Impak Besar Konsisten Walau 1 Gram 1 Bulan

Anda ingat kisah arnab berlumba dengan kura-kura? Di akhir perlumbaan, kura-kura menang kerana berjalan dengan konsisten. Arnab laju tapi tidur. Ini kisah teladan yang sangat hebat. Ia menceritakan kepada kita kehebatan bertindak secara konsisten. Sama juga dalam kewangan, ramai sahabat-sahabat saya yang tanya, ” Apa untungnya simpan emas? Kalau beli harini, esok boleh jual dengan harga lebih tinggi ke?”

 

Konsisten

Pernah sekali dulu saya ditanya oleh seorang sahabat ” Aku ada duit RM10k sekarang, pelaburan apa yang paling cepat untuk aku dapat beranakkan duit yang aku ada RM10k ni, hasil pembahagian harta pusaka peninggalan arwah ayah”. Saya diam je, sebab pada masa tu saya sendiri baru nak mendalami ilmu kewangan secara serius, namun pada ketika itu, saya dah hampir 3 tahun konsisten 1 semester beli 1 dinar untuk simpanan sebaik sahaja habis bergelar mahasiswa.

Boleh baca artikel saya yang bertajuk 3 manfaat simpan emas kepada mahasiswa ni, tentang pengalaman saya sendiri simpan emas semasa masih mahasiswa.

Sebulan kemudian, saya dapat tahu, akibat nak ‘untung cepat’, beliau dah melebur RM10k ke dalam skim pelaburan emas ETA. Akhir sekali, duit lesap, emas tak dapat. Nak untung secupak, tapi rugi segantang! Namun, saya sampai sekarang jumlah emas bertambah walau hanya 1gram 1bulan.

Jadi, apa yang saya dapat belajar dari kisah sahabat saya tu, kekayaan itu adalah bukan soal berapa ‘untung banyak’ sahaja, tapi ialah soal tabiat. Saya simpan emas sejak tahun 2011, emas saya semakin hari semakin bertambah  bukan sebab emas tu untung cepat, tapi sebab simpan emas tu boleh memupuk tabiat saya lebih suka akan menyimpan.

 

Teknik Untuk Kekal Konsisten

 

Teknik simpan emas 1 gram satu bulan sangat berkuasa kerana ia melatih anda menyimpan dengan konsisten dan berdisiplin. Cara-cara nya  adalah seperti berikut :

(1) Pasang niat yang jelas. Anda niatkan simpan emas 1 gram sebulan sebagai ‘forgotten saving’ (simpanan untuk dilupakan). Gunakan kemudahan GAP untuk membuat simpanan emas.

(2) Setiap kali dapat gaji, maka anda terus beli 1 gram emas. Tak perlu tengok harga. Beli 1 gram dan lupakan.

(3) Sekiranya budget anda agak ketat pada bulan, ikhtiarkan juga simpan 1 gram bulan itu. Jangan berhenti walaupun ada masalah. Fikir.

(4) Kalau ada rezeki lebih seperti bonus, BRIM atau elaun, anda boleh beli lebih gram. Tips! Seelok-eloknya 50% daripada duit durian runtuh anda gunakan untuk membeli dan menyimpan emas.

(5) Jika anda berminat untuk melihat hasil simpanan emas ini, anda boleh keluarkan emas fizikal daripada akaun GAP anda dan simpan sendiri.

 

Kisah Sebenar Impak Besar 1 Gram 1 Bulan

Saya ingin berkongsi cerita sebenar, bagaimana Kak Ita, seorang guru, yang juga seorang ibu, menyimpan emas 1 gram setiap bulan secara konsisten sebagai tabungan anaknya. Bagi kak Ita, simpanan emas adalah simpanan yang terbaik untuk jangka masa panjang. Dengan menyimpan emas secara konsisten, kak Ita mendapat 5 kelebihan. Anda boleh baca 5 kelebihan tersebut di dalam laporan di bawah.

Laporan : Kesan Besar Kak Ita Konsisten 1 Gram 1 Bulan

 

Kesimpulan

Mana-mana pelaburan yang wujud semestinya ada yang dapat kutip hasil yang lumayan dan ada yang tak memperoleh keuntungan pun walau 1 sen. Apa yang paling penting sebelum humban duit dalam mana-mana pelaburan ialah ilmu, jika sudah letak ILMU di depan dan sudah faham, barulah teruskan.

Sama juga dengan emas, sudah faham sedikit sebanyak dengan simpanan emas, terus mulakan 1gram pertama, lepas tu baru bertindakan secara disiplin dan konsisten. Akhir sekali, akibat bertindak secara konsisten, kita dapat menikmati keuntungan yang tak disangka-sangka. InsyaAllah

Wallahuallam

 

Hafiz
Tawau, Sabah
12 Jun 2017
17 Ramadhan 1438

[Artikel ini diupdate pada 25 January 2018]

Artikel Berkaitan

>