pelaburan ilmu

Inilah Pelaburan Yang Memberi ROI Paling Tinggi Untuk Setiap Zaman

pelaburan ilmu

Apa pelaburan yang paling menguntungkan tak kira masa?

Masa ekonomi gawat, semasa bertukar kepada kerajaan baru hatta semasa zaman kegemilangan kerajaan Babylon beribu tahun dulu sekali pun.

Sudah tentu jawapannya ialah 'pelaburan terhadap ILMU!'.

Saya ambil kata-kata guru kewangan saya Dr Azizul Azli Ahmad :

" Orang biasa-biasa berangapan membaza tidak menjadikan kaya. Manakala, orang kaya percaya semakin banyak ilmu, semakin menjadi kaya."

Orang ada duit, tapi tiada ilmu. Duit akan habis. Orang yang tiada duit, tapi ada ilmu, semakin lama mereka menjadi semakin kaya.

Orang ada duit, dan ada ilmu. Mereka akan bertambah kaya!

Boleh nampak kan? Bukan duit yang membuatkan kita kaya, tapi ilmu terhadap mengurus duit tu membuatkan kita menjadi kaya.

Dalam bab baca buku ni.

Orang yang paling saya sanjungi dengan kegigihan baca buku ialah guru emas saya sendiri, En Syukor Hashim. 

Saya punya buku baru 1/36 buku-buku yang En Syukor baca. HEHE

pelaburan ilmu

Cerita Orang Berduit, Tapi Tiada Ilmu

(1) Bakal dapat pampasan dari projek ECRL

Saya masih teringat tentang satu posting FB sahabat saya, tentang orang kampung di area Pantai Timur pada tahun 2017, sedang excited mengharapkan wang pampasan dari tanah mereka yang terkena dengan bakal projek ECRL.

Semuanya mengharapkan wang segera, dan saya percaya wang segera itu juga akan habis dengan segera jika tiada ilmu, sama seperti berlaku dengan tanah-tanah masa pembukaan FELDA dulu.

Boleh rujuk balik posting sahaba saya dekat link bawah ni.

(2) Lawan Habiskan Duit

Guru emas saya, En Syukor Hashim pernah berkongsi cerita ini ketika seminar emas di Tawau yang lepas.

Beliau orang Pulau Langkawi.

Pulau Langkawi sangat terkenal dengan pusat pelancongan sehingga kini.

Masa awal-awal kerajaan nak jadikan Langkawi sebagai pusat pelancongan dulu, ada satu keluarga yang mendapat durian runtuh dari kerajaan ketika itu.

Dulu ada tanah-tanah yang banyak.

Lepas dibeli oleh kerajaan, dapat duit yang banyak hasil dari projek pelancongan tersebut.

Akhir sekali, duit dah bagi-bagi dengan adik beradik, masing-masing dah dapat bahagian. Dan sama-sama lawan habiskan duit.

Beli kereta dan bermewah-mewah.

Dulu elok-elok ada harta (tanah), berakhir dengan miskin kurang dari 3 tahun dari hari yang mendapat durian runtuh tersebut.

Inilah contoh biasa yang berlaku dalam masyarakat kita. Duit segera akan hilang pun dengan segera jika diberi kepada orang yang tiada ilmu.

Peruntukkan 5% Dari Duit Gaji Untuk Beli Buku

Ini nasihat dari guru kewangan yang terkenal, Dr Azizul Azli.

Bila sahaja dapat gaji, pastikan bajet untuk beli buku ilmu mesti ada, walau hanya 5%.

5% ni khas untuk ilmu.

Tidak semestinya beli buku-buku di kedai buku, kita boleh juga join seminar-seminar tentang kewangan, tau beli ebook sahaja kalau nak jimatkan kos.

Anggaplah 5% ni sebagai pelaburan yang kita buat sepanjang zaman, dan saya sangat percaya, habiskan duit 5% dari gaji untuk ilmu, kita akan jimat beratus-ratus ribu dari terjerat dalam mana-mana skim cepat kaya.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
14 Februari 2019
10 Jamadil Akhir 1440H

Kredit Foto : Impacfull Book

Artikel Berkaitan

>