Elakkan 5 Perkara Ini Kepada Majikan, Kalau Mahu Keberkatan Dalam Bekerja

islah diri

Dosa-dosa kepada majikan.

Sebenarnya aku nak tulis tajuk 'dosa-dosa' kepada majikan sewaktu bekerja, tapi nampak macam kejam pulak.

Aku share ni bukan nak tunjuk aku nak baik sangat, tapi sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat pembaca blog saya semua.

Perkara ini nampak simple, tapi aku rasa ramai yang tak perasan, buat perkara ini hari-hari tanpa rasa bersalah.

Kalau rasa hujung bulan gaji tak pernah cukup, cuba korang fikir balik, betul ke korang pergi kerja dari 8am sampai 5pm tu, memang 100% buat kerja?

(1) Curi Masa Majikan

Curi masa majikan ni subjektif, mengikut apa tugas yang korang diamanahkan.

Kalau kerja office hour, memang waktu 8jam tu khas untuk korang berkhidmat dengan majikan je, dilarang sama sekali buat benda lain seperti buka social-social media, ber'Whatsap' benda-benda yang tidak berkaitan kerja dan seumpanya.

Bagi yang kerja office hour, 8jam sehari 5hari seminggu tu memang hak majikan terhadap korang.

Kecuali kerja bukan office hour (biasanya jurutera operasi kilang), mungkin ini boleh bagi kelonggaran. Sebab tanggungjawabnya mengikut 'target' bukan ikut 'jam'.

(2) Guna Harta Syarikat Untuk Kegunaan Pribadi

Ambil pen, guna untuk anak-anak menconteng di rumah. Nak pergi buat urusan dengan jabatan kerajaan, pakai mesin fotokopi di pejabat.

Nak print tiket flight atas urusan pribadi, pakai printer syarikat. Ini antara kesalahan-kesalahan yang perlu korang elakkan semasa bekerja.

Itu belum kira pakai kereta majikan untuk ambik anak dari sekolah. Kecuali memang 'benefit' ini diberi oleh syarikat, itu tiada masalah.

(3) Lengah-lengahkan Kerja

Ada juga yang saya jumpa, suka lengah-lengahkan kerja. Datang kerja, minum dulu sampai berjam-jam.

Nak minum atau sarapan bagi saya, 30minit dah cukup lama.

Sudah lah sengaja lambatkan kerja, lepas tu request lagi kerja 'Overtime', sebab perlu siapkan lagi tugas-tugas yang penting. 

(4) Nampakkan Diri Macam Sibuk

Paling sedih, datang kerja buka game. Main game sampai lewat petang, pastu terpaksa pulang malam.

Tunjukkan dekat isteri, kita banyak kerja dekat pejabat, padahal banyak menghabiskan masa dengan sia-sia.

Datang office nampak macam sibuk, walau hanya sibuk menghadap game dari pagi sampai petang. 

Uishh, tak risau ke bagi makan duit haram dekat anak isteri?

(5) Bazirkan Kos Majikan Untuk Hantar Latihan

Kalau dekat tempat aku kerja, memang banyak bahagian yang perlukan orang kompeten.

Nak hasilkan orang kompeten, biasanya perlu hadiri latihan dengan badan-badan kerajaan. Kos hadir latiha boleh cecah ribu-ribu. Ada yang sampai RM5k sekali latihan. 

Untuk lulus sebagai orang kompeten, perlu lalui ujian dan pembentangan dan juga buat laporan.

Kalau gagal semasa dalam proses untuk dapatkan sijil kompeten bagi aku takda masalah, tapi kalau langsung tak berusaha untuk melepasi syarat-syarat yang ditetapkan untuk menjadi orang kompeten tu bagi aku itu 'dosa' kepada majikan.

Majikan dah keluarkan kos yang tinggi untuk korang, tapi korang langsung tak rasa berterima kasih.

Cepat-cepat Minta Maaf Dengan Majikan

Jujur aku katakan, aku memang ada lakukan juga benda-benda yang aku listkan kat atas.

Biasa la manusia, cepat lupa. Tapi, kalau dah tersedar, cepat-cepat minta maaf dengan majikan.

Cara nak minta maaf bukan kau pergi jumpa bos dan cakap 'bos saya minta maaf', nanti bos cakap kau demam pulak. HEHE

Caranya kau kena ambik la masa sendiri untuk kerja lebih masa tanpa dibayar, kalau rasa ada terambil harta syarikat tu, next claim nanti takpayah claim, sedekah je.

Itu je yang aku nak share ni.

Ini sekadar pandangan sepoleh sen aku yang baru masuk 5 tahun di alam pekerjaan.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
5 Mac 2019
28 Jamadil Akhir 1440H

Kredit Foto : Findmyshift
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *