Akaun Emas GAP. Mudah, Murah & Patuh Shariah!

Emas-Shariah-PG

Tanggal 11 November 2017 lalu, ia merupakan satu detik yang bersejarah bagi dealer-dealer Public Gold yang komited dalam membina empayar emas, termasuk jugalah saya sendiri. Mula-mula dapat tahu tentang Seminar Emas dan Shariah ni, saya tidak begitu teruja untuk hadir, dek kerana saya perlukan kos yang tinggi untuk terbang dari Tawau, Sabah menyeberangi Laut China Selatan untuk ke Kuala Lumpur demi menghadirkan majlis ilmu ini.

Namun, apabila dapat tahu, Datuk Dr Mohd Daud Bakar sendiri yang akan menyampaikan seminar tu, saya terus buat keputusan, saya perlu hadir seminar ini walau jarak yang beribu batu perlu saya lalui untuk sampai ke tempat seminar. Jadi, apabila sudah bulatkan tekad untuk hadir ke seminar tu, demi ilmu yang akan disampaikan oleh seorang tokoh shariah antarabangsa, saya tak berfikir panjang terus korek duit tabung (Tabung Haji) dan terus buka website Air Asia untuk dapatkan tiket penerbangan saya dari Tawau ke Kuala Lumpur. HIHI

 

Dr Mohd Daud Bakar
Saya bersama Dr Mohd Daud Bakar, penasihat shariah syarikat emas Public Gold. Alang-alang dah datang seminar, terus grab peluang untuk beli buku dan bergambar dengan beliau.

Inilah seminar Public Gold yang saya rasa sangat-sangat berbaloi saya hadir, kerana bukan sahaja dapat lebih kefahaman tentang shariah dalam emas, namun saya berpeluang berjumpa secara live tokoh agama yang saya kagumi yang selama ini saya hanya ternanti-nanti sesi FB live bersama beliau sahaja. Alhamdullillah, syukur padamu ya Allah, kerena diberi kesempatan untuk menimba ilmu dengan Dr Mohd Daud Bakar dalam Seminar Emas & Shariah anjuran Public Gold di Hotel Tabung Haji pada Sabtu lalu.

 

Pengalaman Mencari Rakan “Dealer” Di Tawau

 

Bila Public Gold sudah mendapat sijil patuh shariah ni, saya mesti terkenang balik kisah saya pada mula-mula buat bisnes Public Gold. Kisah ni lebih setahun yang lalu.

Konsep bisnes Public Gold kalau dealer yang follow PG1System (Public Gold Education System) ialah hanya educate masyarakat tentang emas. Jadi, nak dipendekkkan cerita, saya pada masa itu nak tubuhkan satu team khas untuk mendidik masyarakat Tawau tentang emas. Team yang saya nak cari ni tak kira lah dealer syarikat mana sekali pun, asalkan sanggup sama-sama untuk mendidik masyarakat Tawau untuk lebih faham tentang emas.

Dalam misi mencari “rakan dealer” itu, akhirnya saya terjumpa dengan seorang ejen emas syarikat X yang sangat aktif membuat sharing berkaitan emas pada masa itu, di group-group khas untuk warga Tawau. Alhamdulillah, misi mencari rakan untuk mendidik masyakarat Tawau tentang emas akhir sekali selesai. Saya rasa bersyukur, kerana pada masa tu saya bukan keseorangann di Tawau.

Jadi, dalam process untuk memulakan sesi perkenalan. Saya dah cakap awal-awal bahawa tujuan saya hubungi beliau adalah untuk menganjurkan satu seminar emas yang percuma khas untuk warga Tawau.

Untuk permulaan perbualan saya tanya sama beliau,

” Apa kelebihan jadi dealer syarikat emas X ni ?”

Belum apa-apa lagi, selepas beliau tahu yang bahawa saya adalah dealer syarikat emas Public Gold, terus beliau bagitahu,

” Kelebihan syarikat emas X ni ialah ownernya Melayu, dan halalan toyyiba ”

Aduishh, baru je nak mula tubuhkan team pendidik ilmu emas di Tawau, terus bagi ayat ‘pancung’. Pada awalnya rasa happy sebab saya bukan keseoranngan di Tawau, terus rasa lentur semangat yang berkobar-kobar tu tadi.

Namun, nak dipendekkan cerita, selepas setahun aktif berkongsi ilmu tentang emas di semua channel media massa yang ada, sekarang saya masih buat kerja yang sama, namun dealer dari sebuah syarikat emas X tadi saya rasa tidak lagi.

Ini memori paling saya ingat jika disebut-sebut tentang patuh shariah Public Gold. Tambahan pula, Public Gold sebetulnya hanya syarikat jual beli emas macam juga kedai emas. Dari sedutt undang-undang, Public Gold tidak perlu mendapatkan pengesahan segala produknya untuk menjalankan perniagaan emas. Namun, atas usaha keras guru emas saya, En Mohd Zulkifli Shafie dan sahabatnya untuk memastikan rakyat Malaysia menyimpan emas Public Gold dengan penuh yakin, mereka berdualah yang menggerakkan usaha ini, dari awal hingga ke tahap ini.

 

Ringkasan Seminar Emas & Shariah

seminar-emas-PG-patuh-shariah
Seminar Emas & Shariah anjuran Public Gold di TH Hotel

Selepas tamat sesi seminar emas dan shariah dua hari lepas, saya rasa 200% lebih yakin nak recommend kepada kawan-kawan untuk mula menyimpan emas Public Gold terutama dengan kaedah GAP, kerana sewaktu seminar yang lepas, hanya kaedah belian GAP je belum lagi mendapat pensijilan patuh shariah. Kaedah belian lain sudah dapat pensijilannya sebelum ini pada masa pertama.

Jadi, sewaktu seminar lalu memang berita GAP disahkan patuh shariah lah yang saya tertunggu-tunggu. Nak diringkaskan, beberapa soalan yang sentiasa saya dapat dari kawan-kawan tentang GAP dan kenapa ia patuh shariah kerana :

#1 Syarat Patuh Shariah ialah Mestilah Ada Emas Fizikal

Ini merupakan salah satu kekeliruan saya dulu. Ya, syaratnya mesti ada emas fizikal. Tapi, GAP hanya ada nombor, jadi macam mana?

Okey, meh saya terangkan berkaitan GAP. GAP sebenarnya kita membeli emas kepunyaan Public Gold secara berjemaah. Contohnya Public Gold ada sekilo jongkong emas. Dan Public Gold jual emas sekilo tu tadi kepada 1000 orang dan setiap orang membeli 1gram daripada sekilo tu tadi. Maksudnya, hak milik emas sekilo Public Gold itu sudah bertukar milik kepada 1000 orang pembeli emas melalui akaun emas fizikal GAP.

#2 Akaun Emas Fizikal GAP Dari Kaca Mata Shariah

Saya bukanlah pakar untuk terangkan satu persatu tentang bagaimana akaun emas fizikal GAP mendapat pensijilan patuh shariah, namun saya hanya mampu berkongsi tentang apa kata pakar. Petikan ini saya petik dari ulasana Ustaz Khairul Anuar Basri, salah seorang orang yang terlibat secara langsung dalam memastikan segala jual beli emas Public Gold mendapat pengesahan patuh shariah.

FB Ustaz Khairul Anuar Basri

GAP DARI KACAMATA SYARIAH.

Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100.

Kaedah yang digunakan ialah :

1. Pembeli memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold sebagai hamisy jiddiyyah (deposit sekuriti).

2. Public Gold akan merekodkan jumlah wang dan gram yang setimpal dalam akaun pembeli (ketika ini akad jual beli berlaku).

3. Pembeli mempunyai pilihan samada untuk mengeluarkan emasnya atau membiarkan sahaja di dalam akaun yang akan dijaga oleh Public Gold tanpa upah.

GAP telah pun mendapat Sijil Patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisor.

Ini bermakna, GAP boleh dimanfaatkan oleh semua samada belian mengikut gram atau mengikut RM.

Mungkin ada di antara kita yang mahukan penjelasan yang lebih tentang patuh Syariah GAP. Maka di sini saya jelaskan beberapa perkara.

1. Pembelian GAP secara asasnya memang tidak mempunyai masalah dari sudut Syariah sebelum ini. Jadi, tidak timbul isu hanya GAP sekarang yang patuh Syariah, GAP dahulu tidak patuh Syariah. Sijil yang dikeluarkan ini, mengesahkan bahawa GAP memang patuh Syariah dari dahulu hingga sekarang.

2. GAP boleh dibeli samada dalam gram yang lengkap atau gram yang tidak lengkap. Sebagai contoh, jika harga segram hari ini ialah RM189, ia boleh dibeli dengan nilai RM189 dan juga RM100.

3. Jika dibayar RM189, maka gram yang akan dicatatkan ialah 1 gram. Jika dibayar RM100, maka gram yang dicatatkan ialah 0.5291 gram.

4. Timbul beberapa persoalan – antaranya – seperti; bolehkah dibeli dengan RM sedangkan gramnya tidak genap? Bolehkah dikeluarkan 0.5291 gram?

5. Belian GAP sebenarnya; kita membeli gram emas yang dimiliki oleh Public Gold dalam simpanannya. Ini bermakna, selagi pembeli tidak mengeluarkan emasnya dalam bentuk gold bar atau dinar, maka secara kasarnya, semua pembeli berkongsi emas yang disimpan oleh Public Gold secara bersama-sama.

6. Sistem yang dimiliki oleh Public Gold (Oracle) adalah sistem yang terbaik, yang dapat merekod dengan jelas jumlah gram yang dimiliki oleh pembeli dalam 4 titik perpuluhan.

7. Persoalan samada emas yang dimiliki oleh Public Gold itu sama dengan jumlah wang yang masuk atau tidak, biarlah juru audit dalaman dan luaran yang mengesahkannya. Ini kerana, GAP memang diaudit oleh juru audit luaran.

8. Tidak cukup dengan itu, Amanie Advisor juga telah melakukan pemeriksaan ke tempat-tempat simpanan emas milik Public Gold sebelum mengeluarkan Sijil Patuh Syariah.

9. Apabila belian GAP adalah sebenarnya; semua pembeli berkongsi bahagian emas masing-masing dalam emas yang disimpan oleh Public Gold, maka Public Gold boleh menyerahkan emas yang sama berat milik pembeli dalam apa bentuk yang pembeli kehendaki samada gold bar atau dinar.

10. Gold bar terkecil yang boleh dikeluarkan dari GAP ialah 1 gram. Jadi, pembeli boleh mengeluarkan gold bar miliknya apabila cukup 1 gram.

11. Jika pembeli ingin mengeluarkan dalam gram yang lebih kecil, itu tidak mungkin kerana syarat asas pengeluaran GAP ialah 1 gram. Jika pembeli bertegas, penyelesaian boleh dilakukan dalam bentuk RM.

12. Berkenaan dengan syarat pengaktifan akaun yang memerlukan pembeli memiliki sekurang-kurangnya 1 gram dalam akaun GAP pada setiap masa, ia dibenarkan oleh Syariah. Tiada halangan juga untuk mengeluarkan kesemua sekali tetapi GAP akan dikira sebagai telah ditutup.

Harapan saya, dengan sedikit penerangan ini akan menambahkan ilmu dan pemahaman kita tentang GAP. Seterusnya kita boleh membeli emas menggunakan GAP dengan yakin dan tanpa was-was 

Untuk membaca tulisan asal dari Ustaz Khairul Anuar Basri, boleh klik DISINI.

 

GAP : Murah, Mudah dan Patuh Shariah!

GAP Patuh shariah
Sijil patuh shariah GAP

Justeru, dengan pengesahan patuh shariah akaun emas fizikal GAP, sekarang sahabat-sahabat sudah boleh mula menyimpan emas dengan bajet minimum RM100 tanpa ragu-ragu lagi. Saya rasa setakat ni, tidak ada lagi cara lain untuk orang yang mempunyai bajet ‘kurang’ macam saya, untuk mula menyimpan emas dengan murah dan mudah kecuali akaun emas GAP.

Untuk sahabat-sahabat yang masih belum faham tentang akaun emas fizikal GAP, boleh rujuk artikel saya tulis sebelum ni DISINI. Persoalan lanjut tentang GAP, boleh terus wassap saya di +6 014 500 5090, insyaAllah saya boleh bantu untuk sahabat-sahabat semua memulakan simpan emas Public Gold mengikut bajet dan kesesuaian masing-masing

 

Hafiz Shafie
Tawau, Sabah
28 Nov 2017

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *