Inilah Cara Saya Untuk Berjimat

tabung simpanan

Saya dapat soalan dari seorang pembaca blog saya, tentang macam mana cara mudah untuk berjimat?

Soalan ni nampak ringkas, tapi saya rasa agak susah nak menjawab soalan ini.

Hakikatnya, saya dan isteri tidak juga begitu berjimat cermat ikat perut, cuma mungkin kami lebih kepada merancang duit gaji dengan teliti.

Rancang Duit Gaji

loan kereta dan loan rumah

Kunci utamanya ialah wajib rancang duit gaji. Setiap ringgit, setiap sen, asalkan dapat gaji, terus rancang kegunaannya.

Dalam duit gaji saya,

Ada bahagian untuk makan, transport, pakaian anak, groceries siap-siap. Duit-duit ni saya asing, dan masukkan dalam sampul setiap kali ambil duit gaji.

Part untuk memboros, kami dah bahagi siap-siap. 

Saya ada duit khas untuk beli apa yang saya nak. Isteri saya pun ada duit khas untuk dia beli apa yang dia nak.

Duit untuk memboros ni, saya tidak boleh masuk campur duit 'boros' isteri, dan isteri saya pun tak boleh masuk campur dengan duit 'boros' saya.

Cara Nak Pupuk Rasa Berjimat

Dealer Emas Public Gold

Nak berjimat mudah je.

Pertamanya, antara suami dan isteri mesti ada impian hidup. Apa impian korang 5 hingga 10tahun akan datang? Dan korang rancang macam mana untuk mencapai impian hidup korang dari sudut kewangan.

Selain tu, saya cadangkan untuk baca banyak buku-buku kewangan. Salah satunya ialah Buku Misi Bebas Hutang.

Apa yang saya perhati, kawan-kawan saya yang banyak hutang sebenarnya bukan sebab mereka gaji kecil, tapi mereka langsung tidak ada impian hidup, dan tidak pernah belajar tentang ilmu mengurus kewangan.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Kulim, Kedah
13 February 2020
16 Jamadil Akhir 1441H

Mohamad Hafiz Shafie

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

View all posts by Mohamad Hafiz Shafie →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: