Hafiz, Bila Nak Tukar Kereta Baru?

Beberapa minggu lalu, saya kerap keluar dari office atas urusan kerja, ada training dan juga meeting. Dekat situ ramailah kawan2 yg sama level jawatan, umur pun hampir sama dan komitmen terhadap family pun sama. Bila bercakap soal keluarga ni, masing-masing kami sudah berkahwin dan baru ada satu atau dua orang anak.

Dan macam biasa, bila travel jauh (hampir 100km), mesti ada yg bertanya “Pis, ko datang naik ape? Naik kereta dengan bos ke? HAHA”. Dalam persekitaran kerja kami, iaitu di bahagian plantation, jurang pengurus (bos) dan penolong pengurus sangat jauh bezanya. Kebanyakannya masih terikut-ikut dengan pengurusan ladang zaman pemerintahan British lagi. Sebab itulah kawan-kawan berseloroh “Naik kereta dengan bos ke” walau mereka tahu confirm saya tak ikut sekali dengan bos.

“Usihh tidaklah, naik kereta sendiri je. Tuuu Produa Hilux kereta aku”. Jawab saya sambil berseloroh dan jari tunjuk kearah kereta saya.HAHA.

Jawab beliau ” Ishh, ko ni tak sakit badan ke drive jauh2 naik kete ni. Bila nak tukar baru? Ko ni kan, tak kesian ke anak bini ke naik kereta kecik? Beli la at least ***** (saya lupa namanya, sebab memang buat2 tak dengar), baru ±RM700/sebulan “. Kebetulan pulak, sebelum tu kami baru dapat tahu bawaha seorang rakan sekerja kami dah upgraded dari Suprema kepada Triton. Mungkin itulah menyebabkan beliau bertanyakan soalan “Bila nak tukar baru?” kepada saya. HEHE

Saya senyum je, dan saya jawab ” Ooo, yekee. Nanti ada rezeki, insyaallah ditukar jugak tu “. Walaupun masih belum ada dalam fikiran lagi bila nak tukar baru. Perbualan kami terberhenti sampai situ, sebab acara dah nak mula…

 

Jawapan Kepada ‘ Bila Nak Tukar Baru?’

Jawapan (dalam hati jela pada waktu tu) saya terhadap soalan bila nak tukar kereta baru?. Nak jawab ‘direct’ saya rasa tidak sesuai untuk terangkan dalam masa yang singkat, jadi lebih baik saya simpan dulu jawapan tu dari beliau, dan tulis dekat sini untuk perkongsian kepada sahabat pembaca yang lain.

(1) Kereta baru? Siapa yang tak nak weyy kereta baru?

Kalau ikut kan hati, saya pun nak kereta paling baru. Tipulah kalau ada orang yg nak dibagi FREE kereta baru kepada saya, tapi tolak tepi dan suruh bagi dekat orang lain je. Cuma, setakat ni kereta baru bagi saya bukan keperluan lagi, jika dibeli dengan duit AKTIF INCOME yg sekarang ni. HIHI.

(2) “Tak sakit badan drive jauh2?”

Pada masa tu jauhnya hanya ±100km. Saya senyum je. Sebab baru bulan lepas (bulan December 2017) saya bawak Produa Hilux round satu Sabah (Tawau-Sandakan-Ranau-KK- Beaofort-KK- Banjaran Crocker- Keningau-Kalabakan-Tawau), boleh google sendiri tengok berapa “jauh”nya. Jadi, kalau setakat 100km tu. Celah gigi jela. HIHI.

(3) “Kesian anak bini naik kereta kecil”.

Sekarang saya dalam progres usahakan sesuatu yg jauh lebih besar dan lebih bernilai berbanding ‘sebuah kereta baru’ kepada family saya. Doakan impian dan hajat saya tercapai ye.

(4) “Dari Suprema kepada Triton”

Cerita ni membuatkan beliau suruh saya pun ikut jejak langkah yg sama dgn kawan2 tadi. HIHI. Sejujurnya, saya rasa yg sekarang ni pun dah cukup dengan keperluan saya sekarang ni. Anak kecil baru seorang, seat belakang masih muat dua orang lagi HEHE, takkan sudah nak upgraded kepada Triton yg ada ‘bucket’ di belakang? Nak suruh siapa yg duduk dalam ‘bucket’ tu?HAHA

(5) “Kereta Baru”, RM700/sebulan je

Saya selalu ingat pesan guru saya, “Kereta sekadar alat yg membawa dari Point A ke Point B “. Jadi, Produa Hilux yg sekarang ni pun sudah cukup untuk bawak kami sekeluarga kecil keluar dari rumah ke Bandar Tawau (±20km je) hampir 2hari sekali.

Buat apa nak bazirkan RM700/month dengan tukar baru, kan lebih baik RM700 tu saya bagi dekat anak bini makan sedap2 dari tukar baru? HUHU. Eh jap. RM700 tu hanya komitmen bulanan. Kalau dikirakan kos2 lain (roadtax, maintenance dll) yg nak bela kereta macam tu. Fuhh. Hampir separuh gaji khas untuk bela kereta je. Tak sanggup lah aku.

 

Biar Apa Orang Nak Kata

Biar apa orang nak kata, asal poket kita kaya. Selepas di’suruh’ beberapa kali untuk tukar kereta baru, saya langsung tidak berniat untuk tukar yang baru dalam masa terdekat (kurang dari 5 tahun). Jika saya tukar baru, apa nilai tambah kereta baru itu akan bagi kepada saya? Kereta yang saya pakai sekarang ini pun dah lebih dari keperluan harian saya, banyak parking di rumah dari dibawa keluar, kerana kami semua diberikan motosikal setiap seorang untuk ulang-alik dari rumah ke tempat kerja.

Kalau setakat beli kereta untuk nampak bergaya, saya rasa itu satu ‘kebodohan’ kerana saya perlu keluarkan kos yang tinggi sekadar hanya untuk tayangkan ‘kekayaan palsu’ kepada orang lain. Sedangkan mereka sama sekali tidak kesah dengan kereta apa yang kita pandu, Saya menarik dengan kata-kata seorang sahabat penyimpan emas saya ” Aku nak cari kereta yang boleh bela aku, bukan aku yang bela kereta”. Wahh, sangat tepat pandangan beliau.

 

Fokus Kepada Impian Hidup Diri Sendiri

Jujur saya katakan, setiap kali jika saya keluar untuk berkopi-kopi dengan rakan sekerja saya, topik yang selalu mereka bualkan ialah tentang kerata terkini yang ada dalam pasaran, atau kereta apa yang tengah promosi sekarang. Aduish, saya rasa sungguh membosankan dan membazir masa je. Lebih baik bincang aktiviti ‘petang2’ apa yang nak dibuat dari bincang tentang topic kereta.

Berbeza apabila saya duduk bersama rakan-rakan dealer Public Gold di Tawau. Topik yang kami selalu bincang ialah macam mana cara paling baik untuk mencapai impian hidup kami masing-masing. Semua bagi idea dan cadangan untuk kami sama-sama lakukan nanti.

Impian hidup kami suami isteri ialah untuk menjadi ibubapa sepenuh masa menjelang tahun 2020. Maksudnya ketika itu, kami sudah mencapai financial freedom melalui platform bisnes yang tengah kami bangunkan sekarang. Untuk jadi bapa sepenuh masa ni senang je, hantar surat resign harini, esok terus boleh jadi bapa sepenuh masa, tapi impian kami ialah menjadi ibu bapa sepenuh masa yang ada duit! HIHI

Oleh itu, demi mencapai impian tersebut, kami perlu urusa duit betul-betul. Selagi ia bukan keperluan kearah mencapai matlamat, kami tidak ambil port langsung untuk berbincang atau berfikir tentang  topic itu. Apatah lagi untuk menghabiskan duit dengan hanya untuk membeli kerata baru.

 

Ikut Pada Keperluan Bukan Kemahuan

Konklusinya, nak beli apa-apa, terutamanya yg memakan belanja yg besar. Fikir betul2 apa tujuannya. Adakah barang yg kita nak beli tu dikira barang KEPERLUAN atau KEMAHUAN. Kalau beli sekadar KEMAHUAN, saya rasa seronoknya layan kemahuan kereta baru paling lama pun 2 tahun je, dah habis dah seronoknya tu dan kereta baru dah jadi bertukar kereta ‘buruk’. Jadi, seronok hanya 2 tahun, tapi peritnya untuk bela kereta 9 tahun! Kalau rasa ia KEPERLUAN, adakah ia benar2 keperluan? Atau keperluan yg di buat2? Fikir-fikirkanlah, demi masa depan keluarga kita sendiri.

Wallauhallam, semoga perkongsian saya boleh memberi manfaat.

 

Hafiz
Tawau, Sabah
26 January 2018

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *