Emas, Barang Yang Sentiasa Mahal

Dinar atau jongkong emas

Dalam perjalanan ke lapangan terbang Tawau tadi, sahabat saya ada merungut "Fuhh, barang-barang kereta di Tawau mahal. Semuanya harga macam emas!"

Dia tahu sebab baru-baru ini dia terlibat dengan kemalangan kecil, tapi part yang rosak tu terpaksa tempah dari KK, kalau cari di Tawau, harga boleh dua kali ganda.

Bila dia sebut pasal emas, saya memang terus terfikir, ya betul tu. Tak pernah pun saya dengar orang cakap emas tu murah, semuanya orang cakap emas tu mahal kan? HEHE

Tak Pernah Ada Satu Zaman Pun, Emas Tu Orang Cakap Murah

Barang kemas untuk pelaburan

Gold jewelry

Ini fakta yang kita semua perlu tahu, tidak pernah satu zaman pun, orang cakap emas tu murah!

Zaman nenek moyang kita dulu, pada tahun 50an, nak beli emas untuk kahwin, RM15/gram. Nenek kita pun akan cakap emas tu mahal.

Zaman mak kita kahwin pulak, harga emas RM30/gram. Confirm! Mak kita pun akan cakap emas tu mahal.

Zaman sekarang, harga emas sekitar RM190 per gram, mana ada orang cakap murahnya emas. Semuanya cakap emas tu mahal!

Hakikatnya, dalam jangka masa pendek, memang harga emas ada turun ada naik, namun dalam jangka masa panjang, harga emas confirm naik.

Harga emas naik tu bukanlah disebakan faktor 'supply & demand' lagi, tapi apa yang kita perlu faham, nilai duit kertas yang kita simpan tu semakin hari semakin menyusut nilai.

Emas Sebagai Penyimpan Nilai

Bagi penyimpan emas seperti saya, harga emas mahal atau murah tu saya tolak tepi dulu, apa yang saya fokus ialah, pertambahan gram emas dari bulan ke bulan.

Sejujurnya, saya menyimpan duit lebih banyak dari emas secara bulanan. Saya simpan emas untuk dijadikan sebagai penyimpan nilai, jika berlaku sebarang bencana ekonomi.

Menurut pakar kewangan Tuan Azizi Ali, tukarkan 10% kekayaan anda kepada emas, ia sebagai backup kepada krisis ekonomi. 

Oleh itu, setiap bulan apa yang saya buat ialah, hanya tukarkan RM2oo atau 1 gram sebulan je dari duit gaji saya kepada emas, bukan 100% tukar kepada emas.

Cara paling mudah ialah dengan menggunakan akaun emas fizikal GAP.

Simpan emas biar tak banyak, yang penting konsisten. Sebab itulah, harga emas turun atau harga emas naik saya tak kesah, apa yang penting, jumlah gram emas saya bertambah dari semasa ke semasa.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Airport Tawau, Sabah
4 Jun 2019
30 Ramadhan 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *