Barang kemas untuk pelaburan

Inilah 4 Sebab Utama Kenapa Barang Kemas Tidak Sesuai Untuk Pelaburan atau Simpanan

Barang kemas untuk pelaburan

Seorang kenalan baru saya beritahu, dia hampir setiap bulan beli emas sekitar RM5000 kepada isteri beliau sebagai simpanan jangka masa panjang.

Dia memang seorang yang berduit, kerja selalu ulang alik luar negara je.

Bila saya selidik balik emas yang beliau belikan untuk isteri, saya berasa kasihan. Dia beli barang kemas di kedai emas untuk simpanan bukan untuk perhiasan!

Harga emas yang dia beli tu jauh lebih mahal dari mana-mana emas pelaburan yang ada di pasaran.

Dia beli barang emas memang khas untuk simpanan, bukan untuk pakai. Itu silapnya.

Barang Kemas Tidak Sesuai Untuk Simpanan Mahupun Pelaburan

tips emas

Nak berhias, beli barang kemas. Tapi kalau nak simpan atau melabur, beli jongkong emas atau dinar emas.

Apabila sudah terbeli barang kemas.

Solusinya ialah simpan je baik-baik. Dia tak akan rugi selagi beli dia menjualnya.

Cuma, mungkin orang lain yang membeli emas pelaburan sudah boleh mengaut untung, malah dia masih belum melepas spread harga barang kemas tadi.

Setaka apa yang saya belajar dari mentor emas saya, ada 4 kerugian jika anda beli barang kemas untuk dijadikan simpanan atau pelaburan.

#1 Harga Per Gram Lebih Mahal

Setakat pengalaman saya pergi servay di kedai-kedai emas di Tawau, harga emas di kedai emas lebih mahal 10 hingga 15 peratus berbanding harga emas pelaburan.

Mungkin anda tengok harga yang dipaparkan ialah sama, tetapi perhati betul-betul, kebiasaannya emas tersebut emas 916, bukan 999.

Jarang kedai emas yang jual emas 999.

Jangan percaya bulat-bulat apa yang saya kata, anda pergi cek sendiri di mana-mana kedai emas, dan bandingkan harga emas tersebut dengan emas Public Gold.

Cek harga emas Public Gold di www.publicgold.com.my

#2 Kadar Spread Sangat Tinggi

Spread barang kemas kebanyakannya melebihi 25 peratus.

Kadar spread (dalam bahasa Melayu dipanggl sebagai 'susut nilai') akan menentukan berapa cepat anda boleh menjana keuntungan dengan kenaikan harga emas.

Spread emas pelaburan seperti emas Public Gold maksima hanya 10%.

Maksudnya.

Kalau harga emas menaik 20% dalam masa 5 tahun, bagi pembeli emas Public Gold, anda sudah untung 10%.

Namun, bagi pembeli barang kemas, anda masih perlu tunggu kenaikan harga emas sehingga lebih 25% untuk anda membuat untung!

Itu baru 25%! Malah saya pernah jumpa kedai emas yang menjual barang kemas dengan spread sehingga 35%!

#3 Kos Upah Yang Boleh Dimanipulasi

Harga yang dipaparkan dikedai emas tidak termasuk kos upah!

Dan paling merisaukan saya ialah, kos upah barang kemas boleh dimanipulasi oleh tukang emas.

Reka bentuk setiap barang kemas berbeza-beza, mungkin tukang emas cakap barang kemas A susah nak ukir, maka harga barang kemas A lebih mahal dari yang lain.

Andaikata harga emas tengah menjunam, tukang emas boleh main harga dekat kos upah, harga emas tengah murah, dia naikkan kos upah!

Untuk cover balik dengan kerugian harga emas yang tengah murah.

#4 Semakan Harga Sangat Lambat

Harga emas di kedai emas agak statik.

Cuba anda datang ke kedai emas ketika harga emas dunia tengah turun, mungkin minggu depan baru tokey emas turun kan harga emas, jika harga emas turun terlalu ketara.

Tetapi, bila harga emas tengah menaik. Esok awal-awal pagi lagi tokey kedai emas naikkan harga emas.

Berbeza dengan emas Public Gold, harga emas Public Gold disemak setiap 20minit mengikut harga emas dunia.

Jika anda terjaga ditengah malam, dan anda dapati harga emas tengah menjunam, anda boleh lock harga siap-siap sebelum harga emas tu melonjak naik balik.

Cara Paling Murah Dan Mudah Untuk Menyimpan Emas Fizikal

jongkong emas public gold 5gram

Seya rasa setakat ni, saya tak jumpa lagi cara paling mudah untuk menyimpan emas fizikal kecuali dengan akaun emas GAP yang ditawarkan oleh Public Gold.

Anda boleh beli emas dengan minimum RM100 je. Cukup 1gram, anda terus boleh keluarkannya ke bentuk jongkong emas fizikal.

Namun, jika anda beli barang kemas memang untuk perhiasan, itu memang pilihan yang tepat.

Nak cantik beli emas perhiasan.
Nak simpan beli emas pelaburan (jongkong atau dinar emas)

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
1 March 2019
24 Jamadil Akhir 1440H

Kredit Foto: AYSJ

Artikel Berkaitan

>