4 Cara Beli Emas Public Gold – Pilih Yang Paling Selesa

Emas-public-gold-2017-

Mudahnya beli emas Public Gold. Semuanya boleh uruskan sendiri 100%, tak perlu bergantung kepada “dealer”.  Dealer diperlukan  hanya untuk “guidence” semasa untuk mula je. Setakat saya mula simpan emas dari tahun 2011 sampai sekarang ni, saya rasa tak ada syarikat emas yang bersaing dengan Public Gold, yang ada hanya follower je.

Nak beli emas jongkong emas (dan dinar) Public Gold ada banyak cara. Saya tinggal di Tawau, cawangan Public Gold terdekat hanya di Kota Kinabalu, jaraknya lebih 700km, tapi saya masih boleh konsisten simpan emas setiap bulan dengan menggunakan platform yang Public Gold sediakan. Kawan sekolah saya belajar dan bekerja di Jepun, pun boleh beli emas Public Gold. Pendek kata, duduk mana-mana di dunia ni, asalkan ada internet, boleh beli emas Public Gold 24jam sehari dengan mudah.

Okey, ni saya kongsikan 4 cara mudah beli emas Public Gold, setiap orang lain situasi, perlukan lain caranya, pilihlah cara mana yang paling selesa.

(1) Cash and Carry

Ada orang tak suka buat urusan secara online. Kebanyakan yang saya jumpa, pembeli emas yang sudah berumur lebih suka beli secara cash and carry. Jadi, bila disituasi macam ni, saya bagitau mereka ” Pergi je mana-mana cawangan Public Gold yang berdekatan, bawak cash secukupnya, bagi duit dan dapat emas”

Waktu di cawangan, staff akan tanya ‘ Siapa Introducer atau Kod PG Introducer?’. Jadi, bagitahu Kod PG saya PG00054635 untuk mendapat bimbingan dari saya selepas buat pembelian. Kaedah pembelian emas ni sama macam beli emas di kedai emas.

[Tips] Sebelum datang branch, call dulu branch yang kita nak pergi tu untuk tahu, available tak stock yang kita nak tu. Kalau belum available, staff PG akan lock (atau reserve) stock yang kita nak, nanti dah sampai di branch, staff PG akan call dan kita boleh ke branch untuk ambil emas tu tadi.

(2) Order Online 

Pengalaman-ambil- emas-di- Pos Arrahnu - Tawau

Saya dah kongsi pengalaman saya di facebook, ambil emas di Pos Arrahnu Tawau pada January 2017

Ni cara seterusnya, bagi yang lebih selesa cara online, saya syorkan guna cara ni “Order secara online di website Public Gold, dan ambil emas tu di mana-mana je, sama ada di 18 cawangan PG atau di lebih 75 cawangan Pos Arrahnu di Malaysia”.

Nak tahu cara order emas Public Gold secara online, boleh download tutorial yang saya sediakan di link ni –> Tutorial Beli Emas Public Gold

[Tips] Untuk kaedah order online ni, nak suruh dealer yang buatkan juga boleh, dealer tolong submit order je, lepastu segala urusan bayar dan ambil emas, kita buat sendiri. Saya juga seorang dealer Public Gold yang aktif, kalau nak suruh saya buatkan, wassap saya di +6014-500 5090 atau klik –> Wassap Hafiz

(3) Ansuran Patuh Syariah (EPP)

Antara item yang sesuai untuk beli cara EPP

Antara item yang sesuai untuk beli cara EPP

Beli emas secara ansuran yang patuh shariah. 4 kali bayar atau 10 kali bayar (bagi item 100g ke atas). Habis bayar baru datang collect emas. Ini cara terbaik beli emas pada masa depan pada harga hari ni.

Biasanya beli emas PG guna cara ni ialah beli emas yang item besar, 100gram ke atas supaya lebih jimat. Beza EPP dengan Order Online hanya lah kaedah pembayara.

[Tips] Cara paling mudah untuk beli emas EPP ialah, call cawangan Public Gold yang kita nak ambil emas tu, bagitau staff untuk tolong lockkan apa item yang kita mahu, staff akan minta maklumat peribadi kita dan Kod PG Introducer, seperti biasa bagitahu staff Kod PG saya PG00054635 kalau nak dapat bimbingan dari saya selepas buat pembelian atau nak minta saya bantu follow up dengan staff selepas buat ‘booking’.

(4) Akaun Emas Fizikal GAP

GAP

Harga emas GAP, boleh cek di www.publicgold.com.my

Ada kawan saya yang nak simpan emas sikit-sikit  setiap bulan, tapi takut nak simpan emas sendiri dirumah. Kalau yang kes macam ni, satu cara je saya recomend, ” Beli emas melalui akaun emas fizikal GAP Public Gold “. Ini lah cara paling mudah kalau nak simpan emas 1gram 1bulan macam saya, tapi risau nak simpan sendiri.

Selain itu, ada juga seorang Cikgu yang saya jumpa di Pos Arrahnu Tawau, setiap bulan dia beli emas di sana at least 1gram. Saya perkenalkan pada beliau ” Kalau Cikgu nak jimat beli emas 1gram, Cikgu beli dan simpan emas melalui akaun emas GAP”. Saya minta no fon, dan terus saya share Nota Emas GAP, esok lusa terus mahu beli dengan GAP, dengan cara GAP kita boleh dapat emas 1gram yang sama, tapi dengan harga yang jauh lebih murah.

[Tips] Download Nota Emas GAP kalau nak tahu lebih lanjut.

Konklusi : Pilih Yang Mana Paling Selesa

Saya tinggal di Tawau, cawangan terdekat hanya di KK (700km dari Tawau), jadi saya lebih suka beli emas dengan cara akaun emas GAP kerana, bila saya pergi KK, saya boleh ambil emas saya, bila saya ada urusan di mana-mana seluruh Msia, saya boleh ambil emas saya, bila saya balik kampung saya di Pasir Mas, Kelantan, saya boleh ambil emas di Kota Bharu. Mudah ke senang beli emas cara GAP? HEHE

Ikut situasi saya, saya dengan GAP lah cara paling selesa. Korang pulak macam mana? Apa yang penting, ikut situasi masing-masing.

 

Hafiz Shafie
Tawau, Sabah
15 Julai 2017

7 Kelebihan Utama Emas Public Gold

Public-Gold-Logo

Saya simpan emas sejak dari tahun 2011, sejak tahun pertama di Universiti Tekonologi Malaysia (UTM). Pada masa tu, saya juga pernah hadiri beberapa seminar tentang emas yang dianjurkan di UTM oleh syarikat emas tempatan (bukan Public Gold).

Masa semester ke-7, saya tertarik untuk menjadi ejen syarikat itu, saya namakan syarikat itu sebagai  Syarikat Emas X. Sebelum mendaftarkan diri sebagai ejen Syarikat X, dengan bayaran yuran ejen sebanyak RM1000, saya terlebih dahulu buat kajian tentang Syarikat Emas X dan banyak bersoal jawab dengan ejen X. Pada masa tu, saya dapat ilmu baru iaitu untuk beli mana-mana emas pelaburan dan simpanan, pembeli emas perlu tahu dan kaji dulu 5 kritiria emas ini untuk mendapat keuntungan maksimum.

Selepas buat kajian beberapa syarikat emas, ternyata emas Public Gold berada dicarta pertama pilihan 5 kritira emas. Akhirnya, saya pilih Public Gold niat asal untuk jadi ejen syarikat X terbatal. Apa yang saya dapati, emas Public Gold mempunyai banyak kelebihan dari beli emas jenama lain, dan di bawah ni saya senaraikan 7 kelebihan utama emas Public Gold, yang mungkin tidak ada pada syarikat emas lain di Malaysia ni.

 

#1 Harga Yang Lebih Murah Dari Kedai Emas atau Bank.

Berikut ialah senarai website untuk cek harga emas yang dijual di Malaysia.  Anda boleh buat perbandingan sendiri tentang harga emas yang dijual di Malaysia di link di bawah :

  1. Public Gold
  2. Power Gold
  3. Gold Silver Resource
  4. Maybank
  5. KFH

Untuk beli emas Public Gold 1gram dengan harga jimat, anda boleh beli emas dengan kaedah GAP. Bukan sahaja yang paling rendah, malah design emas 1gram Public Gold juga banyak yang comel-comel. Nak tahu apa itu GAP, download –> Nota Akaun Emas GAP

#2 Emas Berkualiti Antarabangsa

Nadir-Metal-Refinery

Pengilang Emas yang mendapat pengiktirafan LBMA

Emas Public Gold dikilangkan oleh Nadir Metal Refinery, pengilang berstatus LBMA Good Delivery. Maksudnya, emas Public Gold laku di mana-mana seluruh dunia kerana emasnya di iktiraf LBMA.

Kalau di Malaysia, sejak GST dimulakan, hanya emas pelaburan yang berketulinan 995 dan keatas dan berstatus LBMA sahaja dikecualikan GST. Emas Public Gold juga berstatus Investment Precious Metak (IPM) kerana dikeluarkan oleh pengilang emas berstatus ‘London Good Delivery’.

Status ini membolehkan semua produk Public Gold TIDAK dikenakan GST. Anda jimat 6%

#3 Susut Nilai Emas Yang Sangat Rendah Walaupun Emas Yang Rosak

spread-susut-nilai-emas-public-gold-2017

Spread emas Public Gold, maksmum hanya 9%

 

Susut nilai ialah perbezaan harga jual dan harga beli emas tersebut. Susut nilai emas Public Gold adalah antara 6% sehingga 9% sahaja. Jadi, jika harga emas menaik lebih 9%, bermakna kita sudah boleh jual dan memperoleh keuntungan  dari segi RM. Jika susut nilai lebih tinggi, bermaksud kita perlu ambil masa yang lama untuk peroleh keuntungan apabila kita nak jual emas tu.

Emas-public-gold-kemek-calar

Walau emas yang kemek macam ni, Public Gold terima dengan susut nilai 10%

Namun, jika emas tersebut calar, goris atau bengkok seperti di atas, Public Gold tetap akan membeli balik emas tersebut, namun pada susut nilai lebih tinggi sedikit (sekitar 10%). Sebagai perbandingan, jika anda membeli emas daripada bank, risiko yang sangat besar yang anda hadapi adalah bank tidak akan membeli balik emas mereka jika ada kesan calar, goris atau bengkok.

#4  Keupayaan Beli Balik Dengan Jumlah Yang Besar

Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas mereka bila-bila  masa mengikut harga PG Buy. Buat masa sekarang, Public Gold pernah membeli balik emasnya dengan berharga RM8juta sekali gus, dapat membayar dalam masa dua hari jer. Kebanyakan syarikat emas senang untuk jual emas, tapi ada masalah untuk beli balik emasnya sendiri kerana tidak mempunya dana yang cukup untuk bayar balik emas tersebut.

jualan-balik-emas-Public-Gold-secara-besar-besaran

Pengalaman jual emas dengan jumlah yang besar

Pengalaman Ustaz Khairul jual emas Public Gold dalam jumlah yang besar. Rekod terbesar Public Gold buat buy back ialah sebanyak RM8juta sekali gus dan Public Gold bayar kepada orang yang jual emas tu dalam masa 2 hari bekerja sahaja.

#5 Emas Public Gold Sangat Mesra Arrahnu

Jika anda pajak emas di Pos Arrahnu Malaysia, emas anda tidak perlu dibuka seal. Pos Arrahnu akan terima emas Public Gold tanpa menjalani ujian ketulinan. Ni pengalaman saya sendiri, pergi ke Pos Arrahnu Tawau untuk pajak emas. Tak sampai 15 minit dah boleh dapat cash.

Pajak Emas Pos Arrahnu Tawau

Buat masa ni, semakin banyak arrahnu yang menerima emas Public Gold tanpa membuka seal. Boleh rujuk artikel guru emas saya DISINI.

#6 Cawangan Public Gold Ada Di Seluruh Malaysia

Mudahnya simpan emas Public Gold, kita tak perlu cari ejen untuk urusan jual beli emas. Kita hanya perlu berurusan terus dengan staff Public Gold, jika ada apa-apa keraguan barulah kita mintak dealer untuk bantu kita follow up dengan staff Public Gold kerana dealer ialah umpama ibu bapa (orang yang berpengalaman) kita dalam jual beli emas PG.

pejabat-office-cawangan-public-gold-2017

Ada 18 cawangan di Malaysia dan Singapore. Di Brunei dalam proses untuk buka branch, dijangka September 2017

Sata tinggal di Tawau Sabah, kalau saya pergi KK boleh ambil emas saya, kalau saya balik kampung saya di Kelantan pun saya boleh buat urusan dengan Public Gold juga, mudah kan? Saya tak perlu bergantung kepada dealer saya. Saya cuma perlu mendapat guide je dari dealer tentang cara mana yang paling mudah untuk jual atau beli emas.

Nak tahu mana cawangan Public Gold yang berdekatan dengan anda? Boleh tengok DISINI, datang je di branch yang mana-mana, dan bagitau staff Public Gold nama saya “Hafiz- PG00054635” sebagai introducer, supaya senang untuk saya follow up jika perlu, atau untuk mendapat guide dari saya secara terus

#7 Boleh Jual Beli Emas Secara Online 24 jam.

Sistem jual beli emas Public Gold dijalankan 24jam. Kita boleh lock harga dan order emas bila-bila masa secara online. Pergi di cawangan hanya untuk berurusan ambil atau bagi emas je. Mudah kan? Jadi, ia menjimatkan masa kita untuk berurusan di branch. Order siap-siap di website, bila emas kita dah ready, staff akan inform dan pergi ambil terus di cawangan yang berdekatan.

Order 24jam

Untuk beli emas dengan cara Gold Accumulation Program (GAP), harganya berubah setiap jam 12tgh malam. Manakala, untuk beli emas dengan cara biasa, harga emas berubah setiap 20minit, ikut harga emas dunia.  Nak tahu apa itu GAP, download Ebook GAP –>Ebook Nota Emas GAP. Nak tahu cara lock harga dengan cara non GAP, boleh tengok tutorialnya di ebook yang saya tulis ni –> Cara Beli Emas Non GAP

Kesimpulan

Inilah antara sebab kenapa saya pilih emas Public Gold, sebelum ni saya sendiri merancang untuk jadi dealer syarikat emas X, namun selepas buat beberapa kajian, saya rasa simpan emas Public Gold lebih ‘peace of mind’. Saya berani cakap, kalau di Malaysia ni orang nak simpan emas, tapi tak kenal Public Gold, dia rugi!

Wallahuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
17 Jun 2017
22 Ramadhan 1438H

5 Kritiria Emas Terbaik Untuk Pelaburan

Emas-Pelaburan-Terbaik

Nak beli emas untuk pelaburan perlu pilih betul-betul, ia tak sama dengan nak beli barang kemas. Kalau nak beli barang kemas, asalkan rasa cantik boleh terus beli. Manakala, nak beli emas untuk pelaburan, perlu pilih mengikut kritiria-kritiria yang betul. Nasihat Mentor Wang Malaysia, Tuan Azizi Ali tentang emas yang paling penting  ialah  “jika tersalah pilih emas, walaupun emas ada di tangan, kita juga boleh rugi”.

Barang kemas (emas perhiasan) tak sesuai untuk pelaburan, kerana harganya yang mahal dan susut nilainya yang sangat tunggi. Emas pelaburan hanya sesuai dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas sahaja. Berdasarkan apa yang saya faham dari buku-buku tentang emas, terdapat 5 kritiria penting yang perlu kita teliti untuk memilih emas untuk pelaburan. Tak kisah lah emas tu jenama apa sekali pun, tapi sebelum beli mesti nilai 5 kritiria ini secara pakej.

(1)  Susut Nilai atau Spread Yang Rendah

Semakin rendah spread, semakin cepat masa yang diambil untuk dapat untung apabila jual balik emas tu pada syarikat emas tadi. Susut nilai bermaksud berbezaan diantara harga belian dan harga jualan emas oleh syarikat emas tersebut.  Ni contoh pengiraaan susut nilai  bagi emas Public Gold :

Perbezaan harga jual (PG Sell) dan harga beli (PG Buy) ialah susut nilainya

Perbezaan harga jual (PG Sell) dan harga beli (PG Buy) emas Public Gold

Contoh pengiraan spread emas 10gram LBMA Public Gold

Contoh pengiraan spread emas 10gram LBMA Public Gold

Untuk emas Public Gold, susut nilai paling tinggi ialah 9.0%, semakin besar item emas, semakin kecil susut nilainya. Susut nilai maksimum yang sesuai untuk membeli emas pelaburan ialah hanyalah 10%. Kalau jumpa mana-mana emas yang susut nilainya lebih tinggi dari tu, lebih baik tinggalkan je, banyak lagi emas jenama lain yang susut nilainya lebih rendah.

(2) Harga Emas per Gram Yang Rendah

GAP

Harga emas GAP, boleh cek di www.publicgold.com.my

Harga emas per gram yang rendah bermaksud, nilai bersih harga emas per gram termasuk kos-kos berkaitan, bagi mendapat emas fizikal tersebut. Kat bawah ni saya tunjukan contoh, macam mana pengiraannya untuk mendapatkan emas 5 gram Public Gold (LBMA & 24K) dengan melalui akaun emas GAP, rujuk harga emas seperti di atas iaitu RM815/gram:

Contoh Pengiraan:

5gram (RM185 × 5) = RM925
+ Gold Premium RM5, jadi TOTAL RM930

Harga per gram RM930/5 = RM186/gram

Jadi, sebelum beli mana-mana emas, pilih dulu beberapa company emas yg ada di Malaysia, rujuk website mereka untuk cek harga, dan baru beli kalau rasa harga emas tu paling murah. Harga emas per gram rendah jika kita banding dengan harga emas mentah dunia, boleh check harga emas mentah dunia di www.goldprice.org  dan juga www.kitco.com

(3) Stock Tidak Terhad

Bermaksud, pembeli emas boleh “beli” emas setiap masa. Bukan sahaja waktu harga emas tengah tinggi melambung, malah waktu harga jatuh menjunam pun orang boleh beli. Untuk platform Public Gold, kita boleh “beli & jual” emas setiap masa, hari cuti umum pun boleh buat urusan jual beli.

Harga emas Public Gold diupdate setiap 20minit, mengikut harga emas dunia (spot gold)

Harga emas Public Gold diupdate setiap 20minit, mengikut harga emas dunia (spot gold)

Platform yang disediakan PG membolehkan pelanggannya ‘lock’ harga emas untuk jual atau beli setiap masa, 24jam sehari. Harganya dah ditetapkan, dan di update setiap 20minit sekali mengikut harga emas semasa dunia. Sejak 2011 saya simpan emas, saya tak jumpa lagi, platform  jual beli emas yang paling fleksible selain platform yang disediakan oleh Public Gold.

Pengalaman mentor saya, beliau berkata ” memang harga emas Kijang Emas di Maybank murah dan susut nilai yang rendah. Tapi, cuba pergi beli, boleh beli ke tak boleh”. Untuk beli Kijang Emas di Maybank, kita perlu ke Maybank, tanya ada stock ke tak ada, kalau ada baru boleh beli, kalau stock tak ada, tak boleh lock harga (walau harga tengah murah), bila dah ada stock, baru boleh lock harganya. Ini setakat apa yang saya tahu dari mentor saya, Tuan Syukor Hashim.

Oleh itu, bagi saya Public Gold bukan sahaja menjual emas, namun ia menyediakan “platform” jual beli emas yang baik demi memudahkan orang ramai.

(4) Cawangan Jual Beli Banyak

“Kenapa perlunya cawangan jual beli banyak? Kita nak beli emas, bukan nak beli cawangan?😸” 

Ok, pentingnya cawangan yang banyak, untuk memudahkan urusan jual beli emas tu. Syarikat emas akan bayar emasnya balik dengan harga yang paling tinggi berbanding jual kepada syarikat lain. “Ejen Syarikat” tidak jamin untuk beli balik emas itu tadi.  Jika beli emas PG, bukan sahaja cawangan yang banyak di seluruh Malaysia, namun semua Pos Arrahnu Msia juga ibarat “cawangan” yang mewakili cawangan PG.

Perlu dingat :

Selalunya, nak beli emas sangat mudah, tanya sahaja ejen syarikat emas, mesti dia boleh dapatkan. Cuba cari ejen tu waktu nak jual balik, boleh tak dia tolong kita untuk jual balik emas dengan harga yang lebih tinggi?

Pos Arrahnu dan Public Gold

Jadi, simpan emas PG, kita akan rasa ‘peace of mind’, sangat mudah untuk buat urusan direct ke cawangan, kerana ada pegi mana2 ada branch PG dan Pos Arrahnu. Tak perlu cari ejen untuk bantu kita jual balik emas itu apabila diperlukan, terus boleh direct berurusan di cawanga Public Gold atau Pos Arrahnu berdekatan.

Nak kepastian, pergi Pos Arrahnu Malaysia berdekatan, tengok emas jenama apa yang mereka jual? HEHE

(5) Syarat Beli Balik Tidak Cerewet

Antara perkara biasa yang pembeli emas perlu tahu sebelum beli emas itu ialah tentang syarat syarikat penjual emas itu, untuk membeli balik emas jenamanya. Apabila nak beli emas, tanya dulu 3 soalan ni kepada ejen atau staff syarikat emas tersebut:

Seal koyak

+ Kalau emas tercalar? Adakah syarikat jamin beli balik pada harga tinggi?

+ Kalau hilang resit, apa risiko pembeli emas untuk jual apabila perlukan duit?

+ Kalau terkoyak seal, berapa susut nilainya, adakah lagi tinggi?

Jika, syarikat emas tidak dapat beli balik, kita terpaksa jual emas itu sebagai emas terpakai yang susut nilai tinggi 18%-30%!. Bila susut nilai yang tinggi, memang kita ada emas, tapi kita memakan masa yang lama untuk dapat untung apabila jual bali emas tersebut.

Setakat ni, kalau beli emas Public Gold, emas yang terkoyak seal Public Gold akan bayar dengan susut nilai sekitar 10% je, asalkan beratnya masih sama dengan asal.

 

Kritiria Tambahan : Pengalaman Saya Gadai Emas di Pos Arrahnu Tawau

Pengalaman saya jumpa dengan pembeli-pembeli emas wanita, apabila saya kongsikan tips bahawa ” Beli barang kemas (emas perhiasan) untuk simpanan jangka masa panjang untung, tapi beli goldbar (atau dinar) untuk simpanan jauh lebih untung kerana susut nilainya yang jauh lebih rendah”

Nak tahu apa respond mereka?

” Beli goldbar atau dinar tak laku di arrahnu, masa beli paket cantik2, bila nak gadai? Terpaksa tanggalkan semua sealnya”.

Ya, ini memang betul. Kalau nak gadai emas di kebanyakan Arrahnu, mereka akan koyak seal untuk test ketulinan emas tu dulu, baru mereka terima. Apa kesannya apabila seal dah dikoyakkan?

Apabila seal dah koyak ” Susut nilai emas itu naik 2kali ganda sehingga 30% , kerana kita terpaksa jual balik emas (goldbar atau dinar) sebagai used gold di kedai-kedai emas”

Gadai Emas di Pos Arrahnu

Pengalaman saya gadai emas di Pos Arrahnu Tawau, cepat dan mudah. Tak sampai 15minit dah dapat cash

Tapi, sekarang tak perlu lagi, beli emas Public Gold kita akan lebih peace of mind. Pos Arrahnu Malaysia yang ada di seluruh Malaysia menerima emas Public tanpa buka seal dan tanpa melalui ujian ketulinan. Woww, ini memberi banyak kelebihan jika beli jongkong emas Public Gold kerana ia bukan sahaja senang untuk beli, malah senang juga untuk di Arrahnukan.

Kesimpulan : Nilaikan Kritiria Secara Pakej

Inilah antara faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli mana-mana emas untuk simpanan dan pelaburan. Ciri emas pilihan yang terbaik bukan sahaja harga yang rendah, tapi ia datang secara pakej, supaya apabila sampai target simpanan emas kita nanti (untuk tukar kepada aset yang lebih besar seperti rumah atau tanah), urusan untuk jual baliknya mudah dan emas kita dibayar pada harga yang tinggi.

Jadi, nak beli emas untuk pelaburan atau simpanan, pilihlah emas jenama apa sekali pun, tapi berdasarkan 5 kritiria yang diatas sebagai indikator untuk membuat penilaian.

Wallhuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
5 June 2017
10 Ramadhan 1438

Emas Public Gold Diiktiraf LBMA. So What?

EMAS PUBLIC GOLD ADA COP LBMA. SO WHAT?

LBMA ( London Bullion Market Association) merupakan satu persatuan perdagangan antarabangsa yang mewakili pasaran emas dan perak London. Mereka menjaga standard emas dan perak antarabangsa  dan mengekalkan ‘Good Delevery’ list antarabangsa. Dalam erti kata lain, LBMA ini umpama cop SIRIM bagi barang-barang elektrik yang terjual di Malaysia, yang menjaga kualiti barangan elektrik yang terjual di Malaysia. Namun, LBMA menjaga kualiti emas dan perak diperingkat antarabangsa.

Jadi, kalau barang elektrik yang tiada cop SIRIM, berbaloikah kita beli? Sama juga emas yang tiada pengiktirafan LBMA, kalau kita betul-betul faham tentang kenapa pentingnya LBMA, semestinya ramai gold saver akan beralih kepada syarikat emas yang menjual emas LBMA.

Emas LBMA Bebas GST

Pada 1 April 2015, secara rasminya kerajaan Malaysia telah melaksanakan GST. Kerajaan juga telah senaraikan barangan yang bebas GST, antaranya adalah emas perdagangan. Emas yang berketulinan 99.5% keatas dan mendapat pengiktirafan LBMA dikecualikan GST. Namun, ramai pengeluar emas salah faham tentang ini, mereka ingat, semua emas 99.5% keatas adalah bebas GST.

Syarikat pengeluar emas tempatan yang satu-satunya mengeluar emas LBMA adalah Public Gold. Oleh itu, hampir semua emas Public Gold dikecualikan cukai GST kecuali Bunga Emas dan Taifook.

emas-pg

Jongkong Emas Public Gold yang bebas GST 6%

Kenapa pentingnya emas bebas GST? Sedangkan dealer Public Gold pun hanya menerima komisyen sebanyak 1-2% diatas setiap pembelian emas mereka, inikan pula GST sebanyak 6%.

Jadi, mana-mana pembeli emas, perlu faham bahawa jika susut nilai emas sebanyak 8% ditambahkan lagi GST 6%, justeru, pembeli emas perlu menunggu harga emas naik sebanyak 14% baru boleh mendapatkan balik modal asal ketika membeli emas. Walaubagaimanapun, jika membeli emas yang bebas GST, masa yang diambil untuk mendapat keuntungan akan menjadi lebih singkat.

Kelebihan dan Kekurangan Emas Public Gold LBMA

Justeru, apa yang dapat disimpulkan ini adalah, terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan emas LBMA seperti yang saya senaraikan seperti berikut:

Kelebihan Emas LBMA

  1. Pembeli emas jimat daripada membayar GST sebanyak 6%
  2. Emas LBMA mendapat pengiktirafan antarabangsa, jadi ia akan dapat jual di luar negara dengan harga yang lebih tinggi berbanding non LBMA
  3. Pembeli akan lebih yakin ketulinan emas LBMA kerana sudah ditapis di peringkat antarabangsa.

Kekurangan Emas LBMA

  1. Gold Premium lebih tinggi berbanding sebelum ini. Jika dulu mana-mana emas Public Gold yang dibeli di Penang Branch tiada Gold Premium, sekarang semua branch dikenakan Gold Premium kerana emas ini ditempah khas dari Turkey (Nadir Metal Association) yang merupakan pengeluar emas LBMA.
  2. Untuk pajak di Ar Rahnu, perlu buka seal dan menyebabkan susut nilai berkurang kepada 8%. Kecuali pajak emas di Pos Ar Rahnu, mereka menerima emas Public Gold tanpa dibuka seal.
  3. Emas LBMA berseal, kecuali 100gram Cast Bar, 200gram dan 1kg. Jadi, pembeli perlu buka seal untuk merasa feel sebenar pegang emas.

Kesimpulannya, inilah antara kelebihan dan kekurangan emas LBMA yang semua pembeli emas patut ambil tahu. Jadi, sebelum membeli emas untuk pelaburan, pilih yang terbaik kerana tersilap pilih jenama emas kita boleh rugi walau emas ada dalam tangan.

Wallhuaalam.

Hafiz
Tawau, Sabah
9 November 2016

Perbezaan Akaun Emas KFH dan GAP

Kebanyakan bank yang ada di Malaysia, ada menawarkan akaun emas untuk para pelabur. Namun, tidak semua yang membolehkan kita mengeluarkan emas fizikal. Dalam kata lain, kita hanya membeli emas dengan harga emas semasa, kalau harga emas naik, kita jual dan kita dapat untung. Namun, apabila harga emas turun, confirm kita rugi malah emas pun kita tidak dapat. Apa yang kita ada hanyalah nombor dan kertas. Kalau buka website mana-mana bank, dan tengok ada Gold Invesment Account (GIA), itulah pelaburan emas yang ditawarkan bank yang saya terangkan tadi.

GIA

GIA ialah akaun emas maya. Tak sama dengan GAP

Namun berbeza dengan akaun emas yang ditawarkan Public Gold, kita ada pilihan untuk  ambil emas fizikal atau  boleh juga simpan dalam akaun tersebut. Setakat ini, pesaing terdekat akaun emas Public Gold (GAP) adalah akaun emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House Malaysia (KFH). Konsepnya sama, namun dari sudut syarat-syaratnya berbeza. Oleh itu, saya akan terangkan satu per satu tentang syarat yang dikenakan oleh kedua-dua akaun emas tersebut.

Syarat-syarat Membuka Akaun Emas KFH

Akaun Emas Fizikal KFH

Akaun Emas Fizikal KFH

  1. Sebelum membuka akaun, kita perlu membuka akaun simpanan simpanan denganya terlebih dahulu dengan anggran kos RM25
  2. Kemudian, boleh membuka KFH Gold Account-i dengan minima pembelian 10gram emas
  3. Boleh keluarkan jongkong emas tersebut kalau mahu dengan minimum baki 2gram emas di dalam akaun
  4. Untuk tambahan emas, jumlah pembelian minimum mestilah 5gram.

Lain-lain Maklumat Tentang Akaun Emas KFH

  1. Syarat untuk jual balik emas KFH ialah seal tidak boleh dibuka, calar atau bengkok.
  2. Produk yang patuh syariah
  3. Harga emas murah kerana menggunakan emas 995
  4. Proses membuka akaun cepat dan mudah.
  5. Boleh menyimpan emas tanpa sebarang kos.
  6.  Spreadnya sederhana tinggi 6.3%
  7. Jual beli emas ketika waktu pejabat sahaja (9.30pagi-4.30petang)
  8. Disokong oleh 100% emas fizikal

Inilah antara syarat yang dikenakan oleh KFH berkaitan jual beli emas. Sekarang saya akan terangkan pula berkaitan akaun emas GAP Public Gold.

Syarat-syarat Membuka Akaun Emas GAP Public Gold

Akaun Emas Fizikal Public Gold GAP

Akaun Emas Fizikal Public Gold GAP

  1. Tidak perlu membuka akaun simpanan, kerana Public Gold bukannya bank (“,)
  2. Untuk buka akaun emas, hanya dengan minimum pembelian 1gram.
  3. Boleh keluarkan jongkong emas pada bila-bila masa kesemuanya dengan minimum baki 1gram untuk akaun GAP kekal aktif. Dikenakan cas RM50 jika ingin aktifkan semula akaun GAP.
  4. Untuk tambah emas, dengan hanya minimum pembelian 1gram.

Lain-lain Maklumat Tentang Public Gold GAP

  1. Public Gold terima emasnya yang terbuka seal, calar atau bengkong dengan susut nilai serendah 10%.
  2. Produk yang patuh syariah.
  3. Emasnya berketulinan 999 dan standard LBMA.
  4. Proses pendafataran akaun secara online dan mengambil masa maksima 2 hari bekerja untuk ‘verify’ payment.
  5. Boleh menyimpan emas tanpa sebarang kos dan tanpa ada had kuantiti dan masa.
  6. Spreadnya bergantung pada item emas, lebih berat emas, lebih rendah spread.
  7. Jual beli emas 24jam sehari
  8. Disokong oleh 100% emas fizikal.
  9. Boleh jual balik ‘buy back’ secara online dengan spreadnya 9% untuk 1gram.

Oleh itu, sekarang anda sudah faham apa syarat-syarat yang dikenakan oleh kedua-dua akaun emas ini. Jadi, apa yang saya nampak, kelebihan akaun emas KFH ada susut nilainya lebih rendah berbanding Public Gold GAP, namun dari segi syarat-syarat lain, GAP lebih senang berurusan dan kita akan lebih peace of mind.

Sekian, semoga sahabat-sahabat pembaca semua lebih faham dan boleh membuat pilihan dengan mudah untuk memulkan pelaburan emas dengan akaun-akaun emas yang ditawarkan di Malaysia ini.

Wallahuallam

p/s : Fakta-fakta ni saya berkongsi dari hasil pembacaan saya di buku “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas- En Syukor Hashim”

Hafiz
Tawau, Sabah
7 November 2016

 

GAP : Cara Paling Mudah Untuk Mula Simpan Emas

public-gold-gapSetakat pengalaman saya simpan emas sejak dari 2011, simpan emas fizikal melalui akaun emas fizikal Gold Accumulation Program (GAP) adalah cara paling mudah dan boleh dapat emas 1gram yang paling murah di Malaysia. Disaat saya menulis artikel ni, saya tak jumpa lagi kaedah lain untuk simpan emas semudah ni.

GAP ialah salah satu kaedah pembelian emas Public Gold melalui Akaun Emas yang disandarkan oleh 100% emas fizikal. Public Gold merupakan syarikat emas pertama di Malaysia yang melancarkan program seperti ini bagi memudahkan orang ramai membuat belian emas fizikal dengan modal serendah 1gram. Setakat ini, jongkong emas 1gram termurah di Malaysia adalah emas Public Gold dengan pembelian kaedah GAP.

Nak mudah faham macam mana boleh simpan emas dengan bajet minimum dengan lebih murah dan paling mudah di Malaysia setakat ni?

Download Ebook percuma tentang GAP ni di link –> Nota Akaun Emas GAP

Dengan kaedah GAP, kita boleh beli, simpan dan keluarkan emas fizikal dengan jumlah minimum 1gram. Ini adalah kaedah belian emas paling mudah di Malaysia buat masa ini. Antara keistimewaan GAP Public Gold (PG) adalah:

  1. Modal pembelian sekecil 1gram.
  2. Simpan emas secara percuma, tanpa had masa dan kuantiti.
  3. Boleh keluarkan emas fizikal dari mana-mana 18 cawangan PG.
  4. Boleh beli dan jual secara online sahaja.
  5. Harga emas 1 gram  paling murah di Malaysia dengan status LBMA.

Siapa yang akan dapat manfaat dari GAP?

GAP sangat sesuai untuk sesiapa yang:

  • Nak mulakan simpanan emas, tapi dalam bajet yang kecil

Sejak kebelakangan ini, ramai yang dah sedar tentang kelebihan simpan emas berbanding wang fiat. Namun, ada yang masih belum mampu untuk memulakan simpanan emas. Jadi, dengan kaedah GAP, golongan Mahasiswaa atau Pelajar juga boleh memulakan simpanan emas dengan bajet yang kecil.

  • Nak beli emas, tapi risau dengan risiko kena curi kalau simpan sendiri

Risiko pertama yang terlintas dalam fikiran terutama bagi yang baru bermula adalah risiko terhadap kehilangan emas itu sendiri. Dengan belian emas kaedah GAP, kita boleh simpan di dalam akaun emas tersebut tanpa ada had masa dan tanpa had kuanti.

  • Nak beli emas Public Gold, tetapi tinggal jauh dari cawangan Public Gold

Ini yang sangat bermanfaat bagi saya yang bekerja jauh dari office Public Gold. Walaupun kita tinggal di mana-mana sahaja, asalkan ada ‘data internet’, kita boleh konsisten menabung dengan emas setiap bulan, tanpa perlu ke office Public Gold. Jadi, untuk kawan-kawan yang di ‘oversea’, Public Gold sudah menyediakan platform yang terbaik untuk anda mula menabung dengan emas.

Cara Membuka Akaun GAP

(1) Buat Pembayaran

Harga Emas GAP

Harga Emas Gold Accumulation Program (24K), boleh cek di www.publicgold.com.my

Masukkan (atau online transfer) duit mengikut harga per gram seperti di berikut ke akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd, rujuk harga emas semasa dulu di www.publicgold.com.my

Maybank  : 5571 3923 8048 atau Public Bank : 3167 52 0833

Jika harga per gram RM187, masukkan duit cukup-cukup, jangan kurang atau jangan lebih supaya jumlah gram dalam GAP Statement nanti genap 1gram, tiada lagi titik perpuluhan. Contohnya, kalau nak beli 3 gram, masukkan RM561( RM187 x 3).

(2) Hantar Maklumat

Format wassap buka GAP

Contoh format untuk wassap maklumat pembayaran

Hantar (Wassap) maklumat ke +6017-486 6916 (Public Gold bahagian GAP). Maklumat yang diperlukan ialah:

  1. Maklumat Diri (Nama, IC, No Hp & Email)
  2. Maklumat Pembayaran (Jumlah, Tarikh & Masa)
  3. Introducer (PG00054635, Mohamad Hafiz b Shafie)

Boleh ikut ‘format’ seperti gambar di atas dan ‘snap’ sekali bukti pembayaran.

 

(3) Login Website

Contoh GAP Statement

Cara dapatkan paparan in : Login > My GAP > GAP Statement

Public Gold akan emailkan ‘username‘ untuk login website dan cek GAP statement dalam masa 2 hari bekerja. Sebagai permulaan, guna 12 digit IC sebagai ‘password’

Hubungi saya segera jika belum dapat apa-apa maklum balas dari Public Gold selepas 2 hari bekerja, untuk saya follow up balik dengan Public Gold.

 

(4) Ambil Emas

gold-premium

Kadar Gold Premium, ia berbeza antara semenanjunf dan Sabah Sarawak

Datang ke mana-mana cawangan Public Gold dengan membawa IC dan wang secukupnya untuk membayar cas gold premium. Anda hanya perlu bayar cas tersebut seperti jadual di atas untuk mendapatkan item emas yang dipilih

Untuk lebih mudah, call dulu office Public Gold sebelum datang untuk ambil emas supaya staff Public Gold boleh prepare awal-awal item yang anda mahu.

Sebarang permasaalahan berkaitan GAP Public Gold, boleh hubungi saya (wassap/call/sms) di +6014 500 5090.

Now Everyone Can Buy Gold

Jadi, setakat ini, sesiapa yang masih risau untuk memulakan simpanan dengan emas, dengan GAP adalah yang terbaik untuk bermula. Segala masalah seperti takut emas hilang dan jauh dari branch PG, dengan kaedah GAP ia dapat diatasi dengan mudah. Memang betul misi besar Public Gold iaitu untuk memberi kemudahan kepada orang ramai di seluruh dunia supaya boleh menyimpan emas dengan mudah.

Saya tinggal di Tawau Sabah, saya lebih suka beli emas melaui akaun emas GAP kerana setakat ni branch terdekat dari Tawau ialah di Kota Kinabalu. Jadi, dengan cara GAP, bila saya ke KK, saya boleh ambil emas saya, bila saya ada kerja di KL, saya boleh ambil emas saya, dan bila saya balik kampung pun, saya boleh ambil saya di Kota Bharu. Sangat mudah kan?

Wallahua’lam

 

Hafiz
Tawau, Sabah
25 Sept 2016