3 Tips Mudah Nak Tahu Scam Atau Tidak

cara mengenali scam

Ini kisah sebulan yang lalu, sahabat baik saya Tuan A ada urusan di Tawau, dan sambil itu kami plan nak ambil peluang untuk bersesi Teh Tarik dengan beliau sekejap, kerana kami masing kerja di Tawau dan KL. Namun, kebetulan pulak Tuan A satu flight dengan 2 orang bekas rakan satu syarikat kami juga, iaitu Ali dan Abu (bukan nama sebenar).

Pada asalnya Tuan A nak ber “BOP Public Gold” dengan saya (BOP ialah Bussines Opertunity Preview), kerana Tuan A memang seorang penyimpan emas, namun akhirnya kami pulak di”BOP”kan oleh mereka secara tak sengaja, kerana Tuan A kebetulan satu flight dengan meraka, dan mereka yang tumpangkan Tuan A dari Airport Tawau ke bandar Tawau.

 

Pengalaman Pertama Saya Di Ajak “Melabur”

 

Mula-mula saya duduk je, terus mereka tunjuk gambar pakej A hingga pakej D. Seperti yang sudah dijangka, pakej A (yang paling mahal) akan memberi pulangan yang paling tinggi. Modal pakej A RM40k manakala modal pakej D ialah RM10k kalau tak silap.

Maksudnya, siapa yang join pakej A ni dia lah manusia paling “bijak” kat dunia ni sebab “bijak ambil peluang”, kata 2 orang ejen tersebut la. HAHA

Masa tengah promot tu, mereka tayang kejayaan mereka selepas beberapa bulan berkecimpung dalam bisnes yang “paling hebat” di dunia seperti kereta Merc, duit ratus-ratus ribu dalam akaun bank dan resit derma untuk bangunkan surau. HIHI

Dalam pada itu, Tuan jugak ada bertanya soalan ” Apa risiko dia ni kalau aku join bisnes ni?”. Dengan konfidennya mereka jawab ” Risikonya cuma dua, iaitu ko akan jadi kaya & ko akan rasa nak berhenti kerja sebab dah kaya, HAHAHA”

Saya hanya diam je, buat-buat tak ambil tahu. Sambil buat kerja saya iaitu update facebook (“,). Lagipun, saya ni hanya seorang junior dalam company yang saya kerja sekarang. Mereka semua dah lebih 10tahun bekerja dalam syarikat perladangan ini. Dan budak yang baru kerja macam saya ni mesti tak ada banyak duit macam mereka kan.

 

Cara Mudah Untuk Kesan Pelaburan Scam Atau Tidak

 

Saya tak tahu “pelaburan” yang mereka ajak kami join tu betul ke tidak, tapi ada beberapa perkara membuatkan saya yakin ia satu scam kerana :

 

1. Keuntungan Tak Masuk Akal

Labur RM40K sekarang, dan peroleh keuntungan ±RM200k dalam masa 10-12bulan. Wowww. Keuntungan 500% setahun. Warrent Buffet pelabur tersohor dekat dunia pun akan terasa ‘bodoh’ kalau pelaburannya tu betul. Sehebat-hebat beliau, keuntungan pelaburannya tak lebih 20% setahun.

Jadi, bilamana ada pelaburan yang ditawarkan keuntungan melebih 20% setahun, lebih baik fikir masak-masak dan angkat kaki cepat-cepat.

 

2. Tersenarai Dalam BNM Alert List

Semasa mereka tengah syok beri penjelasan tentang keuntungan bulan dan bintang, saya terus buka website Bank Negara. Haah, memang dah agak, ada dalam senarai.

Ini juga salah satu cara untuk tahu ia pelaburan betul atau tidak. Tapi, tidak semestinya yang tersenarai dalam alert ni ialah pelaburan tak betul. Public Gold juga pernah tersenarai dalam BNM Alert list selama satu hari.

Kalau dulu, Bank Negara Malaysia (BNM) akan serbu syarikat pelaburan yang scam ni. Tapi, sekarang BNM hanya masukkan dalam alert list dan tunggu syarikat tu lingkup sendiri. Kalau BNM pergi serbu, syarikat tu lingkup, nanti para pelabur akan salahkan BNM membuatkan syarikat itu lingkup.

 

3. Produk Tak Penting, Hanya Untung Je Penting

Ni salah satu sebab lagi, apa yg menyebabkan saya yakin itu ialah scam kerana, sepanjang 2 jam kami bersembang, tak pernah pun tunjuk produk.

Yang ada hanya tunjuk untung itu dan untung ini. Bila ditanya macam mana company boleh untung, penerangan yg kita dengar pun membuat kita rasa bodoh. Sangat berbelit- belit.

Nasihat Saya Untuk Sahabat

 

Apa yang paling saya sedih, dah ramai rakan-rakan sekerja dengan saya ‘melabur’ kepada beliau. Bukan seribu dua ribu duit dilabur, tapi RM40 ribu. Tak cukup duit tabung, tambah lagi dengan buat loan! Yang melabur ni kebanyakannya bukan budak junior macam saya, yg dah berjawatan senior manager pun ada!

Aduish, betullah apa yg guru saya selalu pesan ” Orang yang hebat urus duit syarikat, tidak semestinya bijak urus duit poket sendiri”

Nasihat ikhlas saya untuk sahabat-sahabat semua :

1. Tak ada jalan pintas untuk menjadi kaya, andai kata peroleh keuntungan dari pelaburan macam tadi, saya percaya nanti duit tu habis jugak dengan benda lain yg kita pun tak sangka. Sebab tidak ada keberkatan dengan duit macam tu.

2. Fahamkan logik tentang macam mana orang kaya jadi kaya dengan membaca buku-buku kewangan. Orang kaya menjadi kaya sebenarnya mereka banyak bagi kebaikan dari servis yg mereka sediakan (bisnes), bukan disebabkan mereka join pelaburan yg pelik tu tadi. Hanya dengan berusaha keras membuatkan kita kaya dan berjaya. Bukan hanya bagi duit dan duduk goyang kaki dapat duit setiap bulan, kecuali tukang mesin jahit je. HAHA

3. Nak melabur sangat? Pastikan duit tu dari duit yang kita penat lelah simpan, jangan disebabkan nak untung secupak tapi rugi segantang! Bila kita gigih menabung, kita akan rasa sayang untuk habiskan duit tu dalam sekelip mata. Bila guna duit loan, hutang tiap-tiap bulan tetap kena bayar, sakit hati pun dapat.

4. Andaikata sudah tersilap langkah terjoin pelaburan yang macam ni, anggaplah ia sebagai “yuran kebodohan” untuk kita jadi lebih pandai di kemudian hari. Mungkin disebabkan kita rugi RM40k harini, boleh selamatkan RM400k pada suatu harini.

Bak kata pakar kewangan Tuan Zaidi Ismail ,

” Pelaburan paling untung ialah pelaburan ilmu, iaitu beli buku, hadir seminar dan cari mentor untuk dapatkan ilmu. Manakala pelaburan yang ROInya paling tinggi ialah tindakan kita terhadap ilmu yang dipelajari itu”

Jadi, rasa nak kaya cepat? Cari ilmu dengan cepat, buat banyak kesilapan dengan cepat dan belajar dari kesilapan dengan cepat, insyaAllah semakin hari ilmu semakin bertambah dan pengalaman juga bertambah dan kekayaan juga bertambah. Mudah mudahan

Wallhuallam

 

Hafiz
Tawau, Sabah
8 October 2017

Biar Tidak Kaya, Asal Bahagia?

 

Kenapa perlu kaya

 

Pernah saya terlihat satu komen facebook ” Biar tak kaya, asal bahagia” di posting guru saya sebelum ni. Sebenarnya, komen yang macam tu bagi saya, komen yang mencipta 1001 alasan untuk tidak berusaha dalam mempertingkatkan tahap kewangan diri sendir. Dalam erti kata lain, ia membuat otak kita terus berhenti untuk berfikir demi meningkatkan kemajuan diri.

Apa jawapan guru saya terhadap komen macam tu?

Dalam Islam, nak “bahagia” itu sendiri perlu sempurnakan tanggungjawab keluarga. Nak sempurnakan tanggungjawab keluarga memerlukan sedikit kekayaan. Nak tunaikan rukun Islam Haji dan Zakat pun perlukan kekayaan. Apatah lagi nak bahagia bukan?

Bila saya fikir-fikir balik, memang betul apa yang guru saya kongsi sebelum ni. Masalah utama kenapa masyarakat kita tidak kaya ialah, salah tafsiran terhadap kekayaa. Apa yang beliau bagitahu lagi, orang kaya tak semestinya hidup mewah, dan orang hidup mewah itu tidak semestinya kaya.

Jadi, mungkin apa yang dalam fikiran kebanyakan dari kita sebelum ini ialah, kaya dan mewah itu sama. Manakala, orang yang nampak mewah itu mesti kaya.

 

Mindset Terhadap Orang Kaya

 

Mindset kebanyakan orang kita (Melayu), tidak menjadi kaya itu lebih baik, kerana kata mereka Islam suruh kita bersederahana. Memang betul Islam suruh kita bersederhana, tetapi adakah Islam melarang kita menjadi kaya? Kalau Islam melarang kita menjadi kaya, kenapa 9 dari 10 sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijamin syurga itu, semuanya kaya raya, mereka bukan sahaja MULTI JUTAWAN, malah mereka dijamin masuk syurga.

Cuba fikirkan balik, mungkin mindset kita terhadap orang kaya adalah orang kaya ini sombong, boros dan suka berfoya-foya. Betul ke macam itu dalam fikiran kita terhadap orang kaya? Kalau betul, saya pasti kita banyak terpengaruh dengan drama-drama Melayu yang kebanyakannya tidak memberi kebaikan pun kepada masyarakat.

Dalam drama Melayu, yang watak jahat itu mesti kaya, dan yang miskin itu baik dan beragama. Akibat kita sudah diajar dengan ajaran yang salah dari kecil, dan ajaran yang salah itu diwariskan lagi, sebab itu ramai dalam kalangan kita macam KAYA SEGAN MISKIN TIDAK MAHU. Nak kaya malu-malu, tapi kalau syarikat bagi gaji atau bonus sedikit, mesti kita tidak setuju kan?

 

Umur 25 Tahun Nabi Dah Jutawan

 

Nabi dulu bagi 20 ekor unta merah kepada Siti Khadijah sebagai wang hantaran. Kalau kita tukar unta itu kepada harga lembu di tempat kita, harganya secara purata RM3000 seekor, RM3000 kali 20 bersamaan RM60k. Wahh, kalau ada sahabat kita bagi hantaran kepada isteri sebanyak RM60k sekarang dia ni kaya atau miskin?

Unta merah pada zaman nabi boleh digunakan untuk angkat barang dagangan dari negeri ke negeri, kalau dibandingkan sekarang, unta merah umpama sebiji treller yang boleh bawa barang yang banyak, jadi kalau bagi hantaran kepada isteri sebanyak 20biji treler? Nabi itu biasa-biasa atau MULTI JUTAWAN? Nabi sebenarnya umur 25 sudah bergelar jutawan!!

Apa yang saya ingin sampaikan disini, bukanlah untuk kita bagi hantaran mahal-mahal kepada bakal isteri, tetapi untuk kita setkan fikiran yang betul tentang orang kaya. Orang kaya dalam drama Melayu tidak sama dengan orang kaya yang sebenar. Mereka kaya sebenarnya sebab mereka banyak memberi kebaikan orang lain. Dan sebab itulah mentor saya selalu pesan, KAYA ITU MULIA!

 

Ayuh Sahabat, Kita Menjadi Orang Kaya Bertakwa

 

Saya sangat tak setuju kalau orang cakap orang kaya ni sombong dan jahat. Setakat ni saya pernah jumpa dengan 3 orang yang betul-betul kaya. Pendek kata, kalau tidur setahun pun mereka masih menjana duit tanpa henti. Malah kesemua mereka ni orang yang berbudi dan baik hati!

Tanggal 26 September 2017 yang lalu, saya dijemput untuk makan malam bersama founder Public Gold, Dato Louse Ng. Beliau ni antara orang kaya yang pernah saya jumpa. Beliau punya merendah diri tu, sampai saya pun rasa serba salah, mana tidaknya, sebelum cedok makanan untuk diri sendiri, beliau siap tolong cedokkan makanan untuk orang-orang disebelahnya, termasuklah saya.

Akhir sekali, satu pesanan dari guru saya, kenapa orang kaya jadi kaya ialah sebabnya mereka banyak memberi kebaikan kepada orang ramai dengan ‘servis’ mereka. Dan dengan kebaikan ‘servis’ mereka, orang sanggup bagi duit untuk dapatkan servis tersebut. Tak ada orang sanggup bagi duit kepada orang sombong, itu perlu kita tahu.

 

Wallahualam

 

Ini sekadar pandangan sepuloh sen saya hasil dari perkongsian mentor saya dalam SUPER15

 

Hafiz
Tawau, Sabah
30 September 2017

3 Langkah Praktikal Urus Duit Gaji Bagi Pasangan Muda Generasi Y

Tips-Urus-DuitGaji

 

Masa baru-baru dapat gaji dulu, segala perbelanjaan saya tulis dalam apps. Bukan sahaja duit belanja (duit keluar), duit yang masuk dalam akaun pun saya tulis. Tapi, last sekali sekadar tulis apa yg dibelanja je, baru je masuk minggu kedua saya dan isteri mesti tertunggu-tunggu gaji seterusnya, disebabkan duit poket dah tinggal saki baki (baca syiling)

Simpan sikit-sikit, lama-lama masih sikit. Macam ini tabung kami waktu mula-mula kerja dulu. Tak cukup duit untuk makan minum hujung bulan, simpanan 30% pada hari gaji, hujung bulan hanya tinggal 10%. Tinggal baki simpanan kepada 10% tu dah kira okey, silap-silap langsung simpanan tidak berbaki.

Jadi, lepas dah beberapa kali ‘try & error’ dalam mengurus duit gaji, supaya hujung bulan tak perlu menunggu gaji yang seterusnya, inilah saya rasa cara yang terbaik untuk kami suami isteri dalam mengurus duit gaji. Alhamdulillah, lepas follow langkah ni, kalau dulu baru 2 minggu gaji duit belanja dah kering, tapi sekarang tidak macam tu lagi.

 

Langkah Praktikal Kami Urus Duit Gaji

 

 

Langkah #1 – Teknik “Rekod”

 

Tips-Urus-Gaji

Ini antara contoh rekod perbelanjaan kami setiap kali duit keluar dan duit masuk

 

Ini contoh apa yang saya rekod guna app “Daily Money”, saya dah pakai apps ni sejak belajar dari univerisit lagi. Lebih selesa dengan apps yang ni. Banyak je app yang ada sekarang ni. Pilih ikut yang mana lebih selesa. Apa yang penting untuk step pertama ialah rekod!

Rekod je kat mana yang kita rasa lebih selesa. Nak guna buku, nak guna apps. Pentingnya rekod belanja bulanan bukan apa, senang nanti  nak susun balik bajet setiap bulan. Bagi saya, proces mengurus gaji ni bukan proses secara ‘one-off’, tapi ia memakan masa untuk penyesuaian.

Jadi, lepas dah rekod, mudah untuk kami suami isteri buat meeting bulanan, sebelum sentuh next duit gaji. HEHE

 

Langkah #2 – Teknik “Sorting”

 

Tips-Urus-Perbelanjaan

Kami bahagi setiap perbelanjaan ikut kategori, supaya senang untuk uruskan duit gaji nanti

 

Lepas amalkan ‘rekod’ semua tu dalam beberapa bulan, barulah kami dapat gambaran perbelanjaan keseluruhan kami untuk setiap bulan. Kalau dah amalkan rekod untuk beberapa bulan, mudah jer nak buat step yang kedua ni. Haa satu lagi, rekod tu bukan sekadar rekod belanja bulanan, untuk tahunan sekali mesti rekod, ini wajib!

Dua pengalaman saya dah cukup insaft bagi saya untuk urus duit gaji iaitu, bajet hari raya dan juga bajet untuk roadtax kereta. (“,). Jadi, kat atas ini antara contoh, apa yang kami senaraikan untuk listkan semua perbelanjaan ikut kategori.

Selepas dapat dua pengalaman tu, terus kami buat ‘urgent meeting’. Apa yang kami belajar, buat bajet tak boleh tengok bulanan je, kena tengok terus untuk satu tahun, baru kita boleh mula prepare duit setiap bulan, untuk 12 bulan akan datang.

 

Langkah #3 – Teknik “Sampul Ajaib”

 

Tips-Urus-DuitGaji

Contoh sampul yang kami guna, untuk asingakn duit bajet bulanan

 

Okey, ni part yang saya rasa paling penting. Sekadar rekod sahaja, ikut pengalaman saya, kurang berkesan. Lepas rekod dan senarai, kena asingkan duit gaji tu siap-siap. Bukan apa, takot tersalah tempat duit tu di habiskan nanti. Jadi, apa yang saya buat sebaik sebelum sentuh duit gaji ialah, letak  dalam sampul terus semua belanja bulanan kami.

Sampul ni kami namakan “sampul ajaib”. Ajaibnya sampul ni kerana, ia boleh mengawal perbelanjaan kami dengan lebih efisyen!

Kalau bajet ‘Groceries’ RM400 sebulan, isi RM100 dalam 4 sampul, setiap minggu guna 1 sampul.

Kalau bajet ‘ Raya’ RM240 setahun, isi RM20 setiap sampul setiap kali dapat gaji bulanan.

Kenapa kami buat macam ni? Sebab pernah masa awal-awal kerja dulu (kami kahwin sebelum dapat kerja lagi), kami sekadar kira berapa kos belanja bulanan kami secara total, dan asingkan duit tu ke akaun bank yang lain. Maksudnya, kami campur sekali duit belanja letak dalam satu tempat. Last sekali, hujung bulan bajet lari dan terpaksalah kami ‘makan meggi’ sambil menunggu gaji seterusnya lagi. HEHE

 

Kesimpulan

 

Secara kesimpulannya, apa yang lebih penting ialah disiplin kita dalam mengurus duit gaji. Jika pasangan baru suami isteri, perlu selalu bincangkan tentang pengurusan kewangan masa depan keluarga tu nanti. Setiap bulan, bila rasa ada terlebih belanja, sama-samalah suami isteri, duduk satu meja untuk buat “meeting bajet bulanan”.

Khas untuk pasangan muda, ekonomi keluarga masa baru-baru kahwin belum stabil tu ‘normal’, tapi kalau dah 5 6 tahun kahwin, simpanan langsung tidak ada, malah hutang pulak yang semakin banyak, perlu bawak jumpa Doktor Kewangan cepat-cepat sebulum ia mula merebak!

Saya menulis ni sekadar nak berkongsi, pengalaman saya sendiri, dalam mengurus duit gaji. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk sahabat-sahabat saya semua, tambah lagi untuk yang baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

Jadi, bab duit perlu selalu buat meeting bajet dengan pasangan masing-masing. Bak kata Tuan Zaidi Ismail (seorang pakar dalam bedah kewangan ” Nak buat anak boleh duduk sekali, tapi bab duit kenapa bual hal sendiri-sendiri?” HAHA

 

Wallhuallam

 

Hafiz
Tawau, Sabah
25 September 2017