Public Safe Penang

Cara Selamat Nak Simpan Emas

Public Safe

Semalam saya dapat panggilan dari seorang sahabat yang merupakan seorang pemilik bisnes.

Beliau merupakan salah seorang penyimpan emas tegar dibawah bimbingan saya.

Satu kerisaun beliau ialah, kalau beliau dah kumpul emas banyak-banyak, dekat mana nak simpan?

3 Tempat Untuk Simpan Emas 

Setakat pengalaman saya sebagai penyimpan emas sejak dari tahun 2011, ada beberapa cadangan saya untuk simpan emas.

(1) Sewa Safe Deposit Box

Sewa safe deposit box antara cara paling selamat untuk simpan emas. Korang cari di sekitar tempat korang, biasanya ada bank yang menawarkan perkhidmatan ini.

Kosnya sekitar RM200 hingga RM500 setahun, ia bergantung kepada size box tersebut.

Bagi yang tinggal berdekatan dengan Penang, anda beruntunga, Public Gold (under Public Safe) juga menawarkan perkhidmatan ini. Dengan kos kurang dari RM100/setahun korang dah boleh dapat satu safebox yang selamat untuk menyimpan emas korang.

(2) Sewa Safe Box Sendiri

Selain itu, korang juga boleh beli peti besi sendiri. Ada banyak jenis, ada yang jenis tanam dalam tanah, ada yang lekat dengan dinding.

Pendek kata, kalau pencuri masuk rumah, tak senang emas korang boleh dicuri.

Macam saya sendiri pun saya ada safebox sendiri dekat rumah. Lebih tenang untuk tinggalkan rumah bila ada safebox sendiri kat rumah.

Kos tak mahal pun, saya beli sekitar RM250 je. Saiz yang sesuai. Modal sekali je, boleh pakai sampai bila-bila.

(3) Manfaatkan Akaun Emas GAP

Mungkin ada yang masih belum tahu, Public Gold ada menawarkan simpanan emas fizikal secara percuma je.

Iaitu dengan cara Gold Accumulation Program (GAP).

Dengan GAP, korang boleh simpan secara percuma, jual beli emas secara online je, dan nak gadai emas secara online pun boleh.

Kalau korang nak buka akaun emas GAP, boleh terus ke artikel saya "Public Gold GAP"

Sekian. Semoga Bermanfaat.

Hafiz
Kulim, Kedah
7 February 2020
12 Jamadil Akhir 1441H

Artikel Berkaitan

>