dealer Public gold

Dilemma Sebagai Seorang Eksekutif Di Syarikat Perladangan

dealer Public gold

Dilemma sebagai seorang executive yang bekerja di syarikat perladangan!

Saya bekerja di sebuah kilang sawit.

Sebagai seorang eksekutif di sebuah kilang pemproses buah sawit, kami di anggap sebagai orang yang berstatus tinggi.

Yela. Majoriti pekerja kelayakan paling tinggi pun SPM je, majoriti UPSR, dan kami ada ijazah.

Nak tak nak orang panggil kami 'tuan'.

Namun, jujur saya katakan, saya tak selesa dipanggil macam tu sekali, saya lebih suka panggil nama je.

Pergaulan Antara Eksekutif-eksekutif Di Sini

Bagi yang belum pernah bekerja di industri perladangan, mereka memang kurang faham, kenapa 'jarak pergaulan' antara pengurus dan penolong pengurus sangat jauh.

Pengurus adalah sentiasa betul!

Jika saya sebagai seorang penolong pengurus (assistant), di atas saya ada 'senior assistant', ada 'mill manager (MM)' atau 'Senior MM', ada 'Regional General Manager' dan ada 'Regional CEO'.

Sedangkan gap antara kami dan pengurus pun cukup besar, korang boleh bayangkan sendiri gap kami dengan atas-atas lagi tu kan? HEHE

Kesan Apabila Persekitaran Orang 'Kaya-kaya'

Semalam.

Dekat group wassap eksekutif-eksekutif di sini, ada jemputan untuk join dinner, sempena perpindahan beberapa orang assistant dekat sini.

Jujur saya katakan, saya kurang teruja apabila ada program makan-makan macam ni, saya lebih teruja bila ada program bersukan.

Siapa nak join dinner. Masukkan nama dekat group wassap.

Baiklah, saya masih berfikir. Bila skrol-skrol dibawah, tertulisnya RM50/pax. Makan di restoren dekat bandar Tawau.

Owhh. Dalam hati saya terus berkata 

Bubye kawan-kawan yang akan berpindah, saya doakan dari rumah je, tak dapat nak join jamuan perpisahan.

Nilai RM50 Bagi Saya, Yang Lebih Selesa Hidup Biasa-biasa

Punca utama saya tak berminat nak join dinner macam tu ialah

(1) Sudah confirm krik-krik je, sebab dinner pun dengan bos-bos.

(2) RM50 tu besar nilainya bagi saya, bukan sekadar habiskan untuk makan malam je.

RM50/pax. Maksudnya saya perlu bayar RM100 untuk saya dan isteri, jika join dinner tadi.

Fuhh. Nilai RM100 bagi kami ialah Dinner untuk satu atau dua minggu, bukan untuk satu malam.

Bukan saya tidak mampu untuk sumbangkan duit.

Cuma saya rasa RM100 sekali dinner, saya rasa ia satu pembaziran, bukan untuk meraikan kawan-kawan.

Kita Ada Pilihan, Bukan Sekadar Ikut Orang

Dalam bab duit, saya memang lebih teliti. 

Saya rasa value RM100 tu lebih baik saya habiskan untuk gembirakan anak dan isteri saya, dari hanya untuk dinner satu malam.

Bagi orang lain, ada yang hujung bulan terpaksa berhutang, sebab terlalu banyak pengaruh-pengaruh dari rakan-rakan yang 'rasa kaya'.

Saya tak macam tu.

Setiap sen duit gaji saya, saya dah ada bajet siap-siap. Jika saya habiskan RM100 untuk satu malam, mungkin saya terpaksa ikat perut pada minggu-minggu seterusnya.

Itu je sedikit luahan saya harini. Semoga sahabat- sahabat semua masih boleh jauhi dari pengaruh rakan-rakan yang kurang cakna dengan kewangan.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
25 Februari 2019
21 Jamadil Akhir 1440H

Artikel Berkaitan

>