garis masa hidup

Garis Masa Setiap Dari Kita Berbeza, Bermula Dari Tempat Berbaza

garis masa hidup

Garis masa setiap dari kita berbeza. Usah terkejar-kerja dengan garis masa orang lain.

Biasa kita dengarkan.

Habis belajar sekolah, masuk universiti. Kemudian dapatkan kerja yang gaji besar, berkahwin dan dapat anak.

Inilah kebanyakan yang ada dalam fikiran minda luar sedar kita, yang sudah ditanam sejak kecil lagi, terutama oleh ibu dan ayah kita.

Kita umpama dididik untuk mencapai impian pribadi sahaja, bukan untuk masyarakat.

Hidup Bukan Satu Perlumbaan

aktiviti orang berjaya

Dah hampir 5 tahun saya berada dalam industri perladangan. Dah macam-macam ragam manusia saya jumpa.

Ada yang belum kerja, sudah berkahwin dan dapat anak. Ada yang sudah hampir 10tahun bekerja, sudah ada cert macam-macam, masih bujang.

Ada juga yang umur hampir 30, baru dapat kerja sebagai jurutera dan terus berjaya dalam bidang ini. Walau baru ada setahun dua pengalaman kerja.

Ada juga yang dah 7 tahun bekerja, masih sangkut dalam level junior exective, tak pernah di promot oleh bos sampai sekarang.

Kesimpulannya, kejayaan kita bergantung pada garis masa kita sendiri. Bukan orang lain.

Letak Matlamat Hidup, Kekalkan Dalam Litar Kehidupan Sendiri

bebas kewangan

Apa yang saya perhati, kebanyakan kawan-kawan sekerja yang stress semasa bekerja kerana tidak ada matlamat hidup yang jelas.

Apa yang dia nak capai dalam bidang tersebut pun tak tahu. Kalau ada pun, hanya ikut-ikut orang sahaja.

Bila sudah ada matlamat hidup yang jelas, kita lebih mudah untuk fokus terhadap kerja-kerja harian kita yang diamanahkan.

Sebagai contoh.

Anda bekerja sebagai jurutera. Namun, dalam yang sama, anda ingin membina empayar bisnes yang besar.

Anda tak mampu untuk berhenti kerja serta merta, kerana bisnes baru nak mula.

Jika anda tidak ada matlamat hidup yang jelas, anda akan kurang fokus semasa bekerja, sebab anda rasa kerja lambat takpa, nanti boleh sambung OT.

Jika anda ada matlamat yang jelas, anda akan lebih fokus semasa bekerja, kerana masa anda selepas 8jam di office sangat berharga untuk membina empayar bisnes anda.

Kesimpulan

Saya sangat setuju dengan point penting dalam video ini. 

Memang betul, dalam hidup, kita bukan berlumba dengan orang lain, tapi kita berlumba dengan diri sendiri.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
19 March 2019
 13 Rejab 1440H

Artikel Berkaitan

>