang Tuan Zuhdi beritahu saya tentang 2 perkara ini ?

1. Domain

2. Hosting

Saya pun tak pandai untuk terangkan lebih mendalam, cuma apa yang saya faham, Domain tu macam nombor fon kita, manakala Hosting tu macam fon kita.

Domain kita boleh pilih selagi mana masih belum orang lain pakai, macam saya www.hafizshafie.com. Ini domain saya.

Untuk Hosting pula, ia umpama jenis fon kita. Fon (baca : hosting) yang lebih mahal biasanya mempunyai kemampuan yang lebih tinggi.

Sebagai baru nak belajar pegang fon (baca : menulis blog), saya nasihatkan pakai je dulu hosting yang paling murah yang ditawarkan oleh mana-mana hosting.

Biasanya, seller akan jual hosting sekali pakej dengan dapat percuma domain.

Kat Mana Nak Dapatkan Hosting dan Domain

Saya cuba yang local je, walaupun Tuan Zuhdi cadangkan beli yang dari oversea. Sebab yang local tu lebih murah.

Saya terus godek-godek website NetKL Network. Dan saya jumpa pakej hosting yang  sangat murah. Kos permulaan saya menulis dulu RM79 setahun je. Murah kan?

Sekarang saya rasa pakej tu dah tiada. Pakej paling murah sekarang ada yang RM100 setahun. Dan saya rasa ia masih murah. Tak sampai RM10 pun setahun.

Korang boleh tengok-tengok ye website dia, boleh terus klik link --> NetKL Hosting

Apa Tool Perlu Ada?

alat kewangan

Tool yang korang perlu ada ialah yang pertama semestinya Laptop dan yang kedua ialah internet yang laju.

Ingat ye, internet yang laju! HEHE

Internet yang slow akan menggugat kesabaran korang nak mula tulis blog, dah la baru nak kenal-kenal butang, pastu tekan-tekan tak keluar pulak kan. Confirm stress!

Untuk laptop, saya cadangkan korang keluarkan modal sikit, alang-alang nak beli laptop yang harga RM3k, bagus korang up lagi RM1k untuk beli Macbook terus. Ia sangat berbaloi.

Saya cakap ni saya dah alami sendiri. Menulis blog dengan PC yang power untuk main game (processor i7 dan pakai grafik yang dekat harga RM1k), lebih mudah menulis blog dengan menggunakan Macbook yang paling murah.

Selepas Dapatkan Domain Dan Hosting

Selepas setel hosting, saya terus pilih wordpress untuk menulis blog. Sebelum ni saya pakai domain blogspot.com. Walaupun free, tapi sangat leceh.

Lepas saya beli domain sendiri, memang senang giler, 10kali ganda lebih senang! 

Jika ada apa-apa persoalan tentang nak mula menulis blog ni, korang jangan tanya saya, saya tahu setakat apa yang saya pernah buat je.

Nak tanya, korang join group FB Kopi-kopi WordPress.

Sekian. Semoga Bermanfaat.

Hafiz
Kulim, Kedah
17 Oktober 2019
17 Safar 1441H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

4 Comments

  1. Wah terbaik perkongsian Tuan Hafiz tentang menulis blog. Blog saya baru dibina. Terkini setakat hari ini baru ada 3 artikel/post sahaja. Saya akan fokus untuk tulis lebih banyak posting lagi. Terima kasih atas ilmunya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *