Tentang Saya

Salam Perkenalan

Hafiz&Hafizah

Assalamuaalaikum w.b.t, saya Mohamad Hafiz, saya dilahirkan di Kota Bharu dan dibesarkan di Pasir Mas Kelantan.  Saya mendapat ijazah Kejuruteraan Mekanikal Aeronautik di Univiversiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 2014. Sebaik sahaja menamatkan pembelajaran di UTM, sahaja memulakan kerjaya pertama saya  sebagai seorang jurutera kilang kelapa sawit di sebuah syarikat perladangan yang terbesar di Malaysia, Sime Darby Plantation. Pada tahun 2014 juga, saya dihantar oleh syarikat untuk berkhidmat di Sabah, dan sekarang saya tinggal di Tawau, Sabah berdekatan dengan tempat bertugas.

Alhamdulillah, tanggal 25 December 2014, selepas tamat pengajian saya di UTM, saya selamat diijabkabulkan dengan seoarang insan yang bernama Noor Hafizah Hassan. Memang orang kata kalau dah jodoh itu tak kemana, nama kami hampir sama (“,). Dan saat artikel ini ditulis, kami masih ber’honeymoon’ di Tawau, masih berdua belum mempunyai cahaya mata.  InsyaAllah, Februari 2017 nanti kami akan mendapat putera sulong kami, Alhamdullillah anugerahMu yang tidak terhingga ya Allah.

Saya dan Dunia Emas

Sejak mendaftarkan diri sebagai mahasiswa di UTM lagi saya mula mengenali emas. Pada penghujung tahun 2011, saya mula menukarkan sebahagian wang biasiswa saya kepada emas. Belian emas pertama saya ialah 1 Dinar 916 Public Gold sebanyak 2 keping. Pada masa itu, item paling kecil adalah 1 Dinar (4.25gram). 2 Dinar emas 916 inilah titik permulaan saya dalam dunia emas.

Hampir 3 tahun menjadi Gold Saver senyap, pada tahun 2014, saya terkejut apabila mendapat tahu ramai sabahat saya tergelincir dalam skim cepat kaya bertopengkan emas. Ada yang kerugian sekitar RM10k dan yang paling sedih kerugian RM30k dan wang itu hasil dari personal loan! Fuhh, sudah lah modal emas pun tidak dapat, untungnya jauh sama sekali. Tambahan pula, beliau terpaksa menanggung hutang peribadi dengan bank lagi, dan ‘intrest rate’? Tingginya yuran kepandaian beliau. Sepatutnya, dengan hanya modal tidak sampai RM100 pun, sudah boleh selamatkan RM30K beliau, banyak sebenarnya di kedai-kedai buku yang telah menasihatkan kita untuk menjauhkan diri dengan skim-skim pelaburan yang ‘too good to be true’ ini. Cuma hanya bergantung pada diri kita, mahu belajar atau mahu rugi besar. Jadi, pesanan saya, setiap orang ada melakukkan kesilapan, tiada manusia yang sempurna, ambil iktibar dari beliau. Mungkin dengan yuran kepadaian RM30k tadi boleh menyebabkan beliau mendapat income pasif RM3juta suatu hari nanti, jika beliau belajar dari kesilapan lalu. InsyaAllah.

Maka, sejak dari peristiwa yang berlaku terhadap sahabat-sahabat saya ini, saya mula rasa bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu pelaburan emas yang betul dan selamat. Sebelum itu, saya hanya belajar ilmu pelaburan emas dengan percuma di blog-blog yang ada, namun sejak dari itu, saya mula belajar dan fahamkan lebih mendapat tentang ilmu emas. Segala buku yang berkaitan emas yang ada di Malaysia saya pasti dapatkannya demi berkongsi tentang emas kepada sahabat-sahabat pembaca blog semua.

Jpeg

Saya bersama Penulis Blog JutawanEmas

Selain dari membaca buku-buku berkaitan kewangan dan emas, saya juga libatkan diri dengan seminar-seminar tentang pelaburan emas yang betul dan selamat. Saya belajar dan dilatih oleh mentor iaitu Ustaz Mohd Zulkifli, penulis buku Zero Hutang. Selain itu, saya juga belajar ilmu emas dengan pencetus ilmu emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim, beliau mula menulis ilmu tentang emas sebelum Public Gold sendiri wujud lagi. Gambar di atas adalah gambar saya bersama beliau ketika saya menyertai Jutawan Emas Leadership Training di Kundasan, Sabah.

Impian Kami

Bermula dengan sekadar mengalihkan simpanan untuk mengelakkan ‘kebocoran wang’ semasa belajar, saya dan isteri sekarang lebih fokus untuk persediaan wang pembelajaran anak-anak dan sedikit back up untuk hari tua kami nanti. Apa yang saya perhati, masih ramai kenalan saya yang belum faham apa sebenarnya fungsi emas dalam urusan kewangan kita. Bila ditanya, jawapanya tentang emas sekadar ‘buy low sell high’. Justeru, tujuan saya menulis ini untuk membangkitkan kesedaran bukan sahaja untuk semua kenalan saya, malah untuk semua yang masih berjiwa muda, untuk sama-sama belajar dan mengamalkan cara untuk urus kewangan kita sekarang dengan betul dan dapat menikmati impian hidup di masa akan datang.

Semoga perkongsian saya di blog ini akan menjadi saham akhirat untuk kita semua nanti. Seperti yang Islam ajar ‘ Sampaikan Ilmu Walaupun Satu Ayat’.

Wallahhuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
Public Gold Autorized Dealer (PG00054635)
014 500 5090 (Whatsapp 24jam sehari)

Comments are closed