Harga Emas Jatuh Kepada RM252 per gram, Apa Hendak Buat? Harga emas jatuh, rasa panik. Harga emas naik pun panik. Ini tandanya anda beli emas sebab hanya ikut-ikut. Bukan sebab anda faham.

HafizShafie.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Harga Emas Jatuh Kepada RM252 per gram, Apa Hendak Buat?

By Mohamad Hafiz Shafie

June 5, 2020


harga emas

Saya percaya, bagi penyimpan emas baru, apabila harga emas jatuh akan membuatkan mereka rasa panik. Saya pun dulu begitu masa awal bermula, sebab tidak betul-betul faham tentang emas.

Harga emas jatuh, rasa panik. Harga emas naik pun  rasa panik sebab takut tak sempat nak tambah lagi simpanan emas.

Ini tandanya bahawa anda belum betul-betul faham tentang matlamat sebenar unuk menyimpan emas.

Emas Aset Fizikal, Tak Sama Maca Aset Kertas Yang Lain

Pada hakikatnya, apa yang kita perlu faham ialah emas merupakan satu ASET FIZIKAL seperti rumah dan tanah. Walau harga emas jatuh, secara fizikalnya jumlah berat emas yang kita miliki tidak berkurang walau 0.1gram.

Kalau anda sudah ada 10gram, 10gram tersebut tetap kekal beratnya. Tidak berkurangan. Kita masih boleh memanfaatkan 10gram tersebut seperti di arrahnukan (jika perlu).

 Tidak sama dengan pelaburan ASET KERTAS seperti saham, kalau harganya jatuh. Kita tidak memiliki apa-apa selain dari nombor dan kertas. Tidak ada apa-apa yang kita boleh manfaatkan terhadap nombor dan kertas tersebut.

Harga Jatuh, Apa Hendak Buat?

(1) Puratakan Harga Emas

Ketika harga emas jatuh, ini peluang untuk merendahkan purata kos pembelian emas sebelum ini. Jika bulan lepas kita beli pada harga emas RM262 per gram, dan hari ini harga emas RM252 per gram.

Kos purata emas yang kita beli hanyala RM257 per gram. Apabila harga emas naik semula pada RM262 per gram, kita sudah boleh menikmati keuntungan ke atas belian emas kita.

(2) Pajak Emas Yang Sedia Ada, Untuk Tambah Belian Emas

Teknik ini agak bersiko jika harga emas turun dalam tempoh melebihi dari tempoh pajakan. Kalau anda nak tahu, teknik inilah yang membuatkan ramai tertipu dengan skim cepat kaya yang bertopengkan emas dulu.

Namun, ia betul-betul boleh dipraktikkan, jika harga emas hanya dalam trend menaik!

Guru emas saya nasihatkan untuk sediakan sebahagian duit pinjaman untuk bayar kos pajakan (upah simpan).

Sekiranya harga emas tidak naik dalam tempoh 6 bulan, boleh guna duit tersebut untuk bayar upah simpan. Apabila harga emas naik semula ke punck tertinggi sebelum ini, terus jual emas yang dibeli dengan duit pajakan, untuk tebus balik emas tersebut.

Hafiz
Kulim, Kedah
6 June 2020
14 Syawal 1441H

Mohamad Hafiz Shafie

About the author

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Dapatkan Bimbingan Sebagai Penyimpan Emas