Emas Sebagai Pelindung Kekayaan

Emas pelindung kekayaan

Emas sebagai pelindung kekayaan, bukan sahaja untuk pelaburan.

Walaupun biasa yang disebut ialah sebagai 'pelaburan emas', namun fungsi sebenar emas bagi saya ialah lebih kepada pelindung kekayaan.

Untuk melabur, ada bermacam-macam pelaburan lagi diluar sana lebih baik berbanding melabur dalam emas.

Beli Satu Dinar, Sudah Tanya Berapa Untung

Dinar emas Public Gold

Ini kesilapan biasa pembeli emas baru yang saya jumpa. Baru beli 1 Dinar, dah tanya berapa banyak boleh untung!

Jika tuan puan beli 1 Dinar.

Tuan puan bukan join pelaburan emas, tapi tuan puan dalam golongan penyimpan emas.

Untuk melabur dalam emas, tuan puan mesti beli item paling kecil pun 100gram. Baru boleh untung dalam pelaburan emas.

Emas dan Saham

Sahabat sekolah saya, Azam Fikri. Antara trader saham yang mempunyai group yang besar di Malaysia

Beli emas harini, esok jual boleh untung RM100 tu luar biasa. Tapi, beli unit saham pagi, petang jual dan dapat untung RM100 tu biasa-biasa.

Ini setakat apa pengalaman yang diceritakan oleh sahabat saya, yang merupakan antara trader saham tegar sejak dari 3 tahun yang lalu.

Emas dan saham bukanlah suatu perbandingan yang adil. Kedua-duanya masing-masing ada tugasnya sendiri.

Ia ibarat perbandingan antara sebilah kapak dan penukul.

Walaupun kapak juga boleh digunakan untuk ketuk paku, tapi tugas kapak yang sebenar ialah untuk memotong pokok.

Simpan Emas, Labur Dalam Saham

seminar-emas-PG-patuh-shariah

Untung dalam saham, tukar kepada emas!

Jika berlaku bencana ekonomi, kekayaan dan keuntungan dari saham itu kekal. Bukan terus jatuh lingkup sama-sama dengan kejatuhan ekonomi.

Emas aset fizikal, saham aset kertas.

Emas walau berlaku masalah ekonomi, kita tetap ada emas di tangan. Namun jika saham, kita hanya ada nombor dan kertas.

Founder Public Gold, Dato Wira Loise Ng merupakan seorang jutawan saham.

Beliau pakar dalam pasaran saham, namun untuk melindung kekayaan, beliau nasihatkan untuk tukar kepada emas.

Sebab itulah beliau buka syarikat emas.

Bagi beliau, emas ialah satu-satunya aset yang selamat disimpan oleh semua lapisan masyarakat.

Oleh itu, pegang prinsip ini. Emas untuk simpanan pelindung kekayaan. Bukan lebih kepada pelaburan.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
23 March 2019
17 Rejab 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

2 Comments

  1. Kenaikan harga tanah relatif lebih lambat dari pada emas. Penjualan dan kenaikan harga juga tergantung lokasi dan kebijakan tata ruang yang ditentukan pemerintah (RUTR). Ini tentunya menjadi suatu risiko yang berbeda dengan emas. Emas lebih berisiko dalam hal soal keamanan karena lebih mudah hilang karena dicuri, dan ini menjadi risiko tersendiri bagi penyimpan emas itu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *