4 Cara Beli Emas Public Gold – Pilih Yang Paling Selesa

Emas-public-gold-2017-

Mudahnya beli emas Public Gold. Semuanya boleh uruskan sendiri 100%, tak perlu bergantung kepada “dealer”.  Dealer diperlukan  hanya untuk “guidence” semasa untuk mula je. Setakat saya mula simpan emas dari tahun 2011 sampai sekarang ni, saya rasa tak ada syarikat emas yang bersaing dengan Public Gold, yang ada hanya follower je.

Nak beli emas jongkong emas (dan dinar) Public Gold ada banyak cara. Saya tinggal di Tawau, cawangan Public Gold terdekat hanya di Kota Kinabalu, jaraknya lebih 700km, tapi saya masih boleh konsisten simpan emas setiap bulan dengan menggunakan platform yang Public Gold sediakan. Kawan sekolah saya belajar dan bekerja di Jepun, pun boleh beli emas Public Gold. Pendek kata, duduk mana-mana di dunia ni, asalkan ada internet, boleh beli emas Public Gold 24jam sehari dengan mudah.

Okey, ni saya kongsikan 4 cara mudah beli emas Public Gold, setiap orang lain situasi, perlukan lain caranya, pilihlah cara mana yang paling selesa.

(1) Cash and Carry

Ada orang tak suka buat urusan secara online. Kebanyakan yang saya jumpa, pembeli emas yang sudah berumur lebih suka beli secara cash and carry. Jadi, bila disituasi macam ni, saya bagitau mereka ” Pergi je mana-mana cawangan Public Gold yang berdekatan, bawak cash secukupnya, bagi duit dan dapat emas”

Waktu di cawangan, staff akan tanya ‘ Siapa Introducer atau Kod PG Introducer?’. Jadi, bagitahu Kod PG saya PG00054635 untuk mendapat bimbingan dari saya selepas buat pembelian. Kaedah pembelian emas ni sama macam beli emas di kedai emas.

[Tips] Sebelum datang branch, call dulu branch yang kita nak pergi tu untuk tahu, available tak stock yang kita nak tu. Kalau belum available, staff PG akan lock (atau reserve) stock yang kita nak, nanti dah sampai di branch, staff PG akan call dan kita boleh ke branch untuk ambil emas tu tadi.

(2) Order Online 

Pengalaman-ambil- emas-di- Pos Arrahnu - Tawau

Saya dah kongsi pengalaman saya di facebook, ambil emas di Pos Arrahnu Tawau pada January 2017

Ni cara seterusnya, bagi yang lebih selesa cara online, saya syorkan guna cara ni “Order secara online di website Public Gold, dan ambil emas tu di mana-mana je, sama ada di 18 cawangan PG atau di lebih 75 cawangan Pos Arrahnu di Malaysia”.

Nak tahu cara order emas Public Gold secara online, boleh download tutorial yang saya sediakan di link ni –> Tutorial Beli Emas Public Gold

[Tips] Untuk kaedah order online ni, nak suruh dealer yang buatkan juga boleh, dealer tolong submit order je, lepastu segala urusan bayar dan ambil emas, kita buat sendiri. Saya juga seorang dealer Public Gold yang aktif, kalau nak suruh saya buatkan, wassap saya di +6014-500 5090 atau klik –> Wassap Hafiz

(3) Ansuran Patuh Syariah (EPP)

Antara item yang sesuai untuk beli cara EPP

Antara item yang sesuai untuk beli cara EPP

Beli emas secara ansuran yang patuh shariah. 4 kali bayar atau 10 kali bayar (bagi item 100g ke atas). Habis bayar baru datang collect emas. Ini cara terbaik beli emas pada masa depan pada harga hari ni.

Biasanya beli emas PG guna cara ni ialah beli emas yang item besar, 100gram ke atas supaya lebih jimat. Beza EPP dengan Order Online hanya lah kaedah pembayara.

[Tips] Cara paling mudah untuk beli emas EPP ialah, call cawangan Public Gold yang kita nak ambil emas tu, bagitau staff untuk tolong lockkan apa item yang kita mahu, staff akan minta maklumat peribadi kita dan Kod PG Introducer, seperti biasa bagitahu staff Kod PG saya PG00054635 kalau nak dapat bimbingan dari saya selepas buat pembelian atau nak minta saya bantu follow up dengan staff selepas buat ‘booking’.

(4) Akaun Emas Fizikal GAP

GAP

Harga emas GAP, boleh cek di www.publicgold.com.my

Ada kawan saya yang nak simpan emas sikit-sikit  setiap bulan, tapi takut nak simpan emas sendiri dirumah. Kalau yang kes macam ni, satu cara je saya recomend, ” Beli emas melalui akaun emas fizikal GAP Public Gold “. Ini lah cara paling mudah kalau nak simpan emas 1gram 1bulan macam saya, tapi risau nak simpan sendiri.

Selain itu, ada juga seorang Cikgu yang saya jumpa di Pos Arrahnu Tawau, setiap bulan dia beli emas di sana at least 1gram. Saya perkenalkan pada beliau ” Kalau Cikgu nak jimat beli emas 1gram, Cikgu beli dan simpan emas melalui akaun emas GAP”. Saya minta no fon, dan terus saya share Nota Emas GAP, esok lusa terus mahu beli dengan GAP, dengan cara GAP kita boleh dapat emas 1gram yang sama, tapi dengan harga yang jauh lebih murah.

[Tips] Download Nota Emas GAP kalau nak tahu lebih lanjut.

Konklusi : Pilih Yang Mana Paling Selesa

Saya tinggal di Tawau, cawangan terdekat hanya di KK (700km dari Tawau), jadi saya lebih suka beli emas dengan cara akaun emas GAP kerana, bila saya pergi KK, saya boleh ambil emas saya, bila saya ada urusan di mana-mana seluruh Msia, saya boleh ambil emas saya, bila saya balik kampung saya di Pasir Mas, Kelantan, saya boleh ambil emas di Kota Bharu. Mudah ke senang beli emas cara GAP? HEHE

Ikut situasi saya, saya dengan GAP lah cara paling selesa. Korang pulak macam mana? Apa yang penting, ikut situasi masing-masing.

 

Hafiz Shafie
Tawau, Sabah
15 Julai 2017

7 Kelebihan Utama Emas Public Gold

Public-Gold-Logo

Saya simpan emas sejak dari tahun 2011, sejak tahun pertama di Universiti Tekonologi Malaysia (UTM). Pada masa tu, saya juga pernah hadiri beberapa seminar tentang emas yang dianjurkan di UTM oleh syarikat emas tempatan (bukan Public Gold).

Masa semester ke-7, saya tertarik untuk menjadi ejen syarikat itu, saya namakan syarikat itu sebagai  Syarikat Emas X. Sebelum mendaftarkan diri sebagai ejen Syarikat X, dengan bayaran yuran ejen sebanyak RM1000, saya terlebih dahulu buat kajian tentang Syarikat Emas X dan banyak bersoal jawab dengan ejen X. Pada masa tu, saya dapat ilmu baru iaitu untuk beli mana-mana emas pelaburan dan simpanan, pembeli emas perlu tahu dan kaji dulu 5 kritiria emas ini untuk mendapat keuntungan maksimum.

Selepas buat kajian beberapa syarikat emas, ternyata emas Public Gold berada dicarta pertama pilihan 5 kritira emas. Akhirnya, saya pilih Public Gold niat asal untuk jadi ejen syarikat X terbatal. Apa yang saya dapati, emas Public Gold mempunyai banyak kelebihan dari beli emas jenama lain, dan di bawah ni saya senaraikan 7 kelebihan utama emas Public Gold, yang mungkin tidak ada pada syarikat emas lain di Malaysia ni.

 

#1 Harga Yang Lebih Murah Dari Kedai Emas atau Bank.

Berikut ialah senarai website untuk cek harga emas yang dijual di Malaysia.  Anda boleh buat perbandingan sendiri tentang harga emas yang dijual di Malaysia di link di bawah :

  1. Public Gold
  2. Power Gold
  3. Gold Silver Resource
  4. Maybank
  5. KFH

Untuk beli emas Public Gold 1gram dengan harga jimat, anda boleh beli emas dengan kaedah GAP. Bukan sahaja yang paling rendah, malah design emas 1gram Public Gold juga banyak yang comel-comel. Nak tahu apa itu GAP, download –> Nota Akaun Emas GAP

#2 Emas Berkualiti Antarabangsa

Nadir-Metal-Refinery

Pengilang Emas yang mendapat pengiktirafan LBMA

Emas Public Gold dikilangkan oleh Nadir Metal Refinery, pengilang berstatus LBMA Good Delivery. Maksudnya, emas Public Gold laku di mana-mana seluruh dunia kerana emasnya di iktiraf LBMA.

Kalau di Malaysia, sejak GST dimulakan, hanya emas pelaburan yang berketulinan 995 dan keatas dan berstatus LBMA sahaja dikecualikan GST. Emas Public Gold juga berstatus Investment Precious Metak (IPM) kerana dikeluarkan oleh pengilang emas berstatus ‘London Good Delivery’.

Status ini membolehkan semua produk Public Gold TIDAK dikenakan GST. Anda jimat 6%

#3 Susut Nilai Emas Yang Sangat Rendah Walaupun Emas Yang Rosak

spread-susut-nilai-emas-public-gold-2017

Spread emas Public Gold, maksmum hanya 9%

 

Susut nilai ialah perbezaan harga jual dan harga beli emas tersebut. Susut nilai emas Public Gold adalah antara 6% sehingga 9% sahaja. Jadi, jika harga emas menaik lebih 9%, bermakna kita sudah boleh jual dan memperoleh keuntungan  dari segi RM. Jika susut nilai lebih tinggi, bermaksud kita perlu ambil masa yang lama untuk peroleh keuntungan apabila kita nak jual emas tu.

Emas-public-gold-kemek-calar

Walau emas yang kemek macam ni, Public Gold terima dengan susut nilai 10%

Namun, jika emas tersebut calar, goris atau bengkok seperti di atas, Public Gold tetap akan membeli balik emas tersebut, namun pada susut nilai lebih tinggi sedikit (sekitar 10%). Sebagai perbandingan, jika anda membeli emas daripada bank, risiko yang sangat besar yang anda hadapi adalah bank tidak akan membeli balik emas mereka jika ada kesan calar, goris atau bengkok.

#4  Keupayaan Beli Balik Dengan Jumlah Yang Besar

Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas mereka bila-bila  masa mengikut harga PG Buy. Buat masa sekarang, Public Gold pernah membeli balik emasnya dengan berharga RM8juta sekali gus, dapat membayar dalam masa dua hari jer. Kebanyakan syarikat emas senang untuk jual emas, tapi ada masalah untuk beli balik emasnya sendiri kerana tidak mempunya dana yang cukup untuk bayar balik emas tersebut.

jualan-balik-emas-Public-Gold-secara-besar-besaran

Pengalaman jual emas dengan jumlah yang besar

Pengalaman Ustaz Khairul jual emas Public Gold dalam jumlah yang besar. Rekod terbesar Public Gold buat buy back ialah sebanyak RM8juta sekali gus dan Public Gold bayar kepada orang yang jual emas tu dalam masa 2 hari bekerja sahaja.

#5 Emas Public Gold Sangat Mesra Arrahnu

Jika anda pajak emas di Pos Arrahnu Malaysia, emas anda tidak perlu dibuka seal. Pos Arrahnu akan terima emas Public Gold tanpa menjalani ujian ketulinan. Ni pengalaman saya sendiri, pergi ke Pos Arrahnu Tawau untuk pajak emas. Tak sampai 15 minit dah boleh dapat cash.

Pajak Emas Pos Arrahnu Tawau

Buat masa ni, semakin banyak arrahnu yang menerima emas Public Gold tanpa membuka seal. Boleh rujuk artikel guru emas saya DISINI.

#6 Cawangan Public Gold Ada Di Seluruh Malaysia

Mudahnya simpan emas Public Gold, kita tak perlu cari ejen untuk urusan jual beli emas. Kita hanya perlu berurusan terus dengan staff Public Gold, jika ada apa-apa keraguan barulah kita mintak dealer untuk bantu kita follow up dengan staff Public Gold kerana dealer ialah umpama ibu bapa (orang yang berpengalaman) kita dalam jual beli emas PG.

pejabat-office-cawangan-public-gold-2017

Ada 18 cawangan di Malaysia dan Singapore. Di Brunei dalam proses untuk buka branch, dijangka September 2017

Sata tinggal di Tawau Sabah, kalau saya pergi KK boleh ambil emas saya, kalau saya balik kampung saya di Kelantan pun saya boleh buat urusan dengan Public Gold juga, mudah kan? Saya tak perlu bergantung kepada dealer saya. Saya cuma perlu mendapat guide je dari dealer tentang cara mana yang paling mudah untuk jual atau beli emas.

Nak tahu mana cawangan Public Gold yang berdekatan dengan anda? Boleh tengok DISINI, datang je di branch yang mana-mana, dan bagitau staff Public Gold nama saya “Hafiz- PG00054635” sebagai introducer, supaya senang untuk saya follow up jika perlu, atau untuk mendapat guide dari saya secara terus

#7 Boleh Jual Beli Emas Secara Online 24 jam.

Sistem jual beli emas Public Gold dijalankan 24jam. Kita boleh lock harga dan order emas bila-bila masa secara online. Pergi di cawangan hanya untuk berurusan ambil atau bagi emas je. Mudah kan? Jadi, ia menjimatkan masa kita untuk berurusan di branch. Order siap-siap di website, bila emas kita dah ready, staff akan inform dan pergi ambil terus di cawangan yang berdekatan.

Order 24jam

Untuk beli emas dengan cara Gold Accumulation Program (GAP), harganya berubah setiap jam 12tgh malam. Manakala, untuk beli emas dengan cara biasa, harga emas berubah setiap 20minit, ikut harga emas dunia.  Nak tahu apa itu GAP, download Ebook GAP –>Ebook Nota Emas GAP. Nak tahu cara lock harga dengan cara non GAP, boleh tengok tutorialnya di ebook yang saya tulis ni –> Cara Beli Emas Non GAP

Kesimpulan

Inilah antara sebab kenapa saya pilih emas Public Gold, sebelum ni saya sendiri merancang untuk jadi dealer syarikat emas X, namun selepas buat beberapa kajian, saya rasa simpan emas Public Gold lebih ‘peace of mind’. Saya berani cakap, kalau di Malaysia ni orang nak simpan emas, tapi tak kenal Public Gold, dia rugi!

Wallahuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
17 Jun 2017
22 Ramadhan 1438H

Impak Besar Konsisten Walau 1 Gram 1 Bulan

Anda ingat kisah arnab berlumba dengan kura-kura? Di akhir perlumbaan, kura-kura menang kerana berjalan dengan konsisten. Arnab laju tapi tidur. Ini kisah teladan yang sangat hebat. Ia menceritakan kepada kita kehebatan bertindak secara konsisten. Sama juga dalam kewangan, ramai sahabat-sahabat saya yang tanya, apa untungnya simpan emas? Kalau beli sekarang, esok boleh jual dengan harga lebih tinggi ke?
KonsistenPernah sekali dulu saya ditanya oleh seorang sahabat ” Aku ada duit RM10k sekarang, pelaburan apa yang paling cepat untuk aku dapat beranakkan duit yang aku ada RM10k ni, hasil pembahagian harta pusaka peninggalan arwah ayah”. Saya diam je, sebab pada masa tu saya masih baru bermula lagi untuk membaca buku-buku kewangan, namun pada ketika itu, saya dah hampir 3 tahun konsisten 1 semester beli 1 dinar untuk simpanan sebaik sahaja habis bergelar mahasiswa.

Tak lama lepas tu, saya dapat tahu, akibat nak ‘untung cepat’, beliau dah melebur RM10k ke dalam skim pelaburan emas ETA. Akhir sekali, duit lesap, emas tak dapat. Namun, saya sampai sekarang jumlah emas bertambah walau hanya 1gram 1bulan.

Teknik Untuk Kekal Konsisten

Teknik simpan emas 1 gram satu bulan sangat berkuasa kerana ia melatih anda menyimpan dengan konsisten dan berdisiplin. Cara-cara nya  adalah seperti berikut :

  1. Pasang niat yang jelas. Anda niatkan simpan emas 1 gram sebulan sebagai ‘forgotten saving’ (simpanan untuk dilupakan). Gunakan kemudahan GAP untuk membuat simpanan emas.
  2. Setiap kali dapat gaji, maka anda terus beli 1 gram emas. Tak perlu tengok harga. Beli 1 gram dan lupakan.
  3. Sekiranya budget anda agak ketat pada bulan, ikhtiarkan juga simpan 1 gram bulan itu. Jangan berhenti walaupun ada masalah. Fikir.
  4. Kalau ada rezeki lebih seperti bonus, BRIM atau elaun, anda boleh beli lebih gram. Tips! Seelok-eloknya 50% daripada duit durian runtuh anda gunakan untuk membeli dan menyimpan emas.
  5. Jika anda berminat untuk melihat hasil simpanan emas ini, anda boleh keluarkan emas fizikal daripada akaun GAP anda dan simpan sendiri.

Kisah Sebenar Impak Besar 1 Gram 1 Bulan

Saya ingin berkongsi cerita sebenar, bagaimana Kak Ita, seorang guru, yang juga seorang ibu, menyimpan emas 1 gram setiap bulan secara konsisten sebagai tabungan anaknya. Bagi kak Ita, simpanan emas adalah simpanan yang terbaik untuk jangka masa panjang. Dengan menyimpan emas secara konsisten, kak Ita mendapat 5 kelebihan. Anda boleh baca 5 kelebihan tersebut di dalam laporan di bawah.

Laporan : Kesan Besar Kak Ita Konsisten 1 Gram 1 Bulan

Kesimpulan

Mana-mana pelaburan yang wujud semestinya ada yang dapat kutip hasil yang lumayan dan ada yang tak memperoleh keuntungan pun walau 1 sen. Apa yang paling penting sebelum humban duit dalam mana-mana pelaburan ialah ilmu, jika sudah letak ILMU di depan dan sudah faham, barulah teruskan.

Sama juga dengan emas, sudah faham sedikit sebanyak dengan simpanan emas, terus mulakan 1gram pertama, lepas tu baru bertindakan secara disiplin dan konsisten. Akhir sekali, akibat bertindak secara konsisten, kita dapat menikmati keuntungan yang tak disangka-sangka. InsyaAllah

Wallahuallam

 

Hafiz
Tawau, Sabah
12 Jun 2017
17 Ramadhan 1438

Teknik Menyimpan 5gram (RM1100) Dengan Pantas

Teknik ini akan ‘memaksa’ diri saya untuk menyimpan emas di dalam mod “pantas”. Saya target untuk mendapat sekeping emas 5 gram yang cantik ni yang bernilai RM1100 dalam masa 5 bulan je. Tengok gambar emas 5 gram kat bawah.

5 gram

5gram Public Gold LBMA

Bagi yang sudah berkeluarga macam saya, untuk simpan RM1000 dalam masa 5bulan merupakan cabaran yang besar, simpan duit sikit-sikit, akhir sekali korek balik kalau tak betul rancang belanja bulanan . Namun simpan emas 5gram dalam masa 5 bulan, saya rasa biasa-biasa je. Nak tahu macam mana teknik yang saya lakukan, kuatkan semangat untuk pelajari teknik mudah ini sampai habis. (“,)

Langkah 1 : Fokus & Lupa

  1. Anda perlu buka akaun GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold dengan nilai permulaan 1 gram (kalau lebih pun tak apa, asalkan dengan gandaan 1 gram).
  1. Kenapa anda perlu menggunakan GAP? Sebab GAP membolehkan anda membeli emas serendah 1 gram dengan harga murah. Jika anda tidak tahu Public Gold GAP, sila download maklumatnya di sini : Nota Akaun Emas GAP
  1. Anda FOKUS untuk top-up akaun GAP anda sebanyak 5 gram secepat mungkin. Jangan terpengaruh dengan harga emas semasa. FOKUS anda adalah untuk mengejar gram emas.
  1. Anda boleh buat jadual simpanan seperti di bawah. Ini membolehkan anda boleh memantau prestasi simpanan dengan mudah!
GAP Gram 1 Gram 2 Gram 3 Gram 4 Gram 5 Success!
1 gram asas. (kena simpan) Yes! dapat 5g satu!

Langkah 2 : Dapat & Simpan

  1. Selepas cukup 5 gram ini, anda terus keluarkan jongkong emas 5 gram daripada akaun GAP anda. (p/s: Memandangkan anda kena tinggalkan baki 1 gram dalam akaun GAP untuk akaun kekal aktif, jumlah emas yang perlu ada di dalam akaun GAP anda adalah 6 gram).
  1. Kalau yang sudah bekerja, selalu adakan duit ‘claim’ bulanan? Haaa, apa lagi duit ‘claim’ ialah duit tambahan simpanan, bukan duit tambahan berbelanja, kan nak fokus simpanan masa depan.Senang aja nak keluarkan emas fizikal, anda cuma perlu telefon pejabat Public Gold berhampiran dan request untuk keluarkan emas 5gram.
  1. Jongkong emas 5 gram ini kemudiannya MESTI diletakkan dalam beg duit anda (seperti gambar di bawah).dompet-emas
  1. Bayangkan aura emas 5 gram dalam wallet anda. Fuh! Terasa keseronokannya. Bila anda simpan emas dalam beg duit, senang untuk anda tengok emas ini dengan kerap.
  1. Emas yang anda selalu tengok akan mempengaruhi minda di bawah sedar. Anda akan rasa seronok dan bermotivasi lagi untuk mengejar banyak emas 5 gram.
  1. Emas 5 gram lebih mudah nak kejar berbanding emas yang lebih besar. Jadi anda lebih bermotivasi. Ia ibarat kejayaan kecil yang senang.
  1. Anda ulangi teknik ini untuk mendapatkan 5 gram kedua, ketiga… keempat dan seterusnya. Anda boleh simpan kepingan kedua, ketiga dan seterusnya di dalam gold card.
  1. Cubalah amalkan teknik ini secepat mungkin. Anda mungkin terkejut dengan kemampuan anda mengumpul emas.

Alhamdulillah, sudah berjaya faham konsep PAKSA dan LUPA dalam membuat simpan. Jadi, bila sudah ada ilmu, apa tunggu lagi? BERTINDAK SEKARANG!!

” Berfikir dan merancang selama 1000 tahun, lebih baik bertindak dalam masa satu hari”

Wallhuallam

p/s : Artikel ini diadaptasi dari artikel yang ditulis oleh mentor saya, dan diambil dengan kebenaran beliau.

Hafiz
Tawau, Sabah
10 Jun 2017
15 Ramadhan 1438

 

5 Kritiria Emas Terbaik Untuk Pelaburan

Emas-Pelaburan-Terbaik

Nak beli emas untuk pelaburan perlu pilih betul-betul, ia tak sama dengan nak beli barang kemas. Kalau nak beli barang kemas, asalkan rasa cantik boleh terus beli. Manakala, nak beli emas untuk pelaburan, perlu pilih mengikut kritiria-kritiria yang betul. Nasihat Mentor Wang Malaysia, Tuan Azizi Ali tentang emas yang paling penting  ialah  “jika tersalah pilih emas, walaupun emas ada di tangan, kita juga boleh rugi”.

Barang kemas (emas perhiasan) tak sesuai untuk pelaburan, kerana harganya yang mahal dan susut nilainya yang sangat tunggi. Emas pelaburan hanya sesuai dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas sahaja. Berdasarkan apa yang saya faham dari buku-buku tentang emas, terdapat 5 kritiria penting yang perlu kita teliti untuk memilih emas untuk pelaburan. Tak kisah lah emas tu jenama apa sekali pun, tapi sebelum beli mesti nilai 5 kritiria ini secara pakej.

(1)  Susut Nilai atau Spread Yang Rendah

Semakin rendah spread, semakin cepat masa yang diambil untuk dapat untung apabila jual balik emas tu pada syarikat emas tadi. Susut nilai bermaksud berbezaan diantara harga belian dan harga jualan emas oleh syarikat emas tersebut.  Ni contoh pengiraaan susut nilai  bagi emas Public Gold :

Perbezaan harga jual (PG Sell) dan harga beli (PG Buy) ialah susut nilainya

Perbezaan harga jual (PG Sell) dan harga beli (PG Buy) emas Public Gold

Contoh pengiraan spread emas 10gram LBMA Public Gold

Contoh pengiraan spread emas 10gram LBMA Public Gold

Untuk emas Public Gold, susut nilai paling tinggi ialah 9.0%, semakin besar item emas, semakin kecil susut nilainya. Susut nilai maksimum yang sesuai untuk membeli emas pelaburan ialah hanyalah 10%. Kalau jumpa mana-mana emas yang susut nilainya lebih tinggi dari tu, lebih baik tinggalkan je, banyak lagi emas jenama lain yang susut nilainya lebih rendah.

(2) Harga Emas per Gram Yang Rendah

GAP

Harga emas GAP, boleh cek di www.publicgold.com.my

Harga emas per gram yang rendah bermaksud, nilai bersih harga emas per gram termasuk kos-kos berkaitan, bagi mendapat emas fizikal tersebut. Kat bawah ni saya tunjukan contoh, macam mana pengiraannya untuk mendapatkan emas 5 gram Public Gold (LBMA & 24K) dengan melalui akaun emas GAP, rujuk harga emas seperti di atas iaitu RM815/gram:

Contoh Pengiraan:

5gram (RM185 × 5) = RM925
+ Gold Premium RM5, jadi TOTAL RM930

Harga per gram RM930/5 = RM186/gram

Jadi, sebelum beli mana-mana emas, pilih dulu beberapa company emas yg ada di Malaysia, rujuk website mereka untuk cek harga, dan baru beli kalau rasa harga emas tu paling murah. Harga emas per gram rendah jika kita banding dengan harga emas mentah dunia, boleh check harga emas mentah dunia di www.goldprice.org  dan juga www.kitco.com

(3) Stock Tidak Terhad

Bermaksud, pembeli emas boleh “beli” emas setiap masa. Bukan sahaja waktu harga emas tengah tinggi melambung, malah waktu harga jatuh menjunam pun orang boleh beli. Untuk platform Public Gold, kita boleh “beli & jual” emas setiap masa, hari cuti umum pun boleh buat urusan jual beli.

Harga emas Public Gold diupdate setiap 20minit, mengikut harga emas dunia (spot gold)

Harga emas Public Gold diupdate setiap 20minit, mengikut harga emas dunia (spot gold)

Platform yang disediakan PG membolehkan pelanggannya ‘lock’ harga emas untuk jual atau beli setiap masa, 24jam sehari. Harganya dah ditetapkan, dan di update setiap 20minit sekali mengikut harga emas semasa dunia. Sejak 2011 saya simpan emas, saya tak jumpa lagi, platform  jual beli emas yang paling fleksible selain platform yang disediakan oleh Public Gold.

Pengalaman mentor saya, beliau berkata ” memang harga emas Kijang Emas di Maybank murah dan susut nilai yang rendah. Tapi, cuba pergi beli, boleh beli ke tak boleh”. Untuk beli Kijang Emas di Maybank, kita perlu ke Maybank, tanya ada stock ke tak ada, kalau ada baru boleh beli, kalau stock tak ada, tak boleh lock harga (walau harga tengah murah), bila dah ada stock, baru boleh lock harganya. Ini setakat apa yang saya tahu dari mentor saya, Tuan Syukor Hashim.

Oleh itu, bagi saya Public Gold bukan sahaja menjual emas, namun ia menyediakan “platform” jual beli emas yang baik demi memudahkan orang ramai.

(4) Cawangan Jual Beli Banyak

“Kenapa perlunya cawangan jual beli banyak? Kita nak beli emas, bukan nak beli cawangan?😸” 

Ok, pentingnya cawangan yang banyak, untuk memudahkan urusan jual beli emas tu. Syarikat emas akan bayar emasnya balik dengan harga yang paling tinggi berbanding jual kepada syarikat lain. “Ejen Syarikat” tidak jamin untuk beli balik emas itu tadi.  Jika beli emas PG, bukan sahaja cawangan yang banyak di seluruh Malaysia, namun semua Pos Arrahnu Msia juga ibarat “cawangan” yang mewakili cawangan PG.

Perlu dingat :

Selalunya, nak beli emas sangat mudah, tanya sahaja ejen syarikat emas, mesti dia boleh dapatkan. Cuba cari ejen tu waktu nak jual balik, boleh tak dia tolong kita untuk jual balik emas dengan harga yang lebih tinggi?

Pos Arrahnu dan Public Gold

Jadi, simpan emas PG, kita akan rasa ‘peace of mind’, sangat mudah untuk buat urusan direct ke cawangan, kerana ada pegi mana2 ada branch PG dan Pos Arrahnu. Tak perlu cari ejen untuk bantu kita jual balik emas itu apabila diperlukan, terus boleh direct berurusan di cawanga Public Gold atau Pos Arrahnu berdekatan.

Nak kepastian, pergi Pos Arrahnu Malaysia berdekatan, tengok emas jenama apa yang mereka jual? HEHE

(5) Syarat Beli Balik Tidak Cerewet

Antara perkara biasa yang pembeli emas perlu tahu sebelum beli emas itu ialah tentang syarat syarikat penjual emas itu, untuk membeli balik emas jenamanya. Apabila nak beli emas, tanya dulu 3 soalan ni kepada ejen atau staff syarikat emas tersebut:

Seal koyak

+ Kalau emas tercalar? Adakah syarikat jamin beli balik pada harga tinggi?

+ Kalau hilang resit, apa risiko pembeli emas untuk jual apabila perlukan duit?

+ Kalau terkoyak seal, berapa susut nilainya, adakah lagi tinggi?

Jika, syarikat emas tidak dapat beli balik, kita terpaksa jual emas itu sebagai emas terpakai yang susut nilai tinggi 18%-30%!. Bila susut nilai yang tinggi, memang kita ada emas, tapi kita memakan masa yang lama untuk dapat untung apabila jual bali emas tersebut.

Setakat ni, kalau beli emas Public Gold, emas yang terkoyak seal Public Gold akan bayar dengan susut nilai sekitar 10% je, asalkan beratnya masih sama dengan asal.

 

Kritiria Tambahan : Pengalaman Saya Gadai Emas di Pos Arrahnu Tawau

Pengalaman saya jumpa dengan pembeli-pembeli emas wanita, apabila saya kongsikan tips bahawa ” Beli barang kemas (emas perhiasan) untuk simpanan jangka masa panjang untung, tapi beli goldbar (atau dinar) untuk simpanan jauh lebih untung kerana susut nilainya yang jauh lebih rendah”

Nak tahu apa respond mereka?

” Beli goldbar atau dinar tak laku di arrahnu, masa beli paket cantik2, bila nak gadai? Terpaksa tanggalkan semua sealnya”.

Ya, ini memang betul. Kalau nak gadai emas di kebanyakan Arrahnu, mereka akan koyak seal untuk test ketulinan emas tu dulu, baru mereka terima. Apa kesannya apabila seal dah dikoyakkan?

Apabila seal dah koyak ” Susut nilai emas itu naik 2kali ganda sehingga 30% , kerana kita terpaksa jual balik emas (goldbar atau dinar) sebagai used gold di kedai-kedai emas”

Gadai Emas di Pos Arrahnu

Pengalaman saya gadai emas di Pos Arrahnu Tawau, cepat dan mudah. Tak sampai 15minit dah dapat cash

Tapi, sekarang tak perlu lagi, beli emas Public Gold kita akan lebih peace of mind. Pos Arrahnu Malaysia yang ada di seluruh Malaysia menerima emas Public tanpa buka seal dan tanpa melalui ujian ketulinan. Woww, ini memberi banyak kelebihan jika beli jongkong emas Public Gold kerana ia bukan sahaja senang untuk beli, malah senang juga untuk di Arrahnukan.

Kesimpulan : Nilaikan Kritiria Secara Pakej

Inilah antara faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli mana-mana emas untuk simpanan dan pelaburan. Ciri emas pilihan yang terbaik bukan sahaja harga yang rendah, tapi ia datang secara pakej, supaya apabila sampai target simpanan emas kita nanti (untuk tukar kepada aset yang lebih besar seperti rumah atau tanah), urusan untuk jual baliknya mudah dan emas kita dibayar pada harga yang tinggi.

Jadi, nak beli emas untuk pelaburan atau simpanan, pilihlah emas jenama apa sekali pun, tapi berdasarkan 5 kritiria yang diatas sebagai indikator untuk membuat penilaian.

Wallhuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
5 June 2017
10 Ramadhan 1438

3 Posisi Penting Setiap Pembeli Emas

Posisi-Penting-Pembeli-EmasWaktu harga emas turun, ” Aduhh, menyesal sebab terbeli emas ketika harga emas lebih tinggi”, manakala waktu harga emas naik “Aduhh, menyesal sebab tak beli emas ketika harga murah”. Ini situasi biasa waktu saya mula-mula kenal emas dulu pada tahun 2011 semasa masih bergelar mahasiswa. Waktu harga emas menaik saya stress, waktu emas turun lagi stress sebab saya anggap barang mahal yang saya beli dah jadi murah. Dan pada waktu tu jugak, setiap hari saya monitor harga emas, walau saya hanya beli 1 Dinar.

Pada tahun 2014, saya baca buku ‘Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas’ yang ditulis oleh mahaguru emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim. Dari buku itulah, baru saya faham bahawa, setiap pembeli emas sebenarnya ada 3 posisi tersendiri, sama juga dalam game ‘bola sepak’, setiap posisi  mempunyai tugas yang berbeza. Manakala, dalam dunia emas, setiap posisi pembeli emas perlu ada mindset yang tersendiri supaya kita tahu apa yang kita perlu buat terhadap emas yang kita beli tu.

Lepas saya faham ‘posisi pembeli emas’, hati semakin tenang bila tengok turun naik harga emas kerana saya tahu apa yang nak dibuat, dan apa matlamat saya dengan emas. 3 posisi tersebut ialah Gold Saver, Gold Trader & Gold Dealer.

Penyimpan Emas atau Gold Saver

Matlamat Gold Saver membeli emas ada untuk jangka masa panjang, lebih dari 5 tahun. Mindset seorang gold saver, mereka akan menilai kegunaan emas bukan sahaja dengan ‘buy low sell high’, malah lebih dari itu. Antara kelebihan emas sebagai simpanan jangka masa panjang ialah :

  1. Mengelakkan kebocoran wang. Bila ada wang kertas, hati akan sentiasa fikir untuk berbelanja sahaja. Tidak boleh nampak ada duit, mesti habis. Maka akibat risau duit cepat habis, tukar wang kertas kedalam bentuk emas boleh menahan nafsu untuk berbelanja.
  2. Simpan emas sebagai pelindung kekayaan akibat ketidakstabilan ekonomi. Bagi gold saver, asal duit tukar kepada emas. Tidak kira harga emas tinggi atau rendah. Mereka tidak takut dengan kejatuhan harga emas, sebab mereka tahu, kejatuhan ringgit lebih menakutkkan.
  3. Menjual emas selepas mencapai target simpanan yang tertentu seperti untuk tabungan ke Mekah, tabung universiti anak-anak atau untuk menukar aset yang lebih besar seperti rumah. Mereka tidak akan menjual emas semata-mata untuk berbelanja bulanan atau wang kecemasan.
dompet-emas

Simpan 5gram jongkong emas dalam dompet, pasti rasa ‘aura emas’ tu, HAHA

 Kenapa emas boleh mengelakkan kebocoran wang? Ini pengalaman saya sendiri, simpan 5 gram (bersamaan RM1100) jongkong emas dalam dompet, ia mampu bertahan dengan lama. Kalau saya simpan RM1000 dalam dompet, agak-agak berapa boleh bertahan. Saya rasa tidak sampai sebulan sudah habis. Sebab memang psikologi manusia, nampak duit je rasa nak berbelanja. Manakala, simpan emas rasa sayang untuk jual, malah rasa nam tambah lagi.

Pelabur Emas atau Gold Trader

Bagi gold trader, mereka akan fokus dengan pertambahan RM. Dari soal gram emas mereka letak tepi. Gold trader mendapat untung hasil jual beli jual beli jual dan jual emas. Dalam erti kata lain, gold trader menggunakan prinsip buy low sell high yang banyak kali. Mereka sangat aktif membeli dan menjual emas. Dari segi mindset, mereka letakkan emas sebagai medium pelaburan seperti ASB, unit trust, hartanah dan sebagainya. Namun, seorang gold trader berjaya perlu :

Contoh graf harga emas pada perisian untuk analisa harga emas

Contoh graf harga emas pada perisian untuk analisa harga emas

  1. Aktif membaca berita tentang pasaran emas semasa, bagi mendapatkan gambaran trend harga emas semasa.
  2. Tahu analisa teknikal dan fundamental harga emas atau tahu membaca menjangka pergerakan harga emas dan istilah pergerakan harga emas pada graf.
  3. Apabila membeli emas, mereka akan berdoa harga emas naik, manakala apabila menjual emas mereka akan cepat berdoa agar harga jatuh supaya dapat membeli balik pada harga rendah.

Oleh itu, untuk menjadi seorang gold trader yang berjaya, ilmu yang paling penting ialah ilmu tentang membaca pergerakan harga emas. Nak  jadi gold trader? Boleh follow FB otai Noor Shufaad.

[Tips] Beli emas minimum 100gram baru layak untuk fikir soal buy low sell high, kalau setakat beli 1 Dinar, lebih baik letakkan mindset sebagai gold saver, hanya beli simpan dan lupakan, nanti 5-10tahun akan datang akan nikmati hasil yang tak sangka-sangka.

Pedagang atau Peniaga Emas

Pedagang emas ialah orang yang menggunakan emas sebagai medium perniagaan. Dengan menjadi seorang ejen syarikat emas, kita berpeluang mendapat komisyen setiap pembelian emas. Jika menjadi  ejen emas syarikat Public Gold, kita berpeluang mendapat royalti sebanyak 1%-2% ke atas setiap pembelian . Selain mendapat komisyen, pedagang emas juga berpeluang mendapat untung runcit keatas perbezaan harga Buy and Sell.

Menjadi seoarang ejen syarikat emas membolehkan kita berada dikedua-dua posisi, samaada sebagai gold saver atau gold trader. Pedagang emas lebih fleksibel.

Saya di Posisi “Gold Saver”

Saya seorang gold saver, saya tidak pernah menjual emas saya sejak saya bermula dari tahun 2011 lagi. Walaubagaimanapun, saya juga seoarang peniaga emas, tetapi saya hanya pemudah cara untuk sahabat-sahabat untuk bagaimana ingin menjadi gold saver seperti saya (“,).

Kesimpulannya, apa yang saya ingin tekankan disini, bukan emas yang membolehkan kita menjadi kaya, dengan ilmu tentang emas lah membolehkan seseorang itu bertindak dengan betul untuk menjadi kaya. Jika membeli emas tanpa ilmu yang betul, kita akan rasa susah hati setiap turun naik harga emas. Punca utamanya ialah, kita membeli emas sebab ikut-ikut dan tidak ada matlamat yang jelas.

Wallhualam

Hafiz
Tawau, Sabah
5 December 2016

Inilah sebab kenapa saya nekad untuk terus simpan emas!

PrintMenurut mana-mana pakar kewangan, asas penting untuk membina kekayaan adalah dengan tabiat menyimpan. Apabila menyimpan itu sudah menjadi kebiasaan, barulah mudah untuk seseorang itu membina kekayaan. Persoalannya, apakah langkah atau cara yang terbaik untuk menyimpan?

Formula yang paling asas untuk adakan simpanan ialah, simpan dulu lebih baru belanja, bukan belanja dulu kalau ada lebih baru simpan. Tetapi, kebiasaanya, kalau kita amalkan belanja dulu, saya pasti tidak akan ada lebih untuk kita simpan. (“,)

Berkaitan dengan jumlah simpanan, kebanyakam pakar kewangan mencadangkan, jumlah simpanan paling selamat ialah sebanyak setahun gaji kita. Sesiapa ada simpanan bersamaan setahun gajinya, tahap kewangannya kukuh. Ia bermaksud, andai kata kita dibuang kerja, kita mampu menjalani kehidupan harian tanpa perlu bekerja selama setahun. Walaubagaimanapun, minimum simpanan kecemasan yang perlu ada ialah sebanyak 3bulan gaji,  in memang wajib, sesiapa yang masih belum ada simpanan sebanyak 3bulan gaji, jangan sibuk-sibuk untuk berbelanja perkara yang bukan keperluan seperti melancong, tukar handphone baru dan banyak lagi. Perkara bukan keperluan ini pendek kata, kalau tidak belanja kita masih boleh hidup di bumi ini.

Nilai Wang Fiat Bukan Terletak di Tangan Kita, Tapi Kerajaan

Permulaan kerjaya pertama saya pada penghujung tahun 2014. Bermula tahun 2015, apa yang saya dapat tahu, banyak syarikat yang mengurangkan tenaga pekerja bagi menjimatkan kos, akibat ekonomi Malaysia dan dunia tidak stabil. Ada jaga sahabat karib saya dibuang kerja akibat ketidakstabilan ekonomi yang melanda ini. Pada saat genting inilah, sesiapa yang tidak bersedia dengan wang kecemasan, mereka pasti rasa gundah gulana. Tiada jaminan pekerjaan lagi ketika saat ini lagi, semua yang sudah dapat kerja berpotensi dibuang kerja pada bila-bila masa sahaja.

er-2015

Kadar Pertukaran RM pada tahun 2015

Bila mengkaji dengan lebih serius terhadap emas dan kewangan, apa yang saya dapat tahu, kadar pertukaran matawang RM kepada USD menyusut sehingga 30%! Ini bermakna, kalau saya ada simpanan yang berjumlah setahun gaji saya (Anggran RM3000 x 12 = RM36,000), kuasa beli simpanan saya berkurang 30%. 30% dari RM36,000 bersamaan RM10,800. Tanpa saya berbuat apa-apa, namun kekayaan saya berkurang sebanyak RM10,800 (Bersamaan 3 Bulan Pendapatan). Bagi yang sudah berumah tangga, untuk adakan simpanan RM10,800 bukannya mudah, ia memakan masa dan perlu disiplin yang tinggi. Boleh rujuk data pertukaran matawang sendiri di Portal Bank Negara Malaysia.

Kadar Pertukaran RM pada tahun 2016

Kadar Pertukaran RM pada tahun 2016

 

Kadar Pertukaran Wang Yang Tidak Adil

Merujuk kepada krisis ekonomi ketika ini, apa yang boleh saya katakan, kadar pertukaran matawang kertas ciptaan manusia sungguh tidak adil. Kekayaan kita boleh hilang begitu sahaja, ia berlaku sekelip mata. Dalam masa setahun, saya umpama di rompak hampir RM10,000 bukan sebab  kecuaian saya, tapi disebabkan kekukuhan ekonomi Malaysia itu sendiri. Selepas meneliti balik dengan situasi ini, baru lah saya faham, kenapa Robert Kiyosaki kata ‘ Savers are losser’.

Bila saya betul-betul faham dengan sistem kewangan ini, jadi segala simpanan saya dalam RM saya akan simpan maksimum sebanyak 3 bulan pendapatan sahaja. Selebihnya saya akan simpan dalam bentuk emas iaitu matawang yang sebenar. Asalkan RM akan tukar jadi emas, saya nekad untuk tidak mahu lagi kekayaan saya dirompak tanpa sedar. 

Kesimpulan

Justeru, pilihan di tangan kita sendiri, samada mahu terus yakin dengan wang kertas atau mahu pilih emas sebagai simpanan kekayaan kita. Ada pepatah mengatakan ‘ Kalau kita tidak yakin dengan emas, tapi kenapa boleh kita percaya dengan sehelai kertas yang di ‘cop’ nombor dan dipaksa nilai keatasnya?’ Fikir-fikirkan lah.

Ini kisah saya, bagaimana saya boleh jatuh hati dengan emas.

Wallhualam.

Hafiz
2 December 2016
Tawau, Sabah

 

Kredit photo [digiplayground.com]

Perbezaan Akaun Emas KFH dan GAP

Kebanyakan bank yang ada di Malaysia, ada menawarkan akaun emas untuk para pelabur. Namun, tidak semua yang membolehkan kita mengeluarkan emas fizikal. Dalam kata lain, kita hanya membeli emas dengan harga emas semasa, kalau harga emas naik, kita jual dan kita dapat untung. Namun, apabila harga emas turun, confirm kita rugi malah emas pun kita tidak dapat. Apa yang kita ada hanyalah nombor dan kertas. Kalau buka website mana-mana bank, dan tengok ada Gold Invesment Account (GIA), itulah pelaburan emas yang ditawarkan bank yang saya terangkan tadi.

GIA

GIA ialah akaun emas maya. Tak sama dengan GAP

Namun berbeza dengan akaun emas yang ditawarkan Public Gold, kita ada pilihan untuk  ambil emas fizikal atau  boleh juga simpan dalam akaun tersebut. Setakat ini, pesaing terdekat akaun emas Public Gold (GAP) adalah akaun emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House Malaysia (KFH). Konsepnya sama, namun dari sudut syarat-syaratnya berbeza. Oleh itu, saya akan terangkan satu per satu tentang syarat yang dikenakan oleh kedua-dua akaun emas tersebut.

Syarat-syarat Membuka Akaun Emas KFH

Akaun Emas Fizikal KFH

Akaun Emas Fizikal KFH

  1. Sebelum membuka akaun, kita perlu membuka akaun simpanan simpanan denganya terlebih dahulu dengan anggran kos RM25
  2. Kemudian, boleh membuka KFH Gold Account-i dengan minima pembelian 10gram emas
  3. Boleh keluarkan jongkong emas tersebut kalau mahu dengan minimum baki 2gram emas di dalam akaun
  4. Untuk tambahan emas, jumlah pembelian minimum mestilah 5gram.

Lain-lain Maklumat Tentang Akaun Emas KFH

  1. Syarat untuk jual balik emas KFH ialah seal tidak boleh dibuka, calar atau bengkok.
  2. Produk yang patuh syariah
  3. Harga emas murah kerana menggunakan emas 995
  4. Proses membuka akaun cepat dan mudah.
  5. Boleh menyimpan emas tanpa sebarang kos.
  6.  Spreadnya sederhana tinggi 6.3%
  7. Jual beli emas ketika waktu pejabat sahaja (9.30pagi-4.30petang)
  8. Disokong oleh 100% emas fizikal

Inilah antara syarat yang dikenakan oleh KFH berkaitan jual beli emas. Sekarang saya akan terangkan pula berkaitan akaun emas GAP Public Gold.

Syarat-syarat Membuka Akaun Emas GAP Public Gold

Akaun Emas Fizikal Public Gold GAP

Akaun Emas Fizikal Public Gold GAP

  1. Tidak perlu membuka akaun simpanan, kerana Public Gold bukannya bank (“,)
  2. Untuk buka akaun emas, hanya dengan minimum pembelian 1gram.
  3. Boleh keluarkan jongkong emas pada bila-bila masa kesemuanya dengan minimum baki 1gram untuk akaun GAP kekal aktif. Dikenakan cas RM50 jika ingin aktifkan semula akaun GAP.
  4. Untuk tambah emas, dengan hanya minimum pembelian 1gram.

Lain-lain Maklumat Tentang Public Gold GAP

  1. Public Gold terima emasnya yang terbuka seal, calar atau bengkong dengan susut nilai serendah 10%.
  2. Produk yang patuh syariah.
  3. Emasnya berketulinan 999 dan standard LBMA.
  4. Proses pendafataran akaun secara online dan mengambil masa maksima 2 hari bekerja untuk ‘verify’ payment.
  5. Boleh menyimpan emas tanpa sebarang kos dan tanpa ada had kuantiti dan masa.
  6. Spreadnya bergantung pada item emas, lebih berat emas, lebih rendah spread.
  7. Jual beli emas 24jam sehari
  8. Disokong oleh 100% emas fizikal.
  9. Boleh jual balik ‘buy back’ secara online dengan spreadnya 9% untuk 1gram.

Oleh itu, sekarang anda sudah faham apa syarat-syarat yang dikenakan oleh kedua-dua akaun emas ini. Jadi, apa yang saya nampak, kelebihan akaun emas KFH ada susut nilainya lebih rendah berbanding Public Gold GAP, namun dari segi syarat-syarat lain, GAP lebih senang berurusan dan kita akan lebih peace of mind.

Sekian, semoga sahabat-sahabat pembaca semua lebih faham dan boleh membuat pilihan dengan mudah untuk memulkan pelaburan emas dengan akaun-akaun emas yang ditawarkan di Malaysia ini.

Wallahuallam

p/s : Fakta-fakta ni saya berkongsi dari hasil pembacaan saya di buku “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas- En Syukor Hashim”

Hafiz
Tawau, Sabah
7 November 2016

 

GAP : Cara Paling Mudah Untuk Mula Simpan Emas

public-gold-gapSetakat pengalaman saya simpan emas sejak dari 2011, simpan emas fizikal melalui akaun emas fizikal Gold Accumulation Program (GAP) adalah cara paling mudah dan boleh dapat emas 1gram yang paling murah di Malaysia. Disaat saya menulis artikel ni, saya tak jumpa lagi kaedah lain untuk simpan emas semudah ni.

GAP ialah salah satu kaedah pembelian emas Public Gold melalui Akaun Emas yang disandarkan oleh 100% emas fizikal. Public Gold merupakan syarikat emas pertama di Malaysia yang melancarkan program seperti ini bagi memudahkan orang ramai membuat belian emas fizikal dengan modal serendah 1gram. Setakat ini, jongkong emas 1gram termurah di Malaysia adalah emas Public Gold dengan pembelian kaedah GAP.

Nak mudah faham macam mana boleh simpan emas dengan bajet minimum dengan lebih murah dan paling mudah di Malaysia setakat ni?

Download Ebook percuma tentang GAP ni di link –> Nota Akaun Emas GAP

Dengan kaedah GAP, kita boleh beli, simpan dan keluarkan emas fizikal dengan jumlah minimum 1gram. Ini adalah kaedah belian emas paling mudah di Malaysia buat masa ini. Antara keistimewaan GAP Public Gold (PG) adalah:

  1. Modal pembelian sekecil 1gram.
  2. Simpan emas secara percuma, tanpa had masa dan kuantiti.
  3. Boleh keluarkan emas fizikal dari mana-mana 18 cawangan PG.
  4. Boleh beli dan jual secara online sahaja.
  5. Harga emas 1 gram  paling murah di Malaysia dengan status LBMA.

Siapa yang akan dapat manfaat dari GAP?

GAP sangat sesuai untuk sesiapa yang:

  • Nak mulakan simpanan emas, tapi dalam bajet yang kecil

Sejak kebelakangan ini, ramai yang dah sedar tentang kelebihan simpan emas berbanding wang fiat. Namun, ada yang masih belum mampu untuk memulakan simpanan emas. Jadi, dengan kaedah GAP, golongan Mahasiswaa atau Pelajar juga boleh memulakan simpanan emas dengan bajet yang kecil.

  • Nak beli emas, tapi risau dengan risiko kena curi kalau simpan sendiri

Risiko pertama yang terlintas dalam fikiran terutama bagi yang baru bermula adalah risiko terhadap kehilangan emas itu sendiri. Dengan belian emas kaedah GAP, kita boleh simpan di dalam akaun emas tersebut tanpa ada had masa dan tanpa had kuanti.

  • Nak beli emas Public Gold, tetapi tinggal jauh dari cawangan Public Gold

Ini yang sangat bermanfaat bagi saya yang bekerja jauh dari office Public Gold. Walaupun kita tinggal di mana-mana sahaja, asalkan ada ‘data internet’, kita boleh konsisten menabung dengan emas setiap bulan, tanpa perlu ke office Public Gold. Jadi, untuk kawan-kawan yang di ‘oversea’, Public Gold sudah menyediakan platform yang terbaik untuk anda mula menabung dengan emas.

Cara Membuka Akaun GAP

(1) Buat Pembayaran

Harga Emas GAP

Harga Emas Gold Accumulation Program (24K), boleh cek di www.publicgold.com.my

Masukkan (atau online transfer) duit mengikut harga per gram seperti di berikut ke akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd, rujuk harga emas semasa dulu di www.publicgold.com.my

Maybank  : 5571 3923 8048 atau Public Bank : 3167 52 0833

Jika harga per gram RM187, masukkan duit cukup-cukup, jangan kurang atau jangan lebih supaya jumlah gram dalam GAP Statement nanti genap 1gram, tiada lagi titik perpuluhan. Contohnya, kalau nak beli 3 gram, masukkan RM561( RM187 x 3).

(2) Hantar Maklumat

Format wassap buka GAP

Contoh format untuk wassap maklumat pembayaran

Hantar (Wassap) maklumat ke +6017-486 6916 (Public Gold bahagian GAP). Maklumat yang diperlukan ialah:

  1. Maklumat Diri (Nama, IC, No Hp & Email)
  2. Maklumat Pembayaran (Jumlah, Tarikh & Masa)
  3. Introducer (PG00054635, Mohamad Hafiz b Shafie)

Boleh ikut ‘format’ seperti gambar di atas dan ‘snap’ sekali bukti pembayaran.

 

(3) Login Website

Contoh GAP Statement

Cara dapatkan paparan in : Login > My GAP > GAP Statement

Public Gold akan emailkan ‘username‘ untuk login website dan cek GAP statement dalam masa 2 hari bekerja. Sebagai permulaan, guna 12 digit IC sebagai ‘password’

Hubungi saya segera jika belum dapat apa-apa maklum balas dari Public Gold selepas 2 hari bekerja, untuk saya follow up balik dengan Public Gold.

 

(4) Ambil Emas

gold-premium

Kadar Gold Premium, ia berbeza antara semenanjunf dan Sabah Sarawak

Datang ke mana-mana cawangan Public Gold dengan membawa IC dan wang secukupnya untuk membayar cas gold premium. Anda hanya perlu bayar cas tersebut seperti jadual di atas untuk mendapatkan item emas yang dipilih

Untuk lebih mudah, call dulu office Public Gold sebelum datang untuk ambil emas supaya staff Public Gold boleh prepare awal-awal item yang anda mahu.

Sebarang permasaalahan berkaitan GAP Public Gold, boleh hubungi saya (wassap/call/sms) di +6014 500 5090.

Now Everyone Can Buy Gold

Jadi, setakat ini, sesiapa yang masih risau untuk memulakan simpanan dengan emas, dengan GAP adalah yang terbaik untuk bermula. Segala masalah seperti takut emas hilang dan jauh dari branch PG, dengan kaedah GAP ia dapat diatasi dengan mudah. Memang betul misi besar Public Gold iaitu untuk memberi kemudahan kepada orang ramai di seluruh dunia supaya boleh menyimpan emas dengan mudah.

Saya tinggal di Tawau Sabah, saya lebih suka beli emas melaui akaun emas GAP kerana setakat ni branch terdekat dari Tawau ialah di Kota Kinabalu. Jadi, dengan cara GAP, bila saya ke KK, saya boleh ambil emas saya, bila saya ada kerja di KL, saya boleh ambil emas saya, dan bila saya balik kampung pun, saya boleh ambil saya di Kota Bharu. Sangat mudah kan?

Wallahua’lam

 

Hafiz
Tawau, Sabah
25 Sept 2016