HafizShafie.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Emas Tidak Sesuai Digunakan Sebagai Dana Kecemasan Kecuali…

By Mohamad Hafiz Shafie

February 25, 2019


emas sebagai wang kecemasan

Emas sebagai dana kecemasan?

Secara asasnya, guru-guru kewangan tidak menyarankan menggunakan emas sebagai dana kecemasan.

" Ini kerana, dana kecemasan dikategorikan sebagai simpanan jangka masa pendek, bukan simpanan untuk jangka panjang"

Manakala simpanan emas lebih sesuai untuk simpanan jangka masa panjang (3 atau 5 tahun akan datang).

Pentingnya Simpanan Kecemasan

Tanyalah mana-mana pakar kewangan, mereka akan nasihatkan bahawa, simpanan paling asas ialah simpanan kecemasan!

Jangan menyertai dalam apa-apa pelaburan selagi belum ada duit kecemasan - Pakar Kewangan

1) Tujuan Simpanan Kecemasan

Tujuan simpanan kecemasan ialah sebagai backup simpanan jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak mampu di 'cover' oleh insuran.

Duit ini tidak boleh digunakan kecuali pada perkara benar-benar perlu sahaja.

Contohnya:

#1 Anda kehilangan motorsikal waktu pagi, sedangkan motorsikal adalah pengankutan utama anda untuk pergi kerja.


Petang terus anda boleh beli motor, sementara menunggu claim insuran.

#2 Anda dibuang kerja serta merta, simpanan kecemasan lah dana untuk anda hidup sebelum dapat kerja yang baru.

2) Berapa Jumlah Simpanan Kecemasan?

Jumlah minimum simpanan kecemasan ialah sebanyak 3 bulan pendapatan.

Jika pendapatan bulanan anda ialah RM3000, maksudnya simpanan anda wajib ada ialah RM9000.

Simpanan kecemasan yang lebih selamat ialah sebanyak 6 bulan gaji.

Maksudnya, anda boleh survive selama 6 bulan tanpa pergi kerja.

Emas Sebagai Dana Kecemasan Kecuali..

Nak menyimpan sehingga 1bulan gaji pun dah berat, apatahlah nak kumpul sampai ada 3bulan gaji.

Dalam situasi macam ni, mentor saya sarankan untuk anda cuba tukar cara menyimpan daripada simpan duit kepada simpan emas.

Anda didapati mengidap penyakit gatal tangan bila ada duit. HEHE. Apabila simpan emas. Nafsu untuk boros berbelanja tu berkurang. 

Setakat pengalaman yang telah membimbing lebih 200 orang penyimpan emas.

Penyimpan emas akan rasa tidak berduit, walau hakikatnya emas tu juga duit.
Bila-bila masa je anda boleh gadai emas tu jika perlu.

Tak pernah lagi saya jumpa, orang yang nak gadai emas sebab nak tukar sportrim kereta atau tukar langsir baru.

Orang gadai emas biasnnya akan menggunakannya kerana itulah satu-satunya duit yang dia ada, selepas duit-duit ringgit lain sudah habis.

Simpan Duit Hanya 3 Bulan Pendapatan, Selebihnya Emas 

Untuk simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan, mentor saya sarankan untuk di Tabung Haji atau ASB.

Ia sebagai memberi sedikit kesulitan untuk anda mengeluarkannya, untuk elakkan duit itu dirompak oleh anda sendiri.

Risiko terlampau mudah untuk keluarkan wang akan menyebabkan simpanan anda akan lesap tanpa jejak. (",)

Apabila sudah cukup 3 bulan pendapatan, selebihnya simpan dalam bentuk emas sehingga 6bulan atau setahun jumlah pendapatan.

1-3 bulan   : Duit di TH

3-6 bulan   : Emas fizikal

6-12 bulan : Emas/hartanah

Tujuanya ialah

Ia akan menyelamatkan duit anda daripada sebarang bencana ekonomi yang melanda.

Sebagai contoh pada tahun 2015, ringgit Malaysia jatuh sehingga 30% berbanding Dollar.

Walau bank berikan dividen kepada anda sebanyak 5% setahun, namun hakikatnya nilai (kuasa beli) wang simpanan anda berkurang sebanyak 30% pada tahun tersebut.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
26 Februari 2019
21 Jamadil Akhir 1440H

Kredit Foto : Money@30

Mohamad Hafiz Shafie

About the author

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Dapatkan Bimbingan Sebagai Penyimpan Emas

%d bloggers like this: