harga emas rendah

Harga Emas Tengah Jatuh Sekarang Ni, Apa Perlu Buat?

harga emas rendah

Semalam bekas pemilik rumah sewa saya di Damansara Damai menghubungi saya untuk beli emas.

Dia cakap, dia nak beli emas sebanyak 5kilo. Amboi, terkejut juga saya. Saya rasa dia silap.

 Saya fikir-fikir balik, mungkin bukan nak 5kilo, tapi nak 5gram. 

Rupa-rupanya, memang betul dia nak 5kilo emas, bukan main-main. Dia seorang PA kepada seorang Datin, Datin tu la nak beli emas 5kilo disebabkan stock emas di kedai emas Datin sudah habis.

Mungkin disebabkan harga emas tengah murah, ramai juga orang borong emas di kedai Datin tadi, jadi beliau nak restock dan jadikan ia barang kemas balik.

Emas Public Gold Ialah Untuk Simpanan

emas public gold

Saya difahamkan, Datin tadi nak leburkan emas Public Gold, dan jadikan ia barang kemas.

Sebenarnya, emas yang dijual Public Gold kurang sesuai untuk dileburkan untuk jadikan emas perhiasan, kalau nak leburkan, emas tu perlu beli dengan MKS.

Tapi bukan sekilo. Perlu beli minimum amount berkilo-kilo, dan ia dikenakan GST jika sebelum kerajaan PH.

Mintak Harga Discount? Sekarang Ni Memang Harga Tengah Discount!

Jongkong Emas

Datin tadi nak beli harga emas Public Gold, tapi minta discount. Memang tak dapat discount, sebab harga emas Public Gold fix ikut harga di website.

Tapi, sekarang memang harga emas tengah murah!

Dalam masa 30 hari, harini antara yang terendah. Jika GAP RM182 per gram. Murah RM7 per gram berbanding 3 minggu yang lalu RM189 per gram.

Harga Emas

Harga emas dunia dalam masa 30hari. Harini paling rendah. Boleh cek di www.goldprice.org

Maksudnya.

Kalau Datin beli sekilo, jimat RM7k. Kalau beli kilo, jimat RM35k! Banyak dah tu Datin.

Tambah pula dapat jongkong emas 5gram free sebanyak 5keping!

Harga Emas Tengah Murah, Apa Penyimpan Emas Perlu Buat?

Bagi penyimpan emas pula, bila ada ilmu dia tak risau tentang penurunan harga emas. 

Turunnya harga emas itu sebagai bonus sebenarnya untuk penyimpan emas. Jadi apa perlu buat masa harga emas tengah rendah?

#1 Beli Lagi Emas Selagi Masih Ada Duit Lebihan

Dinar atau jongkong emas

Ketika harga emas tengah rendah sekarang. Ini peluang untuk puratakan kos pembelian emas yang tinggi sebelum ni.

Andaikata anda beli emas RM192 per gram sebelum ni. Harini RM182 per gram.

Maksudnya, purata harga emas anda untuk dua gram ini ialah RM187 per gram.

#2 Pajak Emas Yang Sedia Ada, Dan Beli Emas Dengan Duit Pinjaman

cara gadai emas public gold

Ini satu teknik yang penyimpan emas boleh buat masa harga emas tengah rendah.

Pajak emas, dan dapat duit. Hasil dari duit tu buat beli emas!

Teknik ini dinamakan teknik manipulasi ar rahnu. Sebenarnya teknik inilah yang digunakan oleh Tok Berlagak untuk manipulasikan orang ramai masa tahun 2014 dulu yang ramai lingkup.

Teknik ini sesuai hanya untuk harga emas sedang menaik sahaja. Kalau harga emas menurun, menangis kita. HEHE

#3 Tambah Stock Emas (Bagi Ejen)

Dinar emas Public Gold

Bagi tokey emas macam Datin tadi, inilah masa paling sesuai untuk tambah stock emas.

Bagi dealer Public Gold, inilah waktu untuk tambah stock emas yang laku keras seperti 1 Dinar, 1/2 Dinar.

Dan boleh terus jual jika ada pelanggan mahu, walau hanya kecil untungnya.

Bagi ejen juga, inilah masa yang perlu buat promosi bagus-bagus untuk orang bermula menyimpan emas masa harga emas tengah murah!

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
9 Mac 2019
2 Rejab 1440H

Artikel Berkaitan

>